Macam yang korang semua tahu, TikTok adalah satu aplikasi atau platform dimana korang boleh menghasilkan video berdurasi pendek yang tengah trending, bukan saja di Malaysia malahan di serata dunia.
Ia direka khas untuk pengguna dalam memberikan inspirasi kepada kreativiti dan hiburan serta konten konten yang menarik dari segi video lip-sync, komedi, tarian, LIVE, Duet dan Hashtag Challenge.
Lagi-lagi bila nak dekat CNY, memang banyak tau trend TikTok menarik yang korang boleh buat. Antaranya:
1. Tiger Dance Challenge
@jestinna ???????full song link in bio?? #????? #?????challenge #thekuans #fyp @perrykuan @mskuan
Cakap pasal tarian ni, memang banyak kan dekat TikTok yang korang boleh tengok. Masing-masing ada je kreativiti sendiri untuk hasilkan video yang menarik. Kadang-kadang tak kering gusi bila tengok.
Sama lah macam Tiger Dance Challenge, makin ramai pulak buat tarian ni. Nak-nak lagi bila tengah musim perayaan Tahun Baru Cina. Korang pun boleh ajak sedara mara korang buat sama-sama. Mesti comel gilaaaa!
2. CNY Outfit Ideas
Bukan setakat tarian atau challenge je tau, kalau korang perlukan idea atau apa-apa yang berkaitan, boleh je cari dekat TikTok!
@zoycebabe #???? ???? #??fashionshow ? #???? #CNYOOTD IG:Zoyce_Tan
Macam ni pula, trend tukar tukar outfit! Senang je tengok dia buat kan? Kan best kalau tukar baju sekelip mata macam tu. Haha! Kalau korang taktau nak buat konten apa, boleh lah try buat macam ni! Bermanfaat tau untuk orang orang yang dah kering idea nak pakai apa time raya ni!
3. Try menu terbaru Crab Rangoon!
Kalau dah bosan dengan menu yang sama hari-hari, ataupun kalau korang pergi rumah sedara mara tu, boleh lah cuba buat Crab Rangoon ni. Mudah, ikut je resepi macam dalam video kat bawah ni. Confirm berselera nanti bila makan!
@fienaz_nbhbabyfood Cheesy Baked Crab Rangoon anak-anak suka tau! Lebih cruncy! #crabrangoon #ChineseFood #dapoqkakfienaz #pickyeaterfoods
Bukan apa, sekali sekala nak cuba resepi baru dekat TikTok ni pun best jugak kan?
Trend terbaru guna AR effect #LightUpCNY ni pun syok jugak!
Selain dari yang dekat atas tu, korang jangan terlepas trend yang ni pulak tau! Ha…kalau korang nak tau, korang boleh mula bermain filter AR terbaru di TikTok yang bertemakan tanglung sempena Tahun Baru Cina iaitu #LightUpCNY.
Melalui filter ini, korang juga boleh mencipta tanglung korang sendiri dan sampaikan ucapan sempena Tahun Baru Cina buat keluarga atau kawan-kawan. Wahhh, menarik kan!
@nabila.razalii New AR effect dekat Tiktok. So cool! Bolehlah buat wish untuk kawan-kawan sempena CNY ni. #LightUpCNY #KONGSIFaCai ?
Bukan tu je, korang juga berpeluang mendapat ganjaran makanan dari Nando’s kalau join contest ni…
Paling best, dengan filter AR #LightUpCNY ni, korang berpeluang untuk join contest dari TikTok dan berpeluang untuk mendapat ganjaran makanan dari Nando’s bernilai sehingga RM70k tau!
Caranya mudah je, korang ikut je langkah dibawah ni:
- Muat naik video menggunakan hashtag #LightUpCNY (5 mata)
- Daftar masuk harian (2 mata)
- Kongsi video #LightUpCNY korang dengan rakan-rakan (1 mata)
- Follow @nandosmy di TikTok (10 mata)
- Jemput pengguna baharu untuk sertai kempen ini (Inviter 20 mata, invitee 30 mata)
Macam mana? Mesti excited kan? Rugi tau kalau korang tak join, silap-silap boleh menang! Dapat la belanja sedara mara tu makan sekali kan?
Lepastu nanti jangan lupa pulak untuk tebus hadiah korang dengan mata yang dah terkumpul tu dekat mana-mana cawangan Nando’s di Malaysia.
Tunggu apa lagi? Jom lah cuba trend #LightUpCNY & sertai contest ni guys!
Ha…jangan tunggu lama-lama! Peluang bukan datang banyak kali pun. Lagipun, kempen ni bermula dari 27 Januari 2022 hingga 15 Februari 2022. Jadi, korang jangan terlepas pulak eh untuk mencuba dan sertai contest menarik dari TikTok sempena CNY ni!
Kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh terus pergi ke laman web INI. Selamat Tahun Baru Cina guysss!