Zaman sekarang tak macam dulu. Kalau takde duit dalam dompet mesti gelabah gila kan? Tapi sekarang, kalau nak go cashless pun takde masalah dah.
Lagi-lagi bila korang semua ada kad ATM MyDebit sendiri. Tak payah nak simpan duit berkepok-kepok dalam wallet tu. Nak berbelanja pun jauh lebih mudah. Selain itu, ini antara kelebihan kad ATM MyDebit yang korang perlu tahu…
1. Jimat masa untuk beli barang
Kalau nak tahu, kad ATM MyDebit ni membolehkan korang membayar barang-barang yang dibeli tanpa perlu menggunakan wang tunai.
Dalam erti kata lain bila nak shopping, korang bawa je kad sekeping tu pun dah boleh bayar untuk barang yang korang nak. Tak payah susah-susah kira duit kertas bila di kaunter. Kan dah jimat masa dekat situ!
2. Duit ditolak terus daripada akaun bank
Selain itu, bila korang membayar dengan menggunakan kad ATM MyDebit, duit akan ditolak terus dari dalam akaun korang tau! Maknanya korang dah tak perlu risau lah kot-kot kalau ada hutang di hujung bulan. Lagipun korang pun boleh check sendiri sama ada duit tu dah ditolak ataupun belum.
Tapi yang pastinya kena ada baki lah dalam akaun tu, kalau tak, tak boleh nak buat apa-apa pembayaran lah jawabnya. Ini sekaligus dapat membantu mengawal perbelanjaan korang supaya tak melebihi daripada apa yang dirancang dan simpanan yang dimiliki.
3.Tak perlu beratur panjang untuk keluarkan wang tunai
Kadang-kadang bila dah keluar rumah, mana ada masa nak singgah ATM ni. Kalau boleh nak terus pergi je ke tempat yang dituju. Lepastu baru terfikir yang cash takde dalam tangan. Dah satu hal pula nak kena mencari dekat mana mesin ATM.
Nak-nak lagi kalau kena beratur panjang untuk keluarkan duit kan? Tapi, kalau korang guna kad ATM MyDebit ni, tak perlu fikir dah nak semua tu. Dah sampai kedai, terus bayar je guna kad MyDebit.
4. Lebih selamat & mudah dibawa kemana-mana
Bukan tu je, dengan penggunaan kad ATM MyDebit ni, ia akan memudahkan korang untuk membuat transaksi dan ia selamat untuk dibawa kemana-mana. Ini kerana transaksi tersebut memerlukan kemasukan PIN untuk pembelian RM250 ke atas.
Risiko untuk duit korang hilang atau dicuri pun agak rendah sebab wang tunai yang ada dalam bank terjadi dalam bentuk kad. Jadi, korang tak perlu risau kalau duit korang tercicir dan sebagainya.
5. Tiada caj & penalti
Macam yang korang semua tahu, tiada caj yang dikenakan bagi setiap transaksi yang dibuat bila guna kad ATM MyDebit ni. Jadi, kalau korang ada membuat pembelian, jumlahnya akan di debit kan terus dari akaun bagi setiap transaksi yang berjaya.
Kalau korang cancel pembelian sekali pun, amaun pembelian tu akan dikreditkan semula ke akaun tanpa caj dan penalti. Mudah kan?
Kad ATM MyDebit ni juga adalah pilihan terbaik tau berbanding kad kredit. Pengurusan kewangan lebih mudah dengan kad debit sebab korang hanya boleh berbelanja mengikut kemampuan sahaja.
Jom praktis kan menggunakan kad ATM MyDebit lepasni!
Banyak juga kelebihan yang ada pada kad debit ni guys…Lepasni bolehlah start guna kad ATM MyDebit ni je untuk setiap pembayaran. Mana taknya, benda mudah kan? Tak payah lagi korang kelam kabut nak cari ATM semata-mata nak keluarkan duit.
Ha…sama macam video dekat atas ni. Tak payah susah-susah korang nak keluarkan cash, wallet kosong pun takde masalah. Asalkan ada kad ATM MyDebit je boleh buat pembayaran tu. Tak kisah dekat mana-mana tempat termasuklah kedai makan.
Amacam? Senang gila kan nak guna kad ATM MyDebit ni. sekali wave je, dah boleh settle bayar semua benda dan selamat pula tu!
Boleh juga kalau nak guna untuk bayar parking, dekat vending machine, dobi, pasar raya, kedai makan, beli tiket wayang, farmasi, buat pasport, cukai jalan, bil hospital, universiti, mahupun di sekolah!
Bukan tu je, korang juga boleh pilih sama ada nak buat pembayaran menggunakan pin atau pilihan tanpa sentuh tau! Tapi limit nya hanya untuk transaksi RM250 ke bawah sahaja untuk pilihan bayaran tanpa sentuh.
Lagipun, ada 22 bank yang mengambil bahagian melalui MyDebit ni dan korang boleh gunakan di dalam negara. Antaranya:
Kalau nak tau lebih jelas lagi mengenai kad ATM MyDebit ni, korang layari je laman web Paynet.