Kecoh beberapa hari ini apabila Damian VE menulis secara jujur di laman Twitternya meminta agar Fynn Jamal berhenti menyanyi.
Tidak memberi sebarang respon dengan pendapat itu, hari ini kami menerima perkhabaran bahawa Fynn bakal menunaikan Umrah bersama keluarganya.
Cumanya, kami agak sedih apabila membaca caption di foto anaknya, Juna yang lengkap mengenakan ihram. Harap-harap korang dah tak sakit hati dekat dia lagi lepasni.
Minta Halal Semua
minta halal semua salah dan silap. andai ada hutang piutang yang tidak kami sedar, lekas2lah diingatkan kepada kami. insyaAllah dalam beberapa jam ini, sempat lagi kami langsaikan.
segala salah silap ke atas kami, telah kami lepaskan. kalau2 ada di bahagian kami yang masih belum sudi dimaafkan, di bila2 masa satu hari nanti, redhakanlah agar semua kita aman bila dicabut nyawa nanti.
Disolat jenazahkan di Kaabah
cita2 dunia saya adalah disolatjenazahkan di kaabah. kalaulah diizinkan yang kuasa, ketahuilah saya cukup bahagia dengan kesempatan nyawa yang dibagi, dan betapa saya berterimakasih kepada setiap kalian– yang buruk dan yang baik– kerana tidak mungkin ada satu2 kejadian itu terjadi tanpa izin ar-rahmaan.
Saya Manusia Biasa, Penuh Cela, Penuh Dosa
dan pastinya setiap itu diizinkan untuk saya mengambil hikmah darinya. tidak ada sebal dalam hati. tidak ada dendam, apa lagi benci. saya manusia biasa, penuh cela, penuh dosa. apa2 dari saya, tapislah ambil yang elok dan tangguklah buang yang buruk.
Harap Tidak Berbolak-Balik
semoga kita semua di dalam kasih sayang ilahi. selamat berjumpa lagi andai ada izin yang maha kaya. sehari seinci. pelan2 pada rabbul ‘izzati. harap2 tidaklah berbolak-balik hati ini bila mana sudah kembali nanti2.
Bacakan Doa Ini Untuk Perjalanan Kami…
andai sudi dibacakan doa ini untuk perjalanan kami, InsyaAllah, besarlah hati kami menerimanya. syukran jaziilan.
istaudi’ukallahu diinaka
wa amaanataka
wa khawaatiima ‘amalika.zawwadakallaah hut-taqwa
wa ghafarallaahu zambaka
wa yassara lakal khaira
haithumaa kunta.