berita

Ini 5 Aktiviti Best Untuk Korang Try Dekat Gamuda Cove Cetral Park, Taman Mesra Haiwan!

November 30th, 2020 | by Sya Alkaf
Sponsored Post

Gamuda Land memperkenalkan Gamuda Cove Central Park seluas 60 ekar yang dilengkapi pelbagai fasiliti hebat untuk kemudahan penduduk komuniti sekitar.

Dah ada macam-macam fasiliti ini memang rugilah kalau korang tak gunakan guys. Biar kami kongsikan antara aktiviti menarik yang korang boleh cuba di Gamuda Cove Central Park.

1. Berkelah dengan yang tersayang

Luangkan masa dengan keluarga mahupun teman-teman korang dengan berkelah di Gamuda Cove Central Park yang sangat instagrammable ini! Di tambah pula dengan permandangan indah tasik di kawasan sekitar taman, fuhh tenang habis!

2. Aktiviti riadah

Aktiviti riadah terbukti penting dalam memastikan kesihatan badan berada dalam keadaan yang baik. Dekat Central Park ini, korang bukan je boleh berjogging malah nak berbasikal pun tak ada hal sebab taman ini seluas 60 ekar serta dilengkapi dengan 5km trek jogging. 

3. Taman permainan untuk kanak-kanak

Kredit foto – stocksy (Gambar sekadar hiasan)

Ini khas untuk ibubapa yang selalu rasa bersalah bila tak dapat nak luangkan masa dengan anak-anak sebab sibuk bekerja. Gamuda Cove Central Park ada taman permainan yang super fun untuk korang luangkan masa setelah habis bekerja bersama si kecil. Bila si kecil gembira, baru mak ayahnya pun lebih senang hati kan?

4. Bawa si manja berjalan-jalan

Kredit foto – the spruce Pets (Gambar sekadar hiasan)

Bonus point sebab taman ini mesra haiwan peliharaan! Jadi korang bolehlah bawa haiwan peliharaan korang berjalan-jalan dengan bebas dekat sini tanpa perlu risau dijeling oleh orang sekeliling :)

5. Latih haiwan peliharaan dengan kemudahan yang disediakan!

Kredit foto – TrainedCat (Gambar sekadar hiasan)

Gamuda Cove Central Park juga dilengkapi kemudahan latihan untuk haiwan peliharaan. Jimat! Tak perlu dah nak habiskan duit untuk hantar si comel kesayangan korang ke pusat latihan khas lepas ini. Malah dengan sesi latihan secara peribadi seperti ini ianya terbukti berkesan untuk mengeratkan hubungan diantara haiwan peliharaan dan juga pemiliknya.

Gamuda Land menjanjikan kawasan perbandandaran yang lebih baik

Pembinaan taman ini adalah sebahagian daripada usaha Gamuda Land melalui Gamuda Parks yang mahukan kesemua pemilik hartanahnya dapat menjalani kehidupan harian di kawasan yang bersih, selamat dan mempunyai akses kepada persekitaran yang baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gamuda Parks korang boleh klik di sini atau terus ke Gamuda Cove Experience Gallery, Bandar Gamuda Cove, Persiaran Cove Sentral, Dengkil, Selangor. Lagi senang kalau waze je terus. Gamuda Cove Experience Gallery dibuka dari jam 10 pagi sehingga 6 petang.

SKIP THIS AD ×