Hari Kebangsaan tahun ini agak berbeza dengan sebelum-sebelum ni. Mana taknya, disebabkan pandemik yang melanda negara sekarang, nak pergi tengok bunga api, keluar dengan family dan kawan untuk sambut merdeka pun dah tak boleh.
Tapi, semua tu takkan melemahkan semangat dan menghalang korang sebagai rakyat Malaysia untuk merasai dan meraikan tau kemerdekaan negara tau. Ini antara perkara yang korang boleh lakukan bersama member dan keluarga untuk hari kebangsaan tahun ni.
1. Hias rumah, pejabat & kenderaan dengan Jalur Gemilang
Selalunya korang mesti akan tengok Jalur Gemilang akan berbaris di sepanjang jalan bila hari kebangsaan nak dekat kan? Tahun ni memang agak sukar untuk merasai semua tu.
Walaupun tanpa perarakan atau acara, korang tetap dapat menghidupkan semangat patriotik dengan menghias kediaman atau pejabat dengan Jalur Gemilang. Selain tu, korang juga boleh hias kenderaan korang juga tau. Barulah bersemangat!
2. Reka lagu bertemakan kebangsaan
Bila menjadi anak Malaysia, banyak je lagu bertemakan kemerdekaan yang korang sering dengar. Antaranya adalah Warisan, Keranamu Malaysia, Bahtera Merdeka dan macam-macam lagilah.
Untuk menyemarakkan lagi semangat tu, apa kata korang reka lagu bertemakan kenegaraan dan kebangsaan. Ia mampu menaikkan lagi jati diri dan rasa bangga korang sebagai anak Malaysia. Ha..korang yang mana minat menyanyi tu bolehlah try asah bakat!
3. Luangkan hujung minggu bersama keluarga
Disebabkan tahun ini kerajaan dah umumkan tiada sambutan hari kebangsaan untuk rakyat Malaysia, korang bolehlah luangkan hujung minggu dengan keluarga dekat rumah. Lagipun korang dapat cuti panjang kan?
Pelbagai aktiviti yang korang boleh buat di rumah bersama keluarga. Ini dapat mengeratkan silaturahim dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan korang. Tak semestinya korang celebrate dekat luar, dekat rumah pun dapat rasa vibes tu!
4. Pamerkan pakaian tradisional
Sebagai negara yang berbilang bangsa dan etnik, kita ada banyak pakaian tradisional. Semuanya cantik-cantik pulak tu! Apa kata korang ramai-ramai pakai dan gayakan pakaian tradisional korang. Paling penting, jangan lupa ambil OOTD dan muat naik di media sosial. Confirm meriah je tengok timeline pada 31 Ogos ni.
5. Enjoy tawaran istimewa merdeka
Bila dah nak dekat tiba hari kebangsaan mesti ada banyak deals hebat yang ditawarkan untuk korang. Antaranya makanan, barangan, pakaian, tempat percutian dan banyak lagi! Semuanya menawarkan promosi mahupun potongan harga yang terbaik.
Jadi, korang tak perlu sedih kalau tak dapat tengok bunga api atau perarakan kemerdekaan tahun ni. Korang boleh enjoy dan nikmati tawaran sempena hari kebangsaan. Memang rugi kalau tak grab, lagi-lagi tawaran awesome daripada Celcom.
Celcom tawarkan Samsung Galaxy Note20 5G dengan hanya 63 sen!
Sempena menyambut Hari Kebangsaan Ke-63, Celcom nak beri peluang kepada korang untuk dapatkan Samsung Galaxy Note20 5G pada harga 63sen melalui tawaran Celcom 63milang Deals (Gemilang Deals).
Apa yang korang perlu buat hanyalah pergi ke aplikasi Celcom Life sekali sehari dan rebut tawaran ketara luar biasa ni. Selain itu, Celcom juga ada tawaran best untuk semua pelanggan prabayar dan pascabayar.
Pelanggan Prabayar Celcom Xpax
Nikmati 63GB internet berkelajuan tinggi secara PERCUMA apabila melanggan pas internet prabayar mingguan atau bulanan dengan just4ME ™ di aplikasi Celcom Life.
Pelanggan Pascabayar Celcom
Korang boleh pilih mana-mana dua telefon PERCUMA apabila mendaftar dengan talian keluarga Celcom MEGA™ melalui promosi Mix & Match™ di mana-mana Celcom bluecube atau peniaga sah Celcom di seluruh negara.
Jom muat turun aplikasi Celcom Life & rebut peluang keemasan ni!
Korang tunggu apa lagi? Download aplikasi Celcom Life sekarang dan korang mungkin berpeluang mendapatkan Samsung Galaxy Note20 5G dengan hanya 63sen. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Celcom 63Gemilang Deals ini, korang boleh klik di SINI.
Selamat Hari Kebangsaan!