Jeju merupakan kepulauan terbesar yang terletak di Korea Selatan dan mempunyai keluasan 1,848km persegi. Keindahan alam semula jadi di sana membuatkan Pulau Jeju begitu popular dan kerap menerima kunjungan pelancong dari serata dunia.
Jeju juga seringkali dikatakan sebagai sebuah destinasi romantis dan friendly yang sangat sesuai untuk dijelajah bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Berikut admin kongsikan 6 sebab kenapa korang wajib jadikan Jeju sebagai lokasi pilihan untuk bercuti!
1. Keindahan alam semula jadi yang luar biasa
Kalau korang nak nikmati keindahan alam semula jadi di Jeju, antara lokasi wajib untuk korang pergi ialah Seongsan Ilchulbong atau Seogsan Sunrise Peak yang merupakan salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO di Jeju.
Puncak Seongsan Ilchulbong atau turut dikenali sebagai Seongsan Sunrise Peak ini terhasil akibat letusan gunung berapi 100,000 tahun yang lalu. Walaupun korang terpaksa mendaki anak tangga sekitar 20 minit untuk sampai ke puncak, tapi bila sampai di atas admin confirm penat terus hilang sebab memang cantik weh.
Tips penting bagi korang yang nak tengok pemandangan lebih cantik, admin recommend korang datang ke sini pada waktu awal pagi sebelum matahari terbit ya.
Alamat: 284-12, Ilchul-ro, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do
Pilihan seterusnya ialah Camellia Hill iaitu taman bunga yang berkeluasan 172,000 meter persegi. Di sini, bunga Camellia adalah bunga yang paling prominent. Tapi korang sebenarnya boleh temui pelbagai jenis bunga yang lain jugak bergantung kepada musim ketika itu.
Camellia Hill adalah salah satu lokasi Instagram-worthy dan admin jamin, korang akan habiskan banyak masa di sini untuk bergambar. Korang juga boleh singgah berehat sebentar sambil menghirup kopi panas di beberapa buah kafe yang terdapat di sekitar taman ini tau.
Alamat: 166 Byeongang-ro, Andeok-myeon, Seogwipo, Jeju-do, South Korea
Bagi korang yang teringin nak bercuti waktu musim sejuk pulak, admin sarankan untuk tempah tiket penerbangan ke Jeju antara bulan Disember hingga Februari. Dekat sana nanti boleh la main salji puas-puas.
Kalau korang jenis yang sukakan cabaran, lokasi yang admin cadangkan ialah mendaki ke Mount Hallasan atau korang juga boleh pilih untuk bersiar-siar di kaki gunung kerana kedua-dua lokasi ini selalu menjadi pilihan pelancong. Udara sekitar sini memang nyaman weh.
Paling penting korang tak perlu risau pasal nak mendaki sebab dah ada 5 laluan khas atau hiking trails untuk korang menyusuri hutan di Mount Hallasan ini sewaktu musim sejuk, 3 trails tersedia menuju ke mid-point dan 2 lagi trails menuju ke puncak.
Alamat: 2070-61, 1100-ro, Jeju-si, Jeju-do
Tak cukup dengan aktiviti bermain salji, korang juga tak boleh lepaskan peluang untuk melihat pemandangan magis di Jeju. Keindahan alam semula jadi di sini terhasil akibat aliran lava daripada letusan gunung Hallasan yang mengalir ke laut Jungmun.
Lava tersebut membeku dan membentuk pilar-pilar batu kehitaman di dinding tebing laut Jungmun, yang kini disebut sebagai tebing Jusangjeolli. Memang menakjubkan!
Alamat: Jungmun-dong, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea
2. Tempat makan tak pernah mengecewakan
Bagi pelancong muslim, korang mesti berfikir kalau nak cari makanan di Korea mesti susah kan? Tapi di Jeju sebenarnya korang tak perlu risau sangat pun sebab banyak restoran yang menyajikan hidangan yang sedap-sedap dan paling penting mesra muslim.
Kalau korang masih lagi khuatir nak pilih tempat makan yang halal, korang boleh singgah di restoran yang menghidangkan makanan laut, pilihan menu vegetarian atau nak senang korang cari je restoran yang memang disahkan mesra muslim. Berikut antara lokasi yang dicadangkan!
