berita

Ini 3 Kelebihan Menjalankan Ibadah Korban Di Bumi Anbia.

July 8th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Ibadah korban adalah salah satu cara untuk kita berkongsi rezeki dengan insan-insan yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan tanpa mengira tempat.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada banyak kebaikan melaksanakan ibadah korban di luar negara terutama sekali di bumi Anbia atau Arab. Nak tahu apa dia? Jom kami kongsikan!

Kebaikan menjalankan ibadah korban di bumi Anbia.

Seperti yang ramai sedia maklum, ibadah korban merupakan ibadah yang dikategorikan sebagai sunat muakkad iaitu ibadah sunat yang sangat dituntut dalam islam namun ianya tidak diwajibkan. Banyak tau kebaikan melaksanakan ibadah korban di bumi Anbia yang ramai tak tahu.

1. Menyampaikan bantuan berbentuk makanan (daging) kepada saudara Islam yang lain.

Saudara-saudara segama kita di sini sangat menanti-nantikan tibanya hari ibadah korban dijalankan. Hal ini kerana daging-daging korban ini diagihkan kepada pelarian, rakyat yang terkesan akibat perang dan orang-orang yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman di Palestin, Syria, Yaman dan Lubnan.

Pada masa inilah mereka dapat menikmati juadah berbeza dengan daging korban yang disumbangkan.

2. Menghidupkan Ibadah Korban di bumi barokah, Syam dan Yaman.

Kota Syam dan Yaman ialah kota dimana Rasulullah SAW mendoakan keberkatannya dan inilah peluang untuk kita memeriahkan sekaligus menghidupkan ibadah korban di sini. Maka, penyertaan korang untuk menjalankan ibadah korban di bumi yang mulia ini amat dialu-alukan.

3. Memeriahkan sambutan Aidil Adha dan berkongsi kegembiraan dengan saudara Islam yang ditindas dan dizalimi.

Selain berkongsi rezeki dengan saudara seislam, menghidupkan ibadah korban di bumi barokah, ibadah korban yang korang jalankan di sinilah yang memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Bayangkanlah, mereka ini mangsa penindasan, dizalimi, hidup dalam ketakutan dan tidak memiliki bekalan makanan yang mencukupi. Jadi, tak hairanlah mereka cukup gembira dengan bantuan yang disalurkan.

Oleh itu rakan-rakan, jika ada kemampuan tak salah kita berkorban di bumi Anbia kerana ramai yang menantikan daging korban kita.

Berikut ialah senarai harga ibadah korban di bumi Anbia bersama Aman Palestin pada tahun 2022:

Ibadah Korban PALESTIN

1 bahagian lembu – RM2300

1 ekor kambing – RM2300

Ibadah Korban SYRIA

1 bahagian lembu – RM1900

1 ekor kambing – RM1900

Ibadah Korban YAMAN

1 ekor kambing – RM700

Daging Sejuk Beku

1 bahagian lembu – RM750

Layari https://jommenyumbang.com/ms/kempen/korban-di-bumi-anbia untuk daftar ibadah korban korang sekarang.

Semoga niat kita untuk menjalankan ibadah korban dipermudahkan pada tahun ini. Bagi korang yang masih belum berkemampuan untuk menjalankan ibadah korban namun masih berniat ingin berkongsi rezeki dengan saudara seislam di bumi Anbia, korang boleh berikan sumbangan seikhlas hati melalui https://jommenyumbang.com/ms/home

SKIP THIS AD ×