berita

Ini 4 Sebab Kenapa Korang Kena Amalkan Pengambilan Oats Dalam Diet Harian! 

December 29th, 2020 | by Sya Alkaf
Kini Trending

   

Rutin senaman yang baik memainkan peranan penting dalam memastikan tubuh korang sentiasa sihat dan cergas. Tapi, harus diingat faktor pemakanan adalah punca utama terjadinya masalah kesihatan tau.

Jadi, suka atau tidak kita perlu mengimbangkan kedua-dua rutin senaman dan juga pemilihan makanan yang sihat, lagi-lagi untuk mereka yang berumur 25 tahun dan ke atas.

Jom ambil oats untuk diet yang seimbang!

Kredit foto: TASTING TABLE

1. Kaya dengan nutrisi penting

Oats merupakan bijirin yang kaya dengan nutrisi dan serat baik untuk tubuh kita. Ia mengandungi mineral penting seperti vitamin B, magnesium dan fosforus yang mana bertindak sebagai ejen pelindung untuk tisu dan juga tulang badan.

2. Terbukti berkesan menurunkan paras kolesterol dalam badan

Diperkaya dengan beta-glucan, serat di dalam oats mampu memperlahankan penyerapan lemak serta kolesterol tidak sihat dalam darah. Secara tidak lansung ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung yang merupakan punca kematian paling tinggi dalam kalangan rakyat malaysia pada 2019. (sumber bharian)

3. Baik untuk penjagaan kulit

Menurut laporan NDTV Food, oats mampu mengurangkan masalah jerawat. Ia mengandungi zink yang berkesan mengurangkan keradangan serta membunuh kuman punca jerawat. Ia juga mampu menyelesaikan masalah kulit berminyak. Jadi, tak hairanlah banyak produk penjagaan kulit di pasaran mengandungi oatmeal sebagai bahan utama.

 4. Membantu mengurangkan berat badan

Memandangkan oats adalah bijirin yang tinggi dengan serat, ia mampu membuatkan korang untuk berasa lebih kenyang bagi tempoh yang panjang! Sekaligus membantu mengawal pengambilan kalori harian agar tidak terlalu berlebihan sehingga menyebabkan masalah berat badan atau obesiti.

Jadikan Quaker Oats sebagai pilihan utama!

Impak pandemik yang mempengaruhi seluruh dunia membuatkan orang ramai semakin cenderung menjaga kesihatan diri. Bagi korang yang ingin mengamalkan pengambilan oats demi kesihatan badan, apa kata cuba Quaker Oats!

Kami sarankan Quaker Oats kerana ia dipenuhi zat penting seperti zat besi yang bertindak menguatkan sistem pertahanan badan bagi melindungi kita dari penyakit yang tidak diingini. Lagi-lagi pada masa kritikal seperti sekarang dengan wabak Covid-19.

Sebelum ini, mungkin ramai yang menganggap hanya vitamin C dan Zink yang mampu memperkukuhkan sistem ketahanan badan. Sementara zat besi lebih sering dikaitkan dengan sumber tenaga dan juga peredaran darah. Haa ini satu benda yang korang perlu tahu! Zat besi juga mampu meningkatkan imuniti badan okay!

Jadi, dengan mengamalkan oats dalam diet harian, korang bukan je dapat manfaatkan 4 kelebihan yang kami senaraikan di atas malah mampu melindungi diri dari penyakit berbahaya.

Cuba resipi mudah dengan Quaker Oats!

1. Nasi bubur ayam bersama cendawan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anis Nabilah (@anis_nabilah)

Ramuan dan kaedah untuk ayam bersama cendawan

2 sudu teh minyak masak tak tepu

2 ulas bawang putih dicincang halus

1/4 serbuk lima rempah

100 gram dada ayam yang sudah dibuang lemak dan dicincang

1 bawang kecil dipotong dadu

4 cendawan kering (direndam selama satu jam kemudian di potong dadu)

  • Panaskan minyak
  • Tumis bawang bawang putih, serbuk lima rempah dan dada ayam di atas api besar sehingga keperangan
  • Tambah cendawan kemudian gaul selama 2 minit dan padamkan api

Ramuan dan kaedah untuk bubur

1/4 kiub ayam dicampurkan dengan 2 cawan air panas

10 sudu besar Quaker Quick Cook Oatmeal

1/4 serbuk lima rempah

1 sudu kicap cair

  • Dalam periuk besar, campurkan kiub ayam, oat serta air dan masak di atas api sederhana
  • Apabila adunan semakin pekat, tambahkan serbuk lima rempah dan kicap cair
  • Sendukkan bubur ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama ayam serta cendawan. Siap!

2. Peanut butter smoothie

Bahan- bahan 

5 sudu Quaker Instant Oatmeal

2 biji pisang dibuang kulit dan dipotong

2 sudu teh gula

1 sudu teh esen vanila

2 cawan susu rendah lemak

Kaedah penyediaan

  • Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam pengisar
  • kisar sehingga halus
  • tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk dihidang!

3. Pom-berry

Bahan- bahan 

1/2 cawan Quaker Quick Cook Oatmeal

1/2 cawan jus delima

1/4 cawan yogurt Greek

1/2 cawan campuran berries

2 sudu teh chocolate chips

Kaedah penyediaan

  • Campurkan kesemua bahan ke dalam satu bekas yang sama
  • Simpan di dalam peti ais semalaman
  • Sedia untuk dinikmati!

Ada banyak lagi resipi lain yang boleh korang cuba untuk pelbagaikan menu harian. Takdelah bosan makan oats kosong je nanti kan? Untuk dapatkan resipi-resipi lain lawati laman web rasmi Quaker oats di sini. Kami yakin korang tak akan pernah ketandusan idea untuk menu oats dah lepas ini :)

Produk Quaker Oats diiktiraf halal dan boleh didapati di mana-mana pasaraya berhampiran korang. Untuk sebarang info lanjut layari laman Facebook rasmi mereka di sini.

Jom kita bersama mengamalkan corak pemakanan yang lebih baik demi menjamin kesihatan tubuh badan! Selamat mencuba!

SKIP THIS AD ×