berita

Ini 10 Sebab Kenapa Orang Kecoh Sangat Pasal The Dark Tower. Dengar Cerita Filem Ni Epik Habis!

July 17th, 2017 | by Nurul
Kini Trending

Untuk peminat buku bergenre science fantasy, horror dan western The Dark Tower, karya Stephen King mesti korang akan rasa macam mimpi jadi kenyataan sebab karya unggul ni akhirnya dijadikan filem!  Yahoo!

Yang lagi best, filem ini bakal menemui korang semua pada Ogos ini. Eh..tak lama dah tu..

The Dark Tower, pertempuran antara baik dan jahat..

Haa..sebelum cerita lebih lanjut lagi, meh kitorang belanja korang trailer filem The Dark Tower ni dulu. Mesti korang excited kan!

Untuk korang yang tak pernah baca siri The Dark Tower ni, jangan risau. Meh kitorang cerita sikit filem ni pasal apa.

Untuk filem The Dark Tower ni, ia diambil dari buku pertama yang berjudul The Gunslinger. Berdasarkan siri The Dark Tower, Gunslinger yang terakhir iaitu Roland Deschain telah terkunci dalam pertempuran abadi dengan Man in Black untuk mempertahankan Dark Tower, iaitu tower yang menyatukan seluruh alam semesta.

So, akan berlakunya satu pertempuran hebat antara baik dan jahat. Mesti gempak kan cerita ni? Nak tahu apa lagi yang lebih awesome? Jom baca ni…

Siri buku menakjubkan dengan ramai pengikut di seluruh dunia..

Novel pertama bagi siri The Dark Tower iaitu ‘The Gunslinger’ telah dikeluarkan pada tahun 1982 dan telah meraih jutaan peminat. Keseluruhan siri ini mengandungi lapan buku, yang juga telah mengilhamkan satu siri buku komik dan permainan video.

Siri ini sangat mendapat sambutan oleh peminat di serata dunia sehingga mereka telah mencipta pelbagai hasil seni dari siri The Dark Tower ini seperti tatu, ukiran dan sebagainya.

Fuh..punyalah power impak The Dark Tower ni!

Stephen King dah bagi lampu hijau!

Seperti yang kita tahu, Stephen King memang terkenal dengan sikapnya yang lantang bila bersuara dan cerewet dalam hasil kerjanya.

Tapi tidak pada kali ini apabila beliau sendiri terlibat dalam penulisan dan pengeditan skrip. Yang lebih mengejutkan, selepas menonton filem ini, beliau menganggap filem ini sangat hebat!

So, untuk penggemar karya beliau, filem ni memang wajib korang tonton ok! Penulis dia sendiri pun dah approved tu!

Korang dapat tengok skil Idris Elba yang hebat beraksi sebagai Gunslinger. Cool gila!

Kami confirm korang mesti cair bila tengok Idris Elba beraksi dalam filem ni sebab lakonan beliau ni memang tak dapat disangkal lagi hebatnya.

Tak sabarnya nak tengok beliau sebagai The Gunslinger..Mesti melting teruk! Haha!

Matthew McConaughey pegang watak jahat

Dalam filem ni, McConaughey memegang watak sebagai Man in Black, seorang ahli sihir yang ingin menghancurkan bumi dan juga musuh ketat The Gunslinger.

Macam manalah bila Man in Black dan The Gunslinger bertemu. Mesti gempak habis!

Filem ni akan buatkan korang berkhayal dalam dunia korang sendiri!

Kalau dah baca novel pun dah boleh buat kita berkhayal macam berada dalam dunia The Dark Tower ni, inikan pula kalau tengok filem ni.

Kalau korang nak tahu, Stephen King memberitahu beliau mendapat inspirasi untuk The Dark Tower daripada filem hebat Lord of The Rings. Jadi, bermula dari situ, beliau mendapat ilham untuk mencipta dunia fantasi dan sains fiksyennya sendiri melalui The Dark Tower.

Haa..boleh rasa tak aura filem ni macam mana? Mesti korang akan rasa macam korang pula yang berada dalam filem ni nanti!

Filem ini bukan hanya adaptasi tetapi juga kesinambungan..

Mesti korang excited kan kalau kami bagitahu yang filem The Dark Tower ni bukan sahaja adaptasi daripada siri novelnya yang sebelum ini, tetapi juga merupakan sambungan dari kisah tersebut. Mesti korang tertunggu-tunggu nak tahu apa yang akan terjadi kan!

Baru-baru ini juga, tweet Stephen King meraih perhatian peminatnya apabila beliau mendedahkan bahawa karakter kegemaran mereka mungkin akan berlainan dari siri novel sebelum ini.

Filem ini menghubungkan hampir semua novel Stephen King

Mesti korang tertanya-tanya macam mana semua novel Stephen King boleh ada dalam filem ni?

Haa..meh kami bagitahu, dalam filem ni jugak, terdapat selitan daripada novel-novel fictional beliau sebelum ni seperti  It, The Shining, The Stand, Salem’s Lot,dan banyak lagi!

So korang kenalah fokus sepanjang filem ni nanti ok.

Filem ini bukan sekadar fantasi, aksi tetapi…

Filem ni bukan sahaja sesuai untuk korang yang gemar filem aksi dan fantasi, tetapi juga diselitkan dengan unsur seram, romantik dan drama. Memang boleh cakap filem ni one for all!

Memang takde siapa boleh lawan imaginasi Stephen King!

Filem ini merupakan buah tangan dari insan-insan terhebat!

Untuk pengetahuan korang, filem ini dah berada dalam pembikinan sejak 20 tahun yang lepas. Wow!

Nama-nama besar seperti J.J Abrams, Ron Howard, Russel Crowe dan Javier Bardem merupakan mereka yang bertungkus lumus dalam menjayakan pembikinan filem ini.

Jadi, dengan kerja keras dari insan-insan hebat ini, tidak syak lagi filem The Dark Tower akan menjadi filem blockbuster tahun ini!

Sebuah novel bersiri kepada filem rantaian ikonik

 

Dunia sains fantasi, watak-watak yang unik, dan jalan cerita The Dark Tower yang epik ini merupakan daya tarikan utama yang akan membuatkan korang melekat di skrin layar.

Penonton bukan hanya akan teruja untuk melihatnya di skrin yang lebih besar, tetapi mereka juga mesti tertunggu-tunggu untuk menyaksikan kelainan daripada apa yang telah mereka baca dalam novel bersiri ini.

Korang dah bersedia untuk filem epik, The Dark Tower ni? Saksikan di pawagam 3 Ogos ini!

Jadi, korang jangan lupa kosongkan jadual pada 3 Ogos ni dan tonton The Dark Tower di pawagam berhampiran korang. Ajak ramai-ramai penuhkan panggung. Confirm tak menyesal!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×