berita

Ini 5 Gelagat Lucu Ibu Bapa Apabila Gunakan Internet. No 3 Tu Lawak Weh!

December 23rd, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Zaman sekarang ni memang zaman internet. Boleh kata semua orang guna dan perlukan internet, bermula dari kanak-kanak sampailah orang tua. Haa..mak ayah korang pun mesti tak terkecuali kan? Tapi kadang-kadang ada jugak yang tak biasa dengan internet dan agak blur pada awalnya.

Jom kami kongsikan antara kisah lucu yang rakyat Malaysia kongsikan tentang ibu bapa mereka apabila menggunakan internet!

“Lama jugak nak bagi mak faham apa itu search engine dan web browser” – Ashraf

“Masa mula-mula ajar mak pakai internet dulu, saya dah setkan Google sebagai search engine supaya senang dia nak cari apa-apa kat internet, contohnya resepi. Dua tiga hari lepas tu, saya nampak setiap kali dia nak bukak Google, dia akan taip balik www.google.com dekat ruangan web browser. LOL”

“Tiap kali nak buat online banking, ayah mesti akan call” – Nadhirah

“Sekarang ni semua orang dah guna online banking. Tapi ayah saya ni jenis tradisional sikit, tak nak guna online banking, rumit katanya. Nak bayar apa-apa, dia akan pergi kaunter bayaran terus. Tapi saya yakinkan dia dan set kan akaun online banking untuk dia. Sudahnya, sampai sekarang, tiap kali nak buat apa-apa bayaran, dia akan call saya dan suruh saya yang buat guna akaun online banking dia”

“Ibu mengadu line internet slow, rupanya…” – Nabil

“Ibu ayah dah pencen dan disebabkan saya taknak diorang bosan, saya pasanglah WiFi kat rumah. Tapi ibu selalu call mengadu cakap line internet slow sangat. Padahal, ibu ayah berdua je yang guna WiFi kat rumah. Rupanya, ayah cerita yang ibu kongsi password WiFi dekat jiran-jiran. Patutlah slow, dah satu taman guna!”

“Mama sekarang dah terror download drama Korea!” – Farah

“Mama saya memang minat betul tengok cerita korea. Selalunya, saya akan download drama korea terbaru, sambungkan dekat tv dan layan sama-sama dengan mama. Satu hari tu, saya kena outstation lama jadi mama bosan dan mintak ajar cara nak download movie. Saya pun Whatsapp lah mama dan ajar step by step. Sekarang ni dia lagi pro dari saya. Siap tahu macam-macam website untuk download movie!”

“Seminggu mak tunggu nak hantar Whatsapp,” – Epul

“Masa balik kampung haritu tiba-tiba mak hulurkan handphone dia. Dia cakap dah seminggu dia tak boleh bukak Facebook dan hantar Whatsapp. Bila check telefon mak, takde masalah. Rupanya dia tak on WiFi router!”

Kini, TIME menjadikan internet lebih mudah diakses dan digunakan oleh ibu bapa kita!

Image from TIMEComel kan kerenah mak ayah kita bila menggunakan internet dan aplikasi terkini ni? Kadang-kadang lucu pun ada, yelah, zaman mak ayah kita takde lagi semua internet ni. Tapi, mak ayah kita sekarang ramai dah yang celik IT. Tah-tah lagi terror dari kita.

Haa..untuk pengetahuan korang, rangkaian fiber penuh TIME kini menyediakan rangkaian yag lebih stabil dan internet berkelajuan tinggi sehingga 1Gbps! Jadi kalau korang nak strim drama TV, shopping online atau nak main game ke, dah takde masalah rangkaian dengan rangkaian fiber penuh TIME! 

Yang lagi best, korang juga boleh menikmati akses internet yang cepat tanpa terikat dengan sebarang tempoh kontrak. Jadi kalau korang tak pasti sama ada nak terus menggunakan TIME ataupun tak nanti, korang boleh mendaftar untuk pakej fleksibel tanpa penalti penamatan.

WiFi tak berfungsi? Jangan risau..

Korang tak pasti nak buat apa bila WiFi tidak berfungsi? Tak payah runsing sebab TIME mempunyai pasukan Tech Ninjas mereka yang tersendiri yang akan membantu korang pada bila-bila masa!

Selain membantu korang dengan segala keperluan internet, Tech Ninjas TIME juga akan membantu korang melakukan pemasangan WiFi korang dari awal hingga akhir dan akan menjawab sebarang pertanyaan yang korang kemukakan.

Jadi, apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki pakej jalur lebar TIME bermula dari RM99 sebulan. Bukan itu je, korang juga boleh jimat sehingga RM100 pada bil pertama korang!

Jom ketahui lebih lanjut di laman web mereka hari ini.