berita

Ini Antara Drama-Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang September, Siap Ada Diskaun VIP 50% !

September 4th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Mesti korang tertunggu-tunggu untuk bulan September ni, drama apa pulak yang akan iQiyi bawakan. Yelah, tiap-tiap bulan ada je drama terbaru yang akan ditayangkan di platform yang eksklusif ni.

Haa..kali ni lebih menarik apabila korang boleh layan balik drama-drama melayu yang pernah hits dulu!

Bukan setakat drama melayu je, K-Drama, C-Drama dan Anime semua ada! Jom admin kongsikan drama-drama menarik yang korang takkan bosan layan sepanjang September ni!

Jom layan drama melayu favourite korang!

Selalunya bila nak tengok balik drama yang kita suka, mesti susah nak cari online. Buat apa susah-susah, iQiyi kan ada! Boleh tengok secara PERCUMA pulak tu!

Antara drama-drama melayu yang korang boleh tonton sepanjang September ini ialah, Mr Boss Miss Stalker, Pujaan Hati Kanda, Seindah Takdir Cinta, Istikharah Cinta, Ketupat Palas Mr.Handsome dan Inai Yang Hilang.

Ada kaki K-Drama kat sini?

1. Lost – Jeon Do Yeon, Ryu Joon Yeol

Kalau korang peminat karakter Jung Hwan ataupun Jung Pal dalam drama Reply 1988, korang kena tengok drama ni! Lost mengisahkan tentang Boo Jung, seorang ghostwriter berusia 40 tahun yang masih belum mencapai apa-apa dalam hidupnya dan dia tidak tahu ke mana harus pergi.

Manakala, Kang Jae seorang lelaki berusia 27 tahun yang menjalankan perniagaan perkhidmatan, selalu risau pada dirinya sendiri kerana takut bahawa dia tidak akan dapat capai apa-apa dalam hidupnya.

Drama 16 episod ini akan ditayangkan secara ekslusif di iQ.com setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.30 malam.

2. High Class – Cho Yeo Jeong, Kim Ji Soo

Drama yang bertemakan misteri ni berkisarkan tentang pembohongan dan hipokrasi yang tersembunyi di sebalik kehidupan sempurna wanita kelas atasan. Drama yang seakan-akan drama The Penthouse yang tengah hits ni akan ditayangkan di iQ.com tak lama lagi. Stay tuned ok!

3. Yumi’s Cells – Kim Go Eun, Ahn Bo Hyun, Lee Yoo Bi, Park Jinyoung (GOT7)

Yumi adalah seorang akauntan di sebuah syarikat mee. Hidupnya sangat dull dengan teman lelaki yang datang dan pergi. Minat sebenar Yumi terhadap bidang penulisan kisah cinta sangat mendalam dan atas sokongan teman lelakinya Bobby, dia berjaya menerbitkan penulisan pertamanya. Kisah hidup Yumi yang tinggal dan bekerja di bandar ni mesti ramai yang boleh relate!

Drama 14 episode ni bakal ditayangkan secara eksklusif di iQ.com pada bulan ini.

4. Hometown – Yoo Jae Myung, Han Ye Ri

Berlatarbelakangkan tahun 1999, drama ini mengisahkan tentang seorang detektif polis yang menyiasat kes pembunuhan pelik di dalam sebuah kampung dan seorang wanita yang mencari anak saudara perempuannya yang hilang. Kedua-dua mereka bertemu tanpa sengaja dan membongkar rahsia pita rakaman yang dijumpai.

Yang lagi menarik, Hometown ni juga merupakan drama thriller yang bertemakan mutant. Eh, suspens la pulak. Kalau korang tak sabar nak tahu apakah kesudahannya, jangan lupa tonton di iQ.com tak lama lagi!

Eh, C-drama pun adalah!

1. One and Only – Allen Ren, Bai Lu

Drama One and Only ni akan bawa korang ke zaman dinasti Cina dahulu, di mana Putera Nan Chen, seorang jeneral yang setia kepada negara dan Cui Shi Yi, Puteri Mahkota yang dilantik sejak dilahirkan bertemu dan berteman. Namun hubungan mereka tak dapat diteruskan kerana tanggungjawab masing-masing kepada negara.

Putera Nan Chen harus memimpin tentera untuk berperang, manakala Cui Shi Yi pula harus berkahwin dengan Putera Mahkota. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka?

Korang dah boleh saksikan semua episod di iQ.com sekarang tau!

2. The Ferryman : Legends of Nanyang – Lawrence Wong, Qi Yuwu

Drama 36 episode ni mengisahkan tentang Xia Dongqing yang mempunyai keistimewaan iaitu Ying & Yang Eyes yang boleh melihat hantu dan Zhao Li, pengangkut jiwa yang telah hidup seribu tahun. Disebabkan kelebihan mereka, mereka boleh berkomunikasi dan membantu roh-roh yang tidak aman.

