berita

Ini 5 Langkah Yang Perlu PKS Lakukan Untuk Terus Maju, Hasil Inspirasi Daripada APEC

October 21st, 2020 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Macam yang korang semua tahu, wabak COVID-19 yang melanda negara kita telah memberi kesan kepada sesetengah Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), ia juga disebabkan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dibuat bagi membendung penularan pandemik itu.

Cabaran yang dihadapi PKS kat Malaysia ni pun turut dirasai seluruh PKS di seluruh dunia termasuklah di rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). Memandangkan Malaysia adalah tuan rumah APEC tahun ini, banyak isu-isu PKS yang Malaysia dah bincangkan dengan ekonomi-ekonomi negara APEC. 

Keadaan ekonomi yang terjejas memberi cabaran yang besar buat PKS sekarang. Namun, memandang lebih jauh ke depan, masih boleh lagi untuk memilih jalan mana yang hendak dilalui selepas ini. Oleh itu, ini 5 langkah yang mungkin korang perlu tahu untuk kekal kuat di tengah-tengah kesukaran situasi ekonomi yang sedang dihadapi ketika ini.

1. Berniaga secara dalam talian

Sewaktu pandemik yang berlaku ni, ramai yang duduk di rumah dan masih ramai yang bimbang untuk ke tempat tumpuan ramai. Selain tu , ada juga yang menjangkakan tabiat pengguna akan berubah dimana mereka akan memilih untuk membeli dalam talian.

Ini adalah perniagaan cara baharu atau model perniagaan normal baharu yang bukan lagi pilihan, tetap satu kemestian bagi semua PKS dan juga pengguna atau pembeli di negara ini buat masa sekarang. Jadi, ini mungkin jalan yang terbaik untuk korang buat bisnes secara dalam talian.

2. Memberi potongan harga bagi sektor tertentu

Contoh kalau korang adalah seorang pemilik taska atau tadika, waktu ini menjadi sukar kerana taska tidak dibenarkan beroperasi. Ibu bapa juga tidak membayar yuran bagi tempoh ini. Salah satu langkah untuk itu adalah dengan  memberikan potongan harga kepada mereka.

Selain tu, mungkin juga dapat menjalankan kempen ‘Jom ke Sekolah’ dengan memberi potongan yuran kepada ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak anak ke taska selepas ni.

3. Gunakan bantuan kewangan yang ada dengan sebaiknya

Memandangkan kerajaan telah memberi bantuan kewangan dalam jumlah yang khas untuk PKS yang sedang menghadapi cabaran dan kesukaran ketika ini, pastikan korang sebagai PKS menggunakan bantuan tersebut dengan sebaiknya.

Langkah proaktif yang diberi oleh kerajaan ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu PKS di luar sana dalam menangani situasi yang sukar ini.

4. Buat semula belanjawan dengan andaian baru

Apa yang korag perlu buat adalah dengan membuat pelbagai kemungkinan senario yang luar jangkaan korang seperti penurunan 50-80% dalam jualan selama tiga hingga enam bulan, atau pembekal tak dapat bekalkan barang korang selama enam minggu atau apa saja kemungkinan.

Berhati-hati dalam mempertimbangkan setiap senario tersebut. Adakah ia memberi kesan kepada aliran tunai korang atau tak? Jadi Bertindaklah sekarang untuk memperbaiki aliran tunai tersebut.

5. Komunikasi antara dua pihak

Tak kisah lah korang berurusan dalam sektor apa sekali pun, benda paling utama yang korang perlu buat adalah komunikasi. Komunikasi antara dua pihak atau pihak yang lain amat penting untuk memudahkan sesuatu keadaan atau situasi.

Pertimbangkan keupayaan mereka untuk menghasilkan input yang diperlukan. Gunakan krisis ini sebagai satu peluang untuk merefleksikan perniagaan korang, bagaimana ia berjalan, dan macam mana pertingkatkan cara dalam menangani krisis yang dihadapi.

APEC 2020 bantu rakyat Malaysia melalui pembentukan polisi yang berkonsepkan ‘saling membantu’ 

Penganjuran APEC oleh Malaysia pada 2020 yang melibatkan 21 ekonomi dibuat bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan yang lebih besar. 

Dengan mempromosikan pertumbuhan yang seimbang, inklusif, lestari, inovatif dan selamat dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau, Malaysia dilihat sebagai pemimpin yang memastikan ekonomi-ekonomi APEC beri perhatian kepada masa depan PKS.

Bila kesejahteraan PKS terjamin, kelangsungan hidup pun terjamin. PKS-PKS akan dapat terus beroperasi dan ini akan beri peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan atau mengekalkan peluang pekerjaan.  

Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai APEC 2020 dan bagaimana ia dapat membantu ekonomi kita? Boleh layari laman web mereka sekarang!

SKIP THIS AD ×