berita

Ini 11 Lokasi Terbaik Di Gangwon, Korea Untuk Pengalaman Musim Sejuk Paling Best!

January 24th, 2020 | by Hanis Aliaa
Travelogue

Bila member korang share percutian mereka ke Korea Selatan, mesti destinasi lebih kurang sama je. Kalau tak Seoul, mesti Jeju atau Busan. Maklumlah, kebanyakan syarikat penerbangan tawarkan ke tiga lokasi ni buat masa sekarang. Tapi, ada satu tempat underrated yang kami nak kongsikan dengan korang iaitu Gangwon.

Gangwon terletak di bahagian timur Semenanjung Korea. Pemandangannya yang cantik menjadikan bandar ini sebagai lokasi percutian terbaik sepanjang tahun. Tak kiralah musim apa pun, korang mesti akan terpesona dengan keindahan Gangwon.

Kalau korang nak tahu, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 telah diadakan di Pyeongchang, Gangwon. Ia juga syurga bagi penggemar sukan musim sejuk sebab kat sini banyak salji turun waktu musim sejuk.

Baru-baru ini, AirAsia X mempelawa kami untuk rasai sendiri pengalaman musim sejuk di Gangwon dan ada banyak tempat best yang kami pergi.

TIP PENGEMBARA : Korang boleh menaiki bas dari Terminal Bas Dongseoul, Seoul ke Terminal Bas Hongcheong, Gangwon. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 90 minit. Perkhidmatan bas beroperasi seawal jam 6 pagi hingga 10 malam.

1. Festival Hongcheon Ggong Ggong

Setiap kali musim sejuk, pelancong dari seluruh dunia berkumpul untuk memancing ikan trout dari ais. Menarik kan? Aktiviti seperti menangkap ikan trout dengan tangan, meluncur ais, pameran arca ais dan menunggang keldai pun ada. Selain itu, korang boleh nikmati pelbagai makanan tempatan di festival ni.

Festival ni memang popular dalam kalangan rakyat Korea Selatan dan diangkat sebagai pesta terbaik pada 2015 sebab memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak dan golongan dewasa untuk mengimbau kenangan lama mereka.

Korang kena try pancing ikan trout dari tasik yang beku, lagi best! Kami tak berpeluang sebab tasik belum cukup beku ketika ni. Bila dah dapat ikan, korang boleh terus grill dan makan. Memang sedap!

TIP PENGEMBARA : Festival ini akan diadakan pada setiap Januari. Korang boleh menaiki GoGoGangwon G-Shuttle untuk bergerak dari Seoul terus ke tempat festival di Gangwon.

2. Bertentang mata dengan alpaka di Alpaca World

Alpaca World merupakan taman tema zoologi terbesar di Korea. Lokasinya di kawasan hutan bergunung akan buatkan momen korang bersama haiwan ladang, terutamanya alpaka lebih best. Korang boleh bagi alpaka makan, berjalan, pegang dan bergambar.

Kalau nak dapatkan gambar paling onz dengan alpaka, korang kena umpan mereka dengan makanan. Paling penting, pegang alpaka di bahagian leher dan jangan sesekali berada di belakang alpaka sebab mereka mungkin akan tendang korang. Ohh ya, alpaka ni suka meludah tau. Jadi, redho jela kalau korang kena ludah ye.

Kalau korang suka sticker ataupun bawak anak-anak, bolehlah collect stamp di semua checkpoint yang ada kat Alpaca World. Bila dah dapat semua, korang boleh redeem sticker alpaka yang comel ni di kedai cenderahati.

TIP PENGEMBARA : Pastikan korang aktifkan kad kredit atau debit bila melancong ke Korea. Di Alpaca World, even nak beli makanan untuk haiwan pun menggunakan kad kredit atau debit tau!

3. Berseronok di Snowy Land, Vivaldi Park

Snowy Land adalah salah satu taman tema luncur salji terbesar di Korea. Ia mempunyai 5 lereng luncur salji dan pelbagai tarikan yang menarik. Snowy Land adalah lokasi yang memang korang tak boleh lepaskan bila bercuti di Korea sewaktu musim sejuk. Memang ngam sangat untuk korang bawak anak-anak bermain salji.