Bada Janchi
Restoran ini menawarkan hidangan istimewa makanan laut terutamanya ikan. Ia hanya menggunakan bahan buatan Korea untuk memastikan makanan yang disajikan adalah segar.
Alamat: 79, Tapdong-ro, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon: +82-64-702-8989
Mulmegaol di Beondaedong-gil
Mulmegaol menyediakan makanan vegetarian dengan herba ubatan dan teh tradisional yang memberikan rasa tradisi hidangan Korea.
Alamat: 67, Beondaedong-gil, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon: +82-64-713-5486
Indian Kitchen (Bagdad House)
Ini pula merupakan restoran India yang pertama dibuka di Jeju. Restoran ini terkenal dengan hidangan samosa, tandoori chicken, garlic naan, butter naan dan sajian pencuci mulut.
Alamat: 38, Seogwang-ro 32-gil, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon: +82-64-757-8182
Vadada Cafe
Kafe ini boleh dikatakan antara kafe tercantik sebab korang boleh enjoy pemandangan pantai yang mengasyikkan. Paling penting korang wajib cuba menu Burger Shrimp dekat sini. Memang terbaik weh. Jangan sampai tak nak balik tau!
Alamat: 2384, Daepo-dong, Seogwipo-si, Jeju-do
Nombor Telefon: +82 64-738-2882
Yellow Cafe
Tidak seperti kafe yang lain, kafe ini berjaya menawarkan seleksi makanan dan minuman yang dihasilkan melalui minuman popular di Korea iaitu susu pisang atau lebih dikenali dengan nama banana uyu.
Alamat: 2877-13 Yerae-dong, Seogwipo, Jeju-do
Nombor Telefon: +82 64-739-1140
3. Ini pula antara lokasi menarik untuk dikunjungi!
Tak cukup dengan tempat makan yang best-best, ini pulak antara beberapa lokasi menarik untuk korang pergi nanti. Kalau boleh admin sarankan korang buat list siap-siap tau senang.
Maze Land
Kalau korang pernah menonton rancangan Running Man, mungkin ada yang cukup kenal dengan tempat ini. Dinamakan sebagai Maze Land, tempat ini menawarkan pengalaman yang unik buat pengunjung dimana korang akan berada seolah di dalam maze. Selain itu, tempat ini juga turut menjadi destinasi pilihan buat kaki Instagram berikutan suasana serta pemandangannya yang menarik.
Alamat: 2134-47, Bijarim-ro, Gujwa-eup, Jeju, Jeju Island 63351
Women Diver
Nak ada pengalaman lain macam sikit, korang disarankan untuk cuba pulak aktiviti menyelam bersama Women Diver atau Haenyeo yang membawa maksud ‘wanita laut’. Diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan budaya, Haenyeo merupakan sebuah komuniti penyelam di provinsi Jeju yang terdiri daripada golongan wanita dalam lingkungan umur 70-an dan ke atas. Hebat weh!
Haenyeo mampu menyelam sedalam 20 meter di bawah paras laut sambil menahan nafas lebih dari 2 minit. Mereka tidak memakai sebarang bantuan pernafasan seperti tangki gas dan hanya menggunakan kelengkapan asas menyelam seperti gogal dan baju renang sahaja. Hurm, amacam gais, kagum tak?
Alamat: Hado-ri, Gujwa-eup, Cheju, Jeju-do, South Korea
Brick Campus
Keseluruhan kampus bata unik ini dibina menggunakan 2.8 juta bricks. Lebih 40 seniman dan artisan dari Korea Selatan dan antarabangsa berkumpul tenaga dan kreativiti masing-masing bagi membina Brick Campus.
Bayangkan dari sekecil-kecil bata, sehingga berskala besar, memang banyak tenaga, masa dan keringat dicurahkan untuk projek usahasama ini. Dunia seni bata yang mengkagumkan ini diterjemah melalui diorama, bangunan dan seni bina hebat, watak-watak adiwira terkenal, budaya pop, animasi, robot dan ada juga kereta bricks yang korang boleh pandu tau!
