berita

Ini 5 Ragam Rakyat Malaysia Bila Tiba Musim World Cup, Kaki Bola Tu Baik Mengaku!

November 21st, 2022 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Tak kira la kanak-kanak, orang dewasa lelaki mahupun perempuan, mesti suka tonton perlawanan bola sepak. Lagi-lagi kalau ada team yang kita minat. Memang excited habis dan tak sabar nak tengok! 

Lepastu ada saja lah perangai masing-masing bila tiba musim World Cup ni. Siap ada yang mula nak cari feel dan naikkan semangat tu sebelum start game, alaa korang pun mesti pernah buat benda-benda ni kan?

1. Plan dengan kawan-kawan nak tengok bola dekat mamak!

Siapa yang kaki bola ni, mesti ada port lepak yang korang selalu pergi kan. Bukan apa, bosan juga kalau tengok bola kat rumah ni. Rasa macam sendu je. Nak sorak takkan nak sorak gol sorang-sorang kan?

Jadi, apa lagi, plan lah dengan kawan-kawan nak tengok dekat mamak. Lagi happening beb! Vibes tengok bola dekat mamak ni lain macam tauuu!

2. Tahan mata taknak tidur

Bila dah kena ‘demam bola’ ni, badan penat macam mana pun korang mesti taknak tidur kan semata-mata nak tunggu perlawanan. Sanggup tahan mata tu sebab taknak ketinggalan.

Kalau terlepas habislah, esok orang duk bercerita korang pun melopong je tak tahu apa benda. Tak pasal-pasal nak kena ulang tengok balik game yang dah lepas.

3. Ada goal celebration sendiri

Oleh sebab terlalu taksub tunggu detik pasukan kegemaran buat jaringan gol, mesti ada antara korang yang dah cipta goal celebration korang sendiri kan?

Yelah, nanti boleh lah show off kepada peminat pasukan lawan sebaik saja gol dijaringkan! Tapi pastikan gol tu betul-betul masuk ye, kalau ‘out’,  buat malu je…

4. Sarung jersey favourite korang bila tengah tengok match!

Perasaan sebelum nak tengok perlawanan bola sepak tu memang berdebar betul kan? Lagi-lagi bila tonton team favourite korang.

Apa lagi, mesti kena sarung jersey lah geng! Baru lah semangat berkobar-kobar. Eh, rasa macam kita pulak yang main bola dalam padang tu…Takpe, yang penting kalau menang nanti boleh lah bangga sikit dengan team lawan korang tu. Haha!

5. Sambil layan bola, sambil mengunyah. Barulah layan…

Kalau tengah tengok game, rasa kosong lah kalau mulut kita ni tak mengunyah, ye tak? Kalau boleh nak siapkan dan ready awal-awal makanan tu. Ada yang siap suruh isteri atau mak masak kan sebelum perlawanan bermula.

Tapi, kalau min sendiri, min jenis suka makan snek. Dapat pula jajan atau snek yang best-best macam Mister Potato tu, memang layan habis wehhh!

Mister Potato melancarkan 2 perisa baharu dengan pek edisi terhad!

Memang tepat pada waktunya! Kerepek kentang Mister Potato kini hadir dalam dua perisa terbaru edisi terhad sempena world cup tahun ni geng!

Antaranya adalah Hot Salsa dan SyokWave BBQ Kebab. Dua-dua perisa ni memang sedap wehhh! Korang memang kena try

Bukan tu saja, pek terbaru ini juga tampil dengan wajah baharu dengan kerjasama Neymar Jr. Pehhh!

Siapa je tak kenal pemain hebat Neymar Jr kan? Beliau adalah antara pemain bola sepak profesional yang mempunyai bakat yang besar dan memiliki skill olah bola yang tak perlu diragukan lagi. Senang cakap ramai lah yang mengidolakan Neymar Jr ni dalam dunia bola sepak.

Patutlah jenama terkemuka Malaysia seperti Mister Potato ni memilih untuk bekerjasama dengan beliau sebagai duta jenama rasmi mereka kan! 

Jadi, jangan lupa untuk dapatkan snek Mister Potato x Neymar Jr ni nanti tau!

Sambil tengok bola, sambil makan kerepek kentang perisa terbaru dengan wajah Neymar Jr, semangat habis wehhh!

Jadi, korang jangan lupa dapatkan di mana-mana kedai berhampiran korang ataupun melalui online di Shopee atau Lazada. 

SKIP THIS AD ×