berita

Ini 4 Perkara Wajib & Nasihat Wanita Berjaya Yang Korang Perlu Tahu Untuk Menjadi Wanita Hebat & Berani!

November 17th, 2020 | by Syakilla Marzuki
Insiprasi

Nak jadi wanita yang hebat dan sukses bukan hanya dilihat daripada segi kekayaan atau pangkat kerja yang dimiliki. Hebatnya wanita itu apabila berjaya mendidik anak-anaknya sehingga berjaya, menjadi seorang isteri terbaik kepada suami, atau berjaya menjadi ispirasi buat orang di sekeliling.

Untuk menjadi wanita hebat tentunya melalui proses yang tidak mudah. Banyak cabaran dan perkara yang perlu korang buat. Haa.. kalau nak tahu apa? Jom kita tengok satu persatu. 

1. Cuba perkara baru dan bina keyakinan diri

Keyakinan diri adalah perkara utama yang dituntut kalau korang nak berjaya. Keyakinan diri tak lah bermaksud korang perlu berlagak dan rasa diri lebih bagus dari orang lain. Keyakinan diri tu muncul bila korang tak membandingkan diri korang dengan orang lain.

Apa yang korang rasa korang mampu buat tu, buat je. Jangan tunggu dan fikir apa yang orang nak kata. Sebab tu semua akan merugikan diri sendiri. Jadi perlu lah tanam dalam diri supaya sentiasa berkeyakinan walau apa pun cabaran baru yang perlu ditempuh.

2. Tak mudah mengeluh

Apa yang korang perlu terapkan dalam diri korang adalah dengan tidak mudah mengeluh sehingga korang berjaya mencapai sesuatu. Bekerja keras dan menganggap rutin harian adalah tugas yang perlu korang buat dengan cemerlang dan memerlukan kesabaran.

Orang kata janganlah mensia-siakan setiap waktu yang korang ada untuk korang terus produktif. Ini juga akan memberi kemajuan dalam diri korang tau.

3. Mencari pengalaman

Selain mengembangkan kemampuan diri, korang juga perlu mencari pengalaman sebanyak mungkin. Tak semestinya dengan keluar mencari di luar, korang juga boleh melakukan dengan membaca buku, mendengar pengalaman orang lain yang telah berjaya atau menonton video.

Selain itu, buat sesuatu benda yang korang suka sehingga korang mahir dalam bidang tersebut. Dengan pelbagai pengalaman yang korang dapat, ia membantu diri dan peroleh ilmu yang bermanfaat dan berguna kepada orang lain juga.

4. Tanam sifat positif dalam diri

Nak berjaya mesti kena ada sifat positif dalam diri kan? Walaupun duduk di dapur, wanita itu adalah wanita yang hebat sebab boleh buat macam-macam kerja. Wanita memang banyak emosi, jadi salurkan emosi positif korang untuk beri impak kepada orang lain juga.

Sentiasa explore dunia dengan cabaran baru supaya korang rasa lebih kuat untuk menentang setiap perkara negatif.

Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dengan kerjasama Google

Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dianjurkan dengan kerjasama antara MAGGI® dan Google Malaysia menerusi Women Will, sebuah program Grow with Google. Program ini terdiri daripada dua komponen iaitu Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang bertujuan untuk:

  • Membina kesedaran dan keyakinan diri
  • Memperoleh ketrampilan dalam menjalankan perniagaan
  • Mempelajari kemahiran baru iaitu meningkatkan kemahiran memasak

Dari bengkel ini, seramai 20 peserta akan menjalani beberapa siri temu bual dan penilaian untuk mara ke pusingan akhir.

Seterusnya, 3 peserta akan dipilih untuk memasuki pusingan yang terakhir untuk dimentorkan secara peribadi oleh Duta MAGGI® CukupRasa, Pelakon & Usahawan Datin Paduka Eina Azman, Pengarah, Penerbit, Pelakun & Pemilik The Dim Sum Place KL Sheila Rusly dan Usahawan & Pemilik My Mum’s Bakery Anne Idris. Bestnya!

Tingkatkan kemahiran memasak korang dengan MAGGI®!

Menurut Ida Low, Pengurus Jenama Senior, bengkel ini menfokuskan kepada 3 modul utama iaitu membina kesedaran dan keyakinan diri, memperoleh ketrampilan dalam menjalankan perniagaan serta meningkatkan kemahiran memasak.

Lebih daripada 900 wanita telah menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® dalam bulan September dan Oktober.

Di sini, korang diberi tunjuk ajar dan cara menyediakan hidangan nutirisi lengkap dan memasak dalam kuantiti besar. Selain itu, korang juga boleh meningkatkan kemahiran memasak bersama Chef MAGGI®. Antara resepi yang ada ialah:

i. Nasi Goreng Ikan Masin

ii. Nasi Goreng Kampung

iii. Tumisan Kubis

Haa.. menarik kan? Selain belajar selok-belok perniagaan dan cara nak tingkatkan keyakinan diri, korang juga dapat polish kemahiran memasak. Menu pula semuanya nampak sedap!

Jadikan satu hobi baru dengan yakin dan berani bersama MAGGI®

Macam mana? Nampak sedap kan resepi yang dimasak tu. Haa, dengan MAGGI ni, korang pun boleh try masak dan cuba benda baru tau. Malah, boleh dijadikan sebagai satu hobi dan aktiviti yang best di dapur.

Bukan tu saja, dengan mencuba sesuatu perkara yang baru ni juga, ia boleh menjadikan korang wanita yang lebih berani, melangkah keluar dari zon selesa serta sentiasa yakin dengan diri sendiri. Ini kerana perubahan positif bukan saja memberi impak kepada kehidupan dan insan tersayang, tetapi juga seluruh masyarakat.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang MAGGI®, boleh layari laman web MAGGI® atau Facebook  mereka sekarang!

×