berita

Ini Adalah Sebab Kenapa Mak Cik Suka Membawang Masa Raya! Setuju ke Tidakkkk?

June 12th, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Kadang-kadang kita ni nak buat apa-apa pun susah. Semuanya kena judge. Dari apa kita pakai, kemana kita nak pergi, kenapa kita amik cuti, kenapa dah kahwin tak ada anak, eh semua lah. Siapa yang judge kita tu?

Mestilah makcik bawang! Kenapa diorang digelar macam tu? Ha sebabnya diorang kalau mengumpat mesti time rewang potong-potong bawang tu. Semua cerita keluar tau. Korang rasa.. kenapa diorang ni suka membawang? Ha, ini lah sebab nya..

Nak banding-bandingkan lah tuuuuu!

Ha! Sebok nak bandingkan anak orang dengan anak dia. Kalau anak dia dah beli kereta Honda nanti mesti dia persoalkan kenapa lah kita ni beli kereta Malaysia je. Kalau time exam besar lagi lah,kalau pagi tu waktu amik result, tepat pukul 12 dia dah tanya anak orang lain dapat apa, berapa A semua..aduh..

Wartawan bergerak! Semua benda dia kena tahu dulu!

Pantang ada benda baru jadi, ha dialah yang pertama datang. Lagi laju dari Polis dan Ambulans tau! Tak cukup dengan tu, makcik bawang ni suka sangat buat cerita. Lepas tu sebarkan kat Whatsapp. Tah sahih ke tidak tu tak tahulah..

Tak puas hati, dengan semua orang nak bergaduh!

Hurm yang ni memang selalu dah. Kalau minggu ni gaduh dengan orang ni, minggu lepas gaduh dengan orang taman sebelah. Tak ada kesudahan. Yang pelik tu, tup tup bulan depan nampak diorang dah berbaik balik. Hurm.. sama jelah tu..

Nakkan attention! Orang lain tak boleh caras dia!

Ha betul lah tu. Bila ada orang lagi famous dari dia ya ampun terus create a scene. Macam dunia ni dia je yang ada. Mula lah dia cakap buruk pasal orang tu lah. Siap berlawan-lawan lagi. Orang tu beli perabot baru dia ikut, orang tu renovate rumah eh dia ikut jugak. Ish ish..

Bukan kepoh, saje je nak borak..

Tak semua yang nak borak dengan korang tu, makcik bawang. Kadang-kadang makcik-makcik tu saje je nak buat topik berborak. Hanya sebab korang taknak layan makcik tu, terus je korang cop makcik tu makcik bawang. Itu memang cara orang dulu beramah mesra. Ha, korang pun..janganlah negatif sangat! Dengar dulu soalan dan cara percakapan makcik tu..

Samalah macam iklan raya baru dari TM ni!

Iklan raya TM ni telah disiarkan secara langsung melalui Facebook live, dikesemua social assets TM tau! Tak pernah dibuat lagi dalam Malaysia ni, ini yang PERTAMA! Fuh! 

Nampak simple tapi mesej dia memang deep betul. Jangan terus label orang makcik bawang tau. Kalau raya tapi senyap ke tak berborak, bukan raya namanya kan?

Betul jugak kan? Tak semestinya tanya soalan tu membawang..

Kita memang hidup dalam zaman teknologi. Walaupun  tak dilahirkan di zaman teknologi telah maju, tapi semasa korang dibesarkan, dunia telah mula bergerak ke arah penggunaan teknologi yang meluas.

Tapi bukan makcik-makcik korang ni. Memang lah dia ada Whatsapp tapi tak semua ada Instagram dan Facebook. Korang mungkin tahu apa yang sedara mara korang buat melalui laman sosial. Tengok gambar, live update dan jugak video-video yang mereka upload.

Mungkin pertanyaan tu agak annoying dimata anak muda tapi hakikatnya mereka hanya ingin mengambil berat. Dah la jumpa pun setahun sekali. Paling banyak pun 3 kali setahun je jumpa. Nak borak memang payah sekali.

Jadi, apa kata raya kali ini kita jadi lebih positif dan layanlah makcik-makcik korang tu elok-elok. Kalau ada pertanyaan yang menyakitkan hati, senyum jelah. Lama-lama, diam lah tu.

Maklumat lanjut boleh klik disini! Selamat Hari Raya dari TM!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×