Seperti yang kita tau, zaman sekarang ni memang ramai ibu bapa yang ‘expose’ anak mereka dengan perkara yang orang dewasa selalu buat. Contohnya berselfie, pakai baju cantik-cantik lepas tu tangkap gambar ‘OOTD’ (outfit of the day) dan macam-macam lagi lah. Semua perkara tu memang comel sebenarnya kalau dibuat oleh budak kecik, lagi-lagi kalau yang pandai posing tu. Fuh kiut habis!
Tapi kalau korang nak tahu, tingkah laku sebegini boleh membawa kepada perkara yang tak elok di masa hadapan. Mana taknya, awal-awal lagi dah diajar untuk buat semua benda ni. Nanti bila dah besar takut mereka terjebak pulak kan? Admin nak bagi perkongsian sikit untuk ibu bapa di luar sana tentang apa yang patut korang buat supaya anak-anak tidak terlalu bebas dari segi pergaulan dan sentiasa akan menjaga tingkah laku mereka sejak kecil lagi.
1. Sentiasa ambil tahu tentang perkembangan mereka di sekolah
Ini perkara yang paling penting untuk ibu bapa yang sering sibuk bekerja dan mempunyai masa yang sangat sedikit untuk diluangkan bersama anak-anak. Korang kena selalu bertanyakan tentang hari-hari mereka, ambil tahu tentang homework ataupun aktiviti tambahan yang mereka buat selepas waktu persekolahan contohnya – kokurikulum dan kelas tambahan (tuisyen). Pastikan mereka tidak ketinggalan.
2. Kenali semua rakan-rakan mereka
Oh ya, ini juga sangat penting untuk anak-anak yang mempunyai sahabat karib mahupun kenalan mereka di sekolah. Ibu bapa perlu ambil tahu dengan siapa mereka berkawan. Benda ni akan memudahkan lagi urusan jika ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada mereka. Kalau boleh, ajak rakan mereka datang makan di rumah dan bertanyakan serba sedikit tentang latar belakang mereka. Jangan lupa tanya rumah dekat mana! Senang nak cari nanti kalau ada apa-apa berlaku.
3. Jangan beri kebebasan untuk keluar sesuka hati. Pastikan ada CURFEW!
Kalau anak-anak korang jenis yang suka melepak, keluar rumah jumpa kawan untuk tujuan yang tak patut, itu korang kena control. Bukan nak suruh mereka duduk rumah 24 jam, cuma jangan senang-senang beri mereka kebebasan untuk keluar tanpa tujuan. Kalau nak study group dengan kawan-kawan tu takpe lah. Kalau nak melepak, admin sarankan jangan bagi. Itu pun korang kena bagi waktu yang tertentu untuk balik rumah dan pastikan mereka patuhi masa. Kalau tak bagi keluar nanti bosan pulak kan..
4. Periksa telefon mereka (jika ada). Mana tahu ada orang yang tak dikenali yang mereka hubungi
Zaman sekarang memang kebanyakkan kanak-kanak yang masih bersekolah rendah pun dah memiliki telefon. Bukan apa, itu untuk kemudahan mereka untuk hubungi keluarga. Kalau tak ada telefon rumah, boleh guna telefon bimbit kan? Senang sikit mereka boleh bawa ke mana-mana. Kalau ada emergency, lebih mudah bila ada telefon sendiri.
Tapi kalau mereka salah guna, ha itu yang akan menjadi masalah untuk ibu bapa. Kebanyakkan mereka mempunyai akaun Facebook, Wechat, Twitter dan sebagainya. Dari situ dah boleh tahu ramai orang yang tak dikenali yang mereka boleh kenal melalui laman sosial. Ini yang bahaya, jadi admin sarankan korang untuk periksa telefon mereka setiap malam untuk pastikan mereka tak berhubung dengan orang yang tidak dikenali.
5. Ambil masa di hujung minggu untuk borak dengan anak-anak
Ibu bapa yang sibuk bekerja 5 hari seminggu tu boleh ambil masa di hujung minggu untuk spend-time dengan anak-anak. Bawa mereka keluar, makan bersama keluarga, beli belah, buat aktiviti yang mereka suka, bersukan bersama dan sebagainya. Masa tu lah korang boleh bertanyakan tentang semua perkara. Jangan biarkan mereka rasa yang ibu bapa tak menghiraukan mereka. Family bonding tu penting tau!
Semua perkara di atas memang sangat penting, namun ada lagi yang mungkin ibu bapa terlepas pandang. Apa agaknya?
Mungkin attention untuk anak-anak dah pun diberikan secukupnya. Tapi ada something yang korang perlu share dengan mereka juga tau. Perkara ni agak memalukan, tapi topik ini sedikit sebanyak boleh bantu proses pembesaran mereka.