Nak lagi syok, korang datang pada sebelah malam. Suasana dan dekorasinya pasti buat korang terpukau dan gambar-gambar korang confirm lawa!

Kat sini, korang tak perlu risau nak makan di mana sebab di Vivaldi Park ada restoran halal. Antara menu popular yang ada di Dongmoon Express ialah Grilled Chicken Teriyaki Salad, Kimchi Fried Rice Wrap, Bulgogi Fried Rice Lunch Box dan Tteobokki.

Vivaldi Park ni kami kategorikan sebagai mesra Muslim. Bukan saja restoran makanan halal, mereka juga ada sediakan surau untuk kemudahan pelancong Muslim menunaikan solat. Nice dan terjaga pulak tu suraunya.

TIP PENGEMBARA : Surau kat sini asing lelaki dan perempuan. Sejadah pun ada! Korang hanya perlu bawak telekung atau kain pelikat sendiri je.

4. Bergaya dengan Hanbok Diraja

Ojukheon terletak di Gangneung, Gangwon mendapat nama daripada pokok buluh berwarna hitam yang tumbuh disekitarnya. Kalau korang nak tau, banyak drama Korea berlatar masa zaman dahulu kala buat shooting kat daerah Gangneung ni.

Kat sini, kami berpeluang untuk feeling ala-ala golongan Diraja dan bangsawan Korea dengan memakai pakaian tradisi mereka iaitu Hanbok. Selain itu, kami turut diajar untuk menulis nama dalam kaligrafi Korea.

5. Nikmati kelazatan kopi & keindahan pantai di Coffee Street

Kredit : Gangneung Tours

Buat penggemar kopi, korang boleh nikmati kopi di sepanjang Coffee Street. Ada banyak kafe menghidangkan pelbagai jenis kopi. Paling penting, konsep yang dibawakan setiap kafe kat sini unik dan berbeza. Rugi wei kalau tak ambil gambar sebab semuanya instaworthy. 

TIP PENGEMBARA : Cari kafe yang ada tempat duduk bertingkat untuk korang minum kopi dan dalam masa sama enjoy keindahan pantai. Takpun, korang beli je kopi dan minum di persisiran pantai. Lagi onz!

6. Bergambar ala-ala Goblin di Jumunjin Breakwater

Korang yang minat K-Drama mesti pernah tengok drama Goblin kan? Haa.. Jumunjin Breakwater ni salah satu lokasi ikonik dalam drama ni tau. Sebenarnya, Jumunjin Breakwater ni dibina untuk melindungi kawasan pantai daripada terhakis. Tapi, tempat ni jadi famous gara-gara drama Goblin.

TIP PENGEMBARA : Ada dua tempat yang sama tapi tak serupa. Lokasi original ada poster scene drama Goblin di Jumunjin Breakwater.

7. BTS Bus Stop

Peminat kumpulan K-Pop BTS memang kena datang BTS Bus Stop ni. Gambar ikonik ini ialah cover album “You Never Walk Alone” dan kami yakin penggemar BTS takkan tinggalkan Korea kalau tak datang ke sini. Tapi, korang jangan pelik kenapa takde bas sebab perhentian bas ni memang dibina untuk ambil gambar je tau.

TIP PENGEMBARA : Korang boleh menggunakan perkhidmatan Tourist Taxi untuk bergerak dalam Gangwon. Harganya hanya KRW 20,000 untuk 3 jam pertama.

8. Rasai aneka street food di Wolhwa Street

Kredit : Gangneung Tours

Wolhwa Street merupakan gabungan nama sepasang kekasih ketika dinasti Silla iaitu Muwollang dan Yeonhwa. Kisah cinta mereka diuji bila ibu bapa Yeonhwa ingin mengahwinkannya dengan jejaka lain. Demi cintanya, Yeonhwa menulis surat dan mencampakkannya ke dalam kolam lalu dibawa ikan kap kepada Muwollang. Akhirnya, mereka kembali bersama hingga ke akhir hayat. Epik betul kisah ni!

