berita

Ini 5 Cerita Gajet Paling Hot 2016 & Apa Yang Boleh Kita Jangka Pada Tahun 2017… Tunggu!

December 23rd, 2016 | by Noraniza
Kini Trending

cover-image-huawei-2

Pejam celik, pejam celik kejap je dah nak masuk tahun 2017! Fuh, pantas kan masa berlalu? Well, apapun kami pasti tahun 2016 adalah tahun yang agak mengujakan buat peminat-peminat gajet.

Hurm… Korang perasan tak yang ada macam-macam story panas pasal gajet yang terjadi pada tahun ini! Jom kita recap apa yang terjadi dalam dunia gajet tahun 2016 ni!

Carta 2016

1. Kisah Huawei P9 & kamera dual-leicanya…

huawei-2

Kerjasama Huawei dan Leica memang membuat ramai kaki fotografer tercengang. Manakan taknnya, Huawei P9 dapat mengeluarkan smartphone yang memiliki gambar setanding dengan kamera DSLR. Bagi kami harganya pun not bad! Masih berbaloi untuk dibeli dengan kualiti gambar super cool macamni. Nah, korang boleh baca review daripada fotografer famous mengenai Huawei P9 di link ini!

dslr

2. Samsung GALAXY NOTE 7 meletop. Boom!

meletop

Tiba-tiba newsfeed Facebook kami dibanjiri dengan foto-foto yang mendakwa bahawa Samsung Note 7 yang hangus terbakar! ( eh, macam lirik lagu pulak!). Pada mulanya tak berapa nak percaya sebab zaman sekarang ni banyak je netizen yang rajin mengedit gambar. Tapi ternyata berita tersebut memang valid!

“Kami sudah menerima beberapa laporan bateri Galaxy Note 7 meletup. Kejadian itu juga sudah disahkan berpunca akibat masalah bateri,” Presiden Mobile Buissness Samsung Electronics, Koh Dong-Jin,

Sejak dilancarkan, lebih sejuta unit Note 7 sudah dijual di seluruh dunia dan Samsung mengesahkan menerima 24 laporan kejadian bateri telefon berkenaan bermasalah. . Sumber : harian metro

3. iPhone masih menguasai hati peminat tegar!

screen-shot-2016-12-12-at-11-22-24-pm

Ada apa dengan iPhone? Soalan itu memang menjadi tanda tanya kerana walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal, iPhone tetap ada pengikut tersendiri! Oleh itu, pada awal bulan September, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dilancarkan!

Keluaran terbaharu ini merupakan iPhone kalis air dan kalis percikan (juga kalis habuk) pertama pernah direka. Butang home terbaharu yang lebih canggih agar tahan lama, lebih responsif dan sensitif terhadap tekanan serta boleh diselaras mengikut kehendak pengguna.

Malah, iPhone didatangkan dengan pembesar suara stereo. Pilihan Earpods bersama palam Lightning port atau fungsi wayarles Airpods yang boleh digunakan selama lima jam untuk satu kali pengecasan. Sumber: Astro Awani

Tapi, yang kelakarnya, siap ada parody lagi!

4. Google Pixel digodam dalam masa 60 saat! Fuh.

google-pixel

Percaya atau tidak, sekumpulan hackers dari China bekerja di Qihoo 360 telah berjaya menggodam Pixel dalam masa 60 saat di PwnFest hacking competition.

Disebabkan itu, mereka memperolehi tunai sebanyak $120,000! Cool atau bahaya eh? Sebab dengan kebijaksaan mereka, adalah tidak mustahil untuk mereka akses ke maklumat peribadi korang!

5. Eh,WhatsApp tak boleh guna tahun depan? Serius ke?

whaso-tu

Ha, jangan terkejut dan menangis teresak-esak bila tahu hal ni! Untuk makluman korang, hanya beberapa telefon pintar sahaja yang tidak boleh menggunakan aplikasi ini lagi seperti Nokia dan Blackberry yang dikendalikan oleh sistem operasi mereka sendiri. Termasuklah Blackberry 10, Nokia S40 dan S60 Symbian platforms, Android 2.2 dan Windows Phone 7.1 operating systems.

Jadi, jika korang adalah pengguna tegar aplikasi WhatsApp dan menggunakan telefon pintar yang kami senaraikan tersebut, dah bolehlah beli yang lain! Komunikasi tu penting bro!

Well, korang boleh tonton ulasan lanjut mengenai cerita-cerita gajet paling hot 2016 dalam versi kelakar gila di video ini!

2016 Mobile tech news wrap up

2016 Mobile tech news wrap up Join Jason and Faiq as they countdown the top pieces of tech news that happened throughout 2016. Disagree? Vote for what you think is the top piece of tech news this year here: http://vox.malaysiakini.com/en/14040#fgmedia #subsidisedcontent

Posted by Malaysiakini on 22hb Disember 2016

Apa pula agaknya yang menanti pada tahun 2017?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×