Alamat: 3047 1100(Cheonbaek)-ro, Nohyeong-dong, Cheju, Jeju-do, South Korea
Jeju Tangerine Farm
Pulau Jeju juga popular dengan ladang buah limau dimana ia dibuka untuk para pelancong merasai sendiri pengalaman memetik buah limau.
Menariknya, korang akan dibekalkan dengan sebuah bakul serta berpeluang ke ladang serta diajari cara-cara untuk mendapatkan limau terbaik. Paling best, korang turut berpeluang membawa pulang limau yang telah dipetik.
Alamat: Jeju-si Nohyeong-dong 160
Let’s VR Play Box
Let’s VR Play Box merupakan sebuah lagi tempat dimana korang dapat meluangkan masa dengan cara yang interaktif. Gabungan teknologi VR serta fasiliti yang hebat ini membolehkan korang menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti menonton filem dan bermain game secara VR.
Alamat: 69 Eunsu-gil, Yeon-dong, Cheju, Jeju-do, South Korea
4. Inginkan lebih cabaran? Korang wajib cuba aktiviti ini
Haaa… admin harap korang tak terkejutlah sebab Jeju bukan sahaja ada tempat untuk menikmati pemandangan cantik atau makanan best je tapi ia juga tempat untuk korang melakukan sukan outdoor dan aktiviti mencabar seperti Zipline, Big Ball Land dan banyak lagi!
Zipline
Dikelilingi tanaman teh, Zipline Jeju menawarkan empat jenis course iaitu Cedar Tree Forest Course (171m), Across the Green Tea (174m), Over the Pond (52m) dan Horizon with the Sea (223m) yang sesuai untuk para pengunjung dari pelbagai lapisan umur. Admin pulak excited nak cuba!
Alamat: 117 Seongyo-ro, Jochon-eup, Cheju, Jeju-do, South Korea
Nombor Telefon: +82 64-784-9030
Big Ball Land
Jeju Big Ball Land adalah yang pertama di Asia dengan trek bola zorb yang terpanjang di dunia. Bayangkan korang berada di dalam bola zorb ini sambil ia bergolek menuruni bukit sejauh 300 meter? Jangan risau, korang akan diikat dengan tali keselamatan terlebih dahulu!
Bola zorb ini berukuran 3.2 meter dengan ruang dalaman sebesar 1.8 meter. Korang juga akan dibekalkan dengan helmet, jaket dan kamera GoPro (yang dilekatkan di atas helmet) bagi merakam momen-momen ‘jeritan gembira’ sepanjang menuruni bukit di kelajuan 40-50km/j.
Alamat: jeju-si aewol-eup eoeumri sallok seoro 15
Nombor Telefon: (+82) -1588-6418
ATV
Beralih pula ke aktiviti ATV, korang jangan risau sebab dekat sini korang akan diterangkan terlebih dahulu serba sedikit bagaimana untuk mengendalikan ATV tersebut. Admin difahamkan bahawa trek disini agak mencabar dan admin yakin korang lagi tak sabar nak mencubanya.
Alamat: 2815 Nansan-ri, Seongsan-eup, Seogwipo, Jeju-do, South Korea
Nombor Telefon: +82 64-784-3631
Paragliding
Kalau tak puas naik ATV, korang boleh cuba pengalaman terbang menggunakan Paragliding bersama pakar yang bertauliah. Aktiviti ni confirm bikin korang puas hati sebab dapat tengok dengan jelas seluruh pemandangan Pulau Jeju apabila korang diterbangkan di udara.
Tentang gambar dan video tak perlu risau sebab perkhidmatan itu termasuk dalam pakej Paragliding. Admin boleh katakan Paragliding ini sangat sesuai untuk korang yang baru nak mencuba atau penggemar aktiviti ekstrem.