Korang juga boleh ke salah satu pasar tertua di Gangneung iaitu Pasar Jungang. Pasar ini dibuka sejak tahun 1980. Ada banyak pilihan makanan tempatan yang korang boleh rasa di sini seperti Hotteok (pancake), bebola ikan dan biskut beras yang lazat.

9. Nikmati kelazatan sup tauhu di Chodang Sundubu Village

Chodang Sundubu Village memang terkenal dengan tauhu mereka. Rahsia kesedapan tauhu ni ialah ia dibuat dengan air laut. Rare betul wei! Tapi, memang kami tak nafikan rasanya sedap dan lembut. Dapat pulak makan dengan side dish lain seperti kimchi, memang terangkat!

TIP PENGEMBARA : Korang boleh try ais krim Sundubu yang viral dekat Korea baru-baru ni.

10. Belajar buat Bibimbap di Jeonggangwon

Suatu ketika dahulu, Bibimbap ialah makanan Diraja.

Jeonggangwon ialah institut makanan tradisi Korea. Institut ini adalah salah satu usaha nak memelihara dan mengembangkan budaya makanan Korea. Mereka buat banyak program hands-on yang menarik dan salah satunya ialah buat Bibimbap.

Kalau korang nak rasa pengalaman buat makanan tradisional Korea, eloklah datang sini. Korang juga boleh nampak betapa teliti dan hormatnya masyarakat Korea treat makanan tradisional mereka.

Dah siap!!

TIP PENGEMBARA : Penginapan juga ada disediakan di mana korang boleh rasai pengalaman bermalam di dalam hanok (rumah tradisional Korea).

11. Pengalaman bermain ski di Alpensia Ski Resort

Nampak tak slope atas bukit tu? Siapa yang dah terer memang chill je turun dari situ.

Di setiap resort ski memang akan ada kelas untuk jam tertentu buat korang yang nak belajar main ski. Apa yang bezanya kat Alpensia Ski Resort, mereka ada ski camp (KISC) di mana penginapan, makanan, kelas ski (siap ada ujian), perlumbaan ski dan pelbagai lagi aktiviti best semuanya dah all in. Kira KISC ni macam sekolah ski gitu.

Kami juga berkesempatan untuk sertai kelas ski 30 minit. Kalau nak kira memang tak banyak belajar. Tapi, ada banyak input dan skill asas kami dapat daripada kelas ni. Korang yang dah biasa main ice skating dan roller blade takkan ada masalah sebab ski pun guna asas sama. Cuma part nak berhenti dan berdiri bila jatuh tu je susah sikit.

TIP PENGEMBARA : Di sini disediakan sewaan barang kelengkapan ski dan pakaian. Cuma, aksesori seperti gloves, goggle dan penutup muka je takde. Better korang standby benda ni sebab memang sejuk wei.

Terima kasih AirAsia X sudi bawak kami ke trip yang best ni!

Muka-muka bahagia bila salji turun :)

Buat korang yang ada plan nak ke Korea musim sejuk ni, boleh tempah tiket melalui AirAsia sekarang. AirAsia ada direct flight ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju. Yang penting, harga yang mereka tawarkan serendah RM399 untuk BIG member.

Korang juga boleh book tiket masuk ke tempat-tempat yang kami senaraikan di atas melalui deals.airasia.com. Dapatkan potongan RM100 bila korang berbelanja minimum RM150 dengan kod promo GANGWON100 okay! Promosi ini akan bermula pada 3 hingga 23 Februari 2020 untuk penerbangan pada 10 Februari 2020 hingga 2 Mac 2021.

Chef Hong’s Korean Bibimbap with Chicken Bulgogi

Sebelum buat bayaran tiket, jangan lupa untuk pre-book makanan daripada Santan. Salah satu menu baru yang korang kena cuba ialah Chef Hong’s Korean Bibimbap with Chicken Bulgogi. Hanya serendah RM10 je di airasia.com dan kami yakin korang akan suka dengan hidangan ni. Baru la feel nak ke Korea!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh usha laman web airasia.com. Annyeonghikaseyo!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×