Kalau nak saksikan drama original pertama iQiyi di Asia Tenggara ni,  jom tonton The Ferryman – Legends of Nanyang, setiap Selasa hingga Khamis, jam 8 malam di iQ.com.

3. Love Under The Full Moon – Ju Jingyi, Zheng Yecheng

Drama yang dibintangi Ju Jingyi dan Zheng Yecheng ini bertemakan percintaan yang romantis dan fantasi. Lei Chuxia yang hidup di zaman moden hilang ingatan apabila melintasi supermoon, lalu bertemu dengan Xu Xiaodong dan melalui perjalanan yang ajaib dan magikal.

Korang boleh saksikan drama unik 24 episode ini di iQ.com setiap Khamis hingga Sabtu, Jam 8 malam.

4. Forever and Ever – Allen Ren, Bai Lu

Drama yang diadaptasi dari novel popular internet ni mengisahkan cinta pandang pertama antara Shi Yi, seorang pelakon suara yang lemah lembut, dengan Zhou Sheng Chen, seorang profesor kimia di lapangan terbang.

Walaupun melalui pertemuan yang singkat, kedua-duanya mempunyai perasaan yang mendalam dan sanggup berkorban apabila Shu Yi cedera parah ketika menyelamatkan Zhou Sheng Chen dan si jejaka sanggup mengetepikan kariernya demi menguruskan Shu Yi.

Drama sweet 30 episode ni bakal ditayangkan di iQ.com tak lama lagi tau!

Enjoy jugak layan program variety Korea ni!

Girls Planet 999

Program realiti yang disertai oleh peserta wanita dari Korea, China dan Jepun ini membawa matlamat dan impian yang sama dari setiap peserta untuk debut dalam kumpulan idol, disebalik bahasa dan budaya yang berbeza. Program ini juga menampilkan tetamu undangan seperti Yeo Jin Goo, Tiffany (ahli Girls’ Generation) dan Sunmi (bekas ahli Wonder Girls).

Girls Planet 999 dah pun mula ditayangkan secara EKSKLUSIF di iQ.com, setiap Jumaat jam 7.20 malam. Yang bestnya, program ni tersedia dalam 3 sarikata iaitu Bahasa Inggeris pada setiap Jumaat (7.20pm), Bahasa Cina (12.00pm) dan Bahasa Melayu (7.00pm) pada setiap hari Sabtu!

Banyak faedah eksklusif yang korang boleh nikmati di iQiyi!

Kalau nak tonton drama-drama yang best dan percuma, kat mana lagi. Mestilah di iQiyi!

Selain percuma dan eksklusif, korang juga boleh nikmati lebih 30,000 kandungan Melayu, Cina, Korea & anime tempatan yang bermutu tinggi dalam sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik, korang juga boleh menjadi ahli VIP iQiyi untuk nikmati pelbagai faedah eksklusif seperti skip iklan, langganan berharga RM1.90 untuk bulan pertama, kandungan eksklusif dan tontonan awal, Dolby Atmos, dan HD Penuh (1080P). Bestnya!

iQiyi nak bagi tawaran menarik sempena Merdeka, PERCUMA 1 minggu VIP!

Wow, biar betul? Bermula 30 Ogos hingga 12 September 2021 ni, iQiyi nak bagi VIP PERCUMA selama 1 minggu untuk korang. Bestnya, bolehlah layan drama puas-puas!

Macam mana nak tebus VIP PERCUMA ni?

1. Tebus melalui checkout page di aplikasi iQiyi atau layari laman web mereka di  https://www.iq.com.

2. Pilih pelan mingguan dan daftar untuk pelan mingguan

3. Selepas daftar masuk, korang akan dapat akses VIP PERCUMA selama satu minggu pertama.

Eh..ada lagi tawaran istimewa sempena Merdeka, diskaun 50%!

Bukan itu je tau, iQiyi juga ada promosi menarik untuk korang, dimana korang boleh pilih untuk dapatkan diskaun 50% bagi pelan standard one time quarterly dan yearly! Best gila kan?

Standard langganan suku tahunan
@RM12.90 (selepas diskaun 50%)

Standard langganan tahunan
@RM44.90 (selepas diskaun 50%)

Cara nak tebus pun senang sangat. Korang hanya perlu tebus melalui laman web mereka di https://www.iq.com pada 6 September 2021. Lepas tu, pilih pelan yang korang berminat tu dan enjoy!

Jadi, apa tunggu lagi, jom layan drama kegemaran korang di iQiyi sempena Merdeka ni. Untuk maklumat lanjut, layari laman web iQiyi. 

SKIP THIS AD ×