Alamat: 1295-1 Hanchang-ro, Hallim-eub, Cheju, Jeju-do, South Korea
Nombor Telefon: +82 10-6211-8686
Kayaking
Aktiviti seterusnya yang korang boleh cuba di Pulau jeju ialah Kayaking. Trust me, aktiviti kayak ini sangat sesuai untuk dicuba seisi keluarga. Korang sekeluarga mesti excited tengok kayak seakan-akan terapung di udara dek kejernihan laut yang tiada tandingannya. Terletak di Aewol, korang diberi masa 30 minit untuk berkayak di atas kejernihan laut yang luar biasa dengan kos hanya 20000 won sahaja.
Alamat: 1400-4, Woljeong-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do
5. Sekarang dah ada direct flight terus ke Jeju tau
Bagi korang yang dah mula merancang untuk bercuti di Pulau Jeju, korang tak perlu lagi bersusah payah stop di Seoul dahulu sebab AirAsia dah pun menawarkan penerbangan secara terus ke Jeju International Airport dari KLIA2.
Pelbagai pilihan tempat duduk tersedia daripada premium flatbed untuk lebih keselesaan, quiet zone sehinggalah ke hot seat! Pendek kata, korang boleh pilih tempat duduk penerbangan mengikut bajet percutian korang.
Dan berita baik untuk ahli BIG, korang boleh menempah tiket penerbangan bermula sekarang sehingga 11 Ogos 2019 ini sebab ada promosi untuk penerbangan sehala serendah RM299 untuk kelas ekonomi dan RM899 untuk tempat duduk premium flatbed. Tempahan ini sah untuk penerbangan dari sekarang sehingga 29 Februari 2020.
Nasi Padang dengan Keropok Udang, Ayam Panggang dengan Sos Lada Hitam, Ayam Basil Thai dengan Nasi
Selain itu, korang juga boleh enjoy pelbagai pilihan hidangan istimewa dan lazat daripada Santan sepanjang penerbangan AirAsia ke Jeju. Dan alang-alang dah sebut pasal Santan, admin nak recommend menu terbaharu mereka iaitu Chef Hong Thaimee’s INSPI(RED) Burger.
Admin suka burger INSPI(RED) sebab hidangan istimewa ini merupakan gabungan elemen di antara Thailand (Chiang Mai) dan juga burger sebagai salah satu makanan popular klasik daripada Amerika.
Ia mengandungi patti ayam empuk dimasak sempurna bersama sos ikan, daun limau purut serta serai, dilengkapi dengan mayonis cili hijau ‘Nam Prik Noom Mayo’, kubis ungu dan hirisan tomato, diapit dengan ban brioche dengan rasa ubi bit. Wow, memang mengancam!
Dan setiap pratempahan Burger INSPI(RED) didatangkan dengan minuman percuma pada harga promosi hanya RM10 di semua penerbangan AirAsia ke semua destinasi. Murah giler beb!
Paling menarik kalau korang beli burger ini, admin teruja sebab 10% dari setiap jualan burger INSPI(RED) akan disumbangkan terus kepada Dana Global bagi menyokong ujian, kaunseling, rawatan dan program pencegahan HIV/AIDS di rantau Asean.
6. Lokasi percutian yang mesra pelancong
Selain pilihan makanan halal yang banyak di sana, kemudahan ruang solat untuk pelancong muslim juga boleh dikatakan agak mudah untuk didapati seperti masjid di Jeju Islamic Cultural Center (JICC) dan kemudahan surau di lokasi pelancongan seperti Ilchul Land dan Play K-POP. Pendek kata, Jeju ni memang lokasi percutian yang ideal lah untuk orang Malaysia!
Jom ke Jeju sebab segala macam tarikan ada di sana!
Kalau admin nak cerita pasal keistimewaan Jeju secara keseluruhannya sure takkan habis. Pendek kata, korang kena rancang sendiri percutian ke Jeju dan nikmati pengalaman luar biasa di sana. Percayalah, bila sampai dekat sana nanti barulah korang akan faham kenapa pulau Jeju ini merupakan pilihan utama pelancong seluruh dunia untuk bercuti.
Dan admin confirm korang pasti akan terpesona dengan keindahan pulau ini. Sebarang maklumat lanjut tentang promosi tiket penerbangan korang boleh layari laman sesawang Air Asia. Dan kalau nak tahu lebih banyak info tentang Jeju, korang boleh layari laman sesawang Jeju Tourism hari ini juga!