berita

Ini 4 Cara Terbaik Untuk Menyahbau & Menyegarkan Ruangan Rumah, Korang Kena Buat!

December 15th, 2022 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Macam yang korang semua tahu, rumah yang bersih dan rapi saja tak mencukupi untuk kita berasa tenang di rumah. Bayangkan kalau ada bau-bau yang kurang menyenangkan, ia akan menyebabkan korang kurang selesa tau! 

Jadi, kalau korang nak rumah tu sentiasa bersih dan segar, jom ikut cara ini untuk hilangkan segala bau hapak yang ada dekat rumah korang tu! 

1. Bersihkan lantai rumah

Selalunya bila dekat rumah, mak-mak ni selalu memasak kan. Bila dah kehulu kehilir dengan bahan-bahan masakan tu kadang-kadang membuatkan lantai rumah korang jadi melekit dengan bau-bau masakan.

Jadi, kalau korang nak elak rumah korang dari berbau, perlulah bersihkan lantai tu. Tak berkilat tak apa, janji bersih kan!

2. Buang makanan yang dah bercampur dalam peti sejuk

Ada tak yang suka sumbat makanan dalam peti sejuk sampai terlupa ada yang dah expired? Tiba-tiba macam ada bau busuk semacam je, mesti ada makanan yang dah basi dan berbau kan?

Korang kena ingat, makanan yang dah basi dalam peti sejuk ni susah nak hilangkan bau dia tau! Lagi-lagi kalau bau dan bakteria tu dah melekat. Bukan tu saja, silap-silap nanti kesihatan korang pun akan terjejas kalau dibiarkan macam tu je.

3. Pastikan tempat pembuangan sampah tu bersih

Korang peka tak dengan cara pembuangan sampah di rumah? Kadang-kadang ada juga yang suka biar je bekas sampah terbuka dan tak bersihkan selepas sampah tu dibuang. Haa…korang jangan macam tu tau! 

Bab-bab sampah ni memang korang kena ambil berat, bukan apa kalau dah terbiar lama, nanti akan berbau busuk. Sebaik-baiknya buang lah sampah setiap hari dan cuci bekasnya sebelum korang letak plastik sampah yang baharu. 

4. Guna penyegar udara

Penyegar udara atau dikenali sebagai “air freshener” ni adalah cairan yang datang dalam pelbagai jenis aroma dan haruman segar serta pelbagai bentuk.

Bukan dalam kereta je boleh pakai air freshener ni, dekat rumah pun korang boleh guna untuk hilangkan bauan kurang enak seperti bau masam akibat kelembapan keadaan sekeliling.

Tak tahu kat mana nak cari penyegar udara yang wangi, segar & tahan lama? Guna AirWick je guys!

Nak tau kenapa penyegar udara AirWick Freshmatic ni best? Haaa…sebab ia mempunyai 24/7 Odour Stop Technology yang bertindak balas dengan bau busuk dan akan meneutralkannya semula ruang rumah korang tau! 

Selain itu, air freshener ini juga mengandungi minyak pati semulajadi yang boleh menaikkan mood happy bila korang berada di rumah dan juga berasa tenang. Paling menarik, reka bentuk AirWick Freshmatic kelihatan seperti pasu yang sangat cantik tau! Jadi, boleh lah ceriakan ruang dan persekitaran ruang rumah korang kan! 

Bukan itu saja, ia juga mampu bertahan dalam masa 70 hari penggunaan dan jimat sebab korang hanya memerlukan satu bateri saja berbanding penyegar udara yang lain. 

Tunggu apa lagi? Jom alami kesegaran alam semulajadi di rumah dengan wangian AirWick!

Kalau korang masih tercari-cari cara macam mana nak menyahbau dan menyegarkan ruangan rumah korang? Boleh lah cuba penyegar udara AirWick Freshmatic ni. Bau nya pun semulajadi dan menyegarkan, lepas ni tak adalah masalah bau hapak dah kan!

Jom dapatkan sekarang di mana-mana kedai berdekatan korang atau pun melalui online di Lazada dan Shopee.

SKIP THIS AD ×