Anak-anak makin hari makin meningkat dewasa dan akan terdedah dengan realiti kehidupan yang sebenar. Jadi, sebagai ibu bapa yang prihatin mestilah korang tak nak anak-anak terjerumus kelembah hitam. Betul tak? Ini masanya untuk berkongsi dengan mereka tentang kepentingan pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif (KSR).
Golongan muda yang sedang menjalani proses peralihan daripada kanak-kanak kepada remaja berhadapan dengan pelbagai cabaran yang hebat. Sebab tu lah mereka perlukan bimbingan, terutamanya daripada ibu bapa dalam soal Kesihatan Seksual dan Reproduktif (KSR) supaya tahu apa yang baik dan buruk.
Anak-anak kita juga terdedah dengan penyakit seperti HIV & AIDS. Kedua-dua penyakit ini boleh berjangkit melalui pergaulan seks bebas dan akan menyebabkan kes yang tidak diingini berlaku. Ini antara contoh kes-kes yang kian merebak dalam kalangan remaja dan kanak-kanak jika mereka tidak didedahkan dengan KSR:
Hubungan seks bebas
Memang kita sebagai ibu bapa akan rasa malu untuk mula bercakap tentang perkara ni, tapi kalau korang nak tahu kanak-kanak yang telah berbincang dengan ibu bapa tentang pendidikan KSR ni kebanyakkannya akan lebih cenderung untuk membuat keputusan yang tepat dan tidak terjebak dengan perbuatan zina. Ibu bapa sebagai individu yang paling rapat dengan anak-anak memainkan peranan yang sangat kuat dalam hal seperti ini.
Umur yang sesuai untuk membicarakan tentang pendidikan KSR dengan anak-anak?
Kebanyakkan ibu bapa masih teragak-agak tentang masa yang sesuai untuk membincangkan tentang topik ini dengan anak-anak. Sebenarnya tak ada saranan usia yang sesuai untuk ibu bapa berbual tentang pendidikan KSR ni, tapi paling bagus jika dilakukan seawal mungkin so anak-anak anda akan lebih berjaga-jaga.
Banyak perkara yang tidak diingini bakal berlaku jika ibu bapa tidak menyerapkan ilmu pengetahuan tentang KSR kepada anak-anak mereka. Sebab itulah pentingnya pendidikan KSR ini dilakukan pada peringkat awal.
Tempat yang sesuai untuk berbincang tentang hal ini?
Perkara ini boleh dilakukan secara spontan, contohnya – masa korang sedang menonton TV, ada di meja makan, bersukan dan sebagainya. Tak semestinya perlu dilakukan secara formal. Tapi kalau ibu bapa lebih selesa untuk berbual secara tertutup, boleh juga ambil masa dan pilih tempat yang sesuai.
NOTA PENTING: Anak-anak mungkin takkan datang kepada ibu bapa untuk mengadu, jadi sebagai ibu bapa yang prihatin, anda boleh ambil inisiatif untuk memulakan dahulu perbualan tentang KSR ini.
Apa kepentingan berbincang mengenai KSR?
- Perbetulkan mitos – Dapat memperbetulkan salah faham tentang sesuatu perkara.
- Bina sikap yang positif – Bantu anak-anak bina sikap positif terhadap KSR.
- Tingkatkan kesedaran – Pastikan anak-anak tahu tentang kesan buruk seks bebas.
- Bina keyakinan diri – Bantu anak-anak mengendalikan tekanan dari rakan sebaya.
- Hormat – Pentingnya hormat diri sendiri dan orang lain.
- Memberikan sokongan – Jadi seorang ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak.
Durex Malaysia mengadakan kempen #TalkNowProtectAlways untuk meluaskan lagi pengetahuan KSR
Kempen #TalkNowProtectAlways ini adalah satu program hasil inisiatif Durex Malaysia bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya ilmu pengetahuan berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif (KSR) dalam kalangan remaja. Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif Warga Muda Malaysia (Malaysian Youth Sexual and Reproductive Health Survey 2016) menunjukkan golongan muda tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup tentang KSR.
Seperti yang dibincangkan, hal ini sangat penting bagi mereka membuat keputusan yang betul dan tidak terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak sepatutnya. Oleh itu, Durex Malaysia mengambil langkah-langkah tertentu untuk membantu remaja dengan mengadakan kempen #TalkNowProtectAlways ini.
Ibu bapa digalakkan untuk memulakan perbualan mengenai pendidikan KSR ini seawal mungkin bagi mengajar anak-anak cara yang betul untuk melindungi diri, belajar untuk menjaga tubuh badan mereka dan mendapat pengetahuan yang lebih luas antara perbuatan yang betul dan salah agar mereka sentiasa terlindung daripada gejala yang tidak sihat. Jadi, apa yang anda tunggu lagi?
Untuk maklumat lebih lanjut tentang kempen #TalkNowProtectAlways ni, anda boleh klik link di bawah mengikut kategori: