berita

Ini Antara 5 Situasi Harian Rakyat Malaysia Mix & Match Bahasa. Korang Mesti Boleh Relate!

December 18th, 2020 | by Nurul
Sponsored Post

Kredit : iStock

Malaysia sememangnya sebuah negara yang unik dengan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Hidup dalam masyarakat yang majmuk secara tak langsung kita dah terbiasa untuk mix and match beberapa perkara serta menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan seharian.

Cuba korang pergi negara lain, takkan jumpa lagi negara yang rakyatnya menggunakan bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil dan menggabungkan menjadi satu ayat yang difahami oleh semua bangsa. Tetapi, inilah yang menjadikan rakyat Malaysia unik!

Jom kami kongsikan antara situasi rakyat Malaysia akan mix and match dan menggunakan bahasa rojak.

1. Bila member lepak tapi tak ajak korang

Jumangif Jumanji2017 GIF - Find & Share on GIPHY

Kredit: GIPHY

Rakyat Malaysia biasanya guna ayat ni untuk komen di Facebook, Instagram ataupun Twitter bila kita post gambar ke mana-mana atau tengah lepak, lepastu tak ajak kawan yang lain. Bo Jio berasal dari bahasa Hokkien yang bermaksud “tidak pernah mengajak”. Haa, korang pun mesti pernah guna ayat kat bawah ni!

A: “Wow lepak KLCC, bo jio!”
B: “Jio you also won’t come lah!”

Hati-hati..Bila korang guna ayat ni confirm kena balik lah dengan member!

2. Makan kat kedai mamak

4 Game Melepak Di Kedai Mamak. Tak Adalah Asyik Membawang Aje - MASKULIN

Lokasi lepak untuk kebanyakan rakyat Malaysia semestinya kedai mamak. Sampaikan nak korang nak makan apa pun mamak dah tahu!

A: “Dei, jom lepak minum?”
B: “Jommm!”

A: “Macha, order!’
C: “Macam biasa ka boss?”

A:”Milo ais kurang manis satu, boss!”
C: “Ok, siap boss!”

Dei dan macha selalunya digunakan untuk rakan yang berbangsa India dan bos juga kita guna untuk panggil pekerja atau pelanggan di kedai mamak. Boleh kata semualah kita panggil bos contohnya pemandu teksi dengan penumpang. Jangan confuse dengan bos kat pejabat korang pulak!

3. Bila nak bungkus makanan

Bila nak bungkus makanan, tak kisahlah bangsa apa atau kat kedai mana pun confirm akan guna perbualan kat bawah ni.

A: “Dei cha, makan sini ke bungkus?”
B: “Tapau boss!”

Tapau berasal dari bahasa Cina (da bao) yang bermaksud bungkus (makanan). Bahasa rojak ni memang semua tahu korang nak bungkus makanan. Kalau tak tahu mungkin korang warganegara lain :p

4. Tawar-menawar harga

Kredit: Red de Destinos Turísticos Inteligentes

Kalau pergi pasar nak beli barang mesti kita nego harga. Kadang-kadang boleh jadi lama tau proses tawar-menawar ni. Nak-nak kalau mak-mak yang tawar-menawar, maunya jadi lama proses tu wei!

A: “Bang, tak boleh murah lagi ke?”
B: “Ok lah, cincai kira lah, RM10 je”

Tapi, once tauke dah sebut cincai kira, memang habis murahlah dia bagi harga kat korang. Time tu mesti rasa banggalah sebab dapat harga cincai.

5. Bila dah hujung bulan

12 Malaysian Slang Words You Should Know | Arrivals | Expatriate Lifestyle

Biasalah kalau dah menjelang hujung bulan. Mesti ada member korang yang dah kurang duit untuk berbelanja. Haa nasiblah ada yang baik hati nak belanja.

A: “Tak boleh keluar lah, dah pokai”
B:”Jom, i belanja you yum cha!”

A: “Chun, thank you lah!”
B:”Takde hal. You chup this seat for me and tolong order ah”

Pantang kawan sebut ‘belanja’ terus ‘chun’ (jadi) nak keluar. Siap tolong ‘chup’ (simpan) tempat untuk member lagi! Kreatif kan penggunaan bahasa rakyat Malaysia. Memang rojak habis!

Tak kisahlah korang bangsa apa pun, yang penting, kita semua adalah rakyat Malaysia yang meraikan setiap perbezaan di tanah air yang tercinta ni.

Eh..bukan bahasa je yang korang boleh rojakkan dan mix and match, telefon pintar pun boleh tau!

Kini, korang boleh miliki 2 telefon pintar secara PERCUMA dan mix & match daripada 15 pilihan telefon pintar yang tersedia!

Berita baik buat korang semua, Celcom kini menawarkan kombo Mix & Match, di mana dengan mendaftar Talian Keluarga Celcom MEGA, korang bukan saja boleh menikmati Internet sepantas kilat, tetapi juga akan membawa pulang 2 telefon pintar PERCUMA. Yeay!

Terdapat pelbagai telefon pintar yang korang boleh pilih, antaranya Samsung Galaxy A51, Oppo A12, Vivo Y50, OPPO A93, Samsung A11 dan banyak lagi. Bolehlah hadiahkan kepada yang tersayang!

Macam mana nak dapatkan tawaran Mix & Match ni? Senang je..

Korang hanya perlu:

  1. Daftar Talian Keluarga Celcom MEGA™ di Celcom eStore
  2. Tambah 1 Talian Keluarga Celcom MEGA™
  3. Pilih telefon pintar yang korang mahukan secara PERCUMA
*Tertakluk terma dan syarat

Bukan itu je, korang juga boleh naik taraf telefon pintar terkini dengan hanya RM199. Best kan!

Ini antara pilihan telefon pintar yang terdapat dalam pakej bundle:

Klik di sini, untuk maklumat lanjut tentang pakej ini.

Apa tunggu lagi, jom miliki telefon pintar idaman korang dan bahagiakan yang tersayang dengan Talian Keluarga Celcom MEGA™! 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Celcom ataupun berkunjung ke bluecube serta rakan sah Celcom yang berdekatan. 

SKIP THIS AD ×