berita

Ini Antara Ciri-Ciri Kamera Yang Menakjubkan Pada Telefon Pintar Terbaru Xiaomi 11T!

October 6th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Xiaomi, jenama yang tak asing lagi sentiasa terkedepan dalam menghasilkan inovasi gadgets telah melancarkan siri telefon pintar terbaru iaitu Xiaomi 11T! Menariknya, siri telefon pintar Xiaomi terbaru ni membolehkan korang membuat rakaman video sinematik terbaik!

Senang cerita, kalau korang merupakan content creator dan gemar merakam video, Xiaomi 11T memang pilihan tepat buat korang. Cakap banyak pun tak guna, jom kami kongsikan antara ciri-ciri telefon pintar canggih ni!

Hadir dengan kamera utama 108MP & teknologi rakaman video 8K!

Xiaomi terus merevolusikan fotografi dan videografi telefon pintar dengan menawarkan pelbagai ciri pembuatan filem “Cinemagic” inovatif dalam telefon pintar terbarunya. Kalau sebelum ni, nak hasilkan filem atau video memerlukan peralatan-peralatan yang berat dan mahal, tapi kini tidak lagi.

Bukan itu je, ia juga dilengkapi dengan tri-kamera bersudut lebar beresolusi tinggi 108MP, sudut ultra lebar 120°, 2x kamera telemakro dan kamera hadapan 16MP untuk hasil gambar yang menakjubkan.

Yang lebih menarik, telefon pintar ini juga mempunyai mod AI cinema satu-klik seperti Time Freeze, Magic Zoom dan Audio Zoom  yang membolehkan korang merakam klip pantas dan video cinematic seperti kamera digital, sekaligus meningkatkan kreativiti dan produktiviti korang!

Hasil video pun mestilah lebih canggih, seakan-akan karya profesional. Siapa sangka, semua ini boleh dihasilkan dengan hanya sebuah telefon pintar sahaja!

Paparan AMOLED 120Hz serta HDR 10+!

Xiaomi 11T turut menampilkan paparan 6.67’’ AMOLED rata 120Hz beserta TrueColor yang menawarkan lebih dari 1 bilion warna serta tahap kecerahan sehingga 1000 nits untuk kualiti video dan fotografi yang lebih terang dan sharp!

Tapi jangan risau, walaupun paparannya terang dan cerah, mata korang masih akan dilindungi dengan ciri-ciri penjagaan mata yang lebih baik dan kadar pengambilan sentuhan hingga 480Hz, serta memastikan bahawa korang boleh merakam gambar yang sempurna dalam sekelip mata sahaja!

Oh ya, bukan sekadar video, malah Xiaomi 11T Pro juga didatangkan dengan audio Dolby Atmos® serta dwi pembesar suara, sekaligus menjadikan kandungan audio dalam muzik, filem, podcast dan permainan anda lebih menarik dan jelas.

Mesti korang tertanya-tanya, kalau telefon pintar canggih ni mesti bateri tak tahan lama kan? Eh, siapa cakap? Xiaomi 11T ni adalah telefon pintar Xiaomi pertama yang dilancarkan ke seluruh dunia dengan teknologi HyperCharge tau!

Baterinya pun tahan lama dengan kapasiti 5000mAH dan korang boleh caj penuh 100% dalam masa 36 minit je. Fuiyoo!

Telefon pintar berkuasa tinggi Xiaomi 11T ini juga dikuasakan oleh cip terbaik Mediatek iaitu Dimensity 1200 Ultra 6nm dan menawarkan gabungan CPU 3.0GHz cekap kuasa, menjadikannya antara chipset terbaik yang kini ada di pasaran.

Apa lagi tunggu, jom miliki Xiaomi 11T sekarang!

Haa..Xiaomi 11T dah pun dijual secara rasmi di Malaysia pada 2 Oktober lalu tau. Jadi, kalau korang dah jatuh hati tu, jomlah cepat-cepat dapatkannya!

Xiaomi 11T (8+128GB): RM 1,699

Xiaomi 11T (8+256GB): RM 1,899

Xiaomi 11T terdapat dalam 3 warna pilihan iaitu Meteorite Gray, Moonlight White dan Celestial Blue.

Untuk membuat pembelian, korang boleh dapatkan telefon pintar Xiaomi 11T di Kedai Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, atau boleh pergi ke Kedai Fizikal Xiaomi yang sah di seluruh negara untuk lebih banyak tawaran menarik!

Kedai Rasmi Xiaomi

Lazada

Shopee

 

SKIP THIS AD ×