berita

Ini Antara Makanan Yang Mak Buyung Kena Pantang! Mitos Atau Fakta?

October 1st, 2020 | by Nurul
Kini Trending
Is it ever OK to drink when you are pregnant? - BBC News

“Eh, tengah mengandung tak boleh makan nanas lah”
“Bila mengandung, jangan minum kopi, nanti anak keluar berkulit gelap”.

Haa, ibu-ibu yang pernah hamil atau tengah mengandung, mesti korang boleh relate kan? Bukan ini je, tapi ada bermacam-macam lagi petua semasa hamil, dan setiap rakyat Malaysia mesti ada satu atau dua cerita tentang pantang-larang ini.

Mungkin ada sesetengah yang boleh dijelaskan melalui sains, tetapi banyak yang diamalkan melalui kepercayaan nenek moyang dan tradisi kita dulu. Kali ni, kami nak senaraikan beberapa pantang larang yang selalu sangat kita dengar dan akan bongkarkan sama ada ia adalah mitos ataupun fakta!

Mitos: Tak boleh makan nanas, tajam!

Stylesatlife

Haa..pantang larang yang ni memang selalu sangat kita dengar kan? Nanas adalah buah yang paling dilarang sekali untuk dimakan mak buyung kerana tajam dan boleh menyebabkan keguguran!

FAKTA

Sebenarnya ibu hamil boleh je makan semua jenis buah, asalkan tak berlebihan. Kalau korang nak tahu, nanas selamat dimakan semasa kehamilan. Malah, buah-buahan seperti nanas mengandungi pelawas yang tinggi dan nutrien-nutrien penting seperti vitamin A, B1, B12, C, kuprum dan manganese. Tapi, apa pun, dapatkan nasihat doktor dulu okay!

Mitos: Jangan makan daging kambing!

MyMilk.com

Orang dulu-dulu cukup marah kalau mak buyung makan daging kambing. Katanya, boleh menyebabkan komplikasi kesihatan!

FAKTA

Daging seperti kambing, ayam dan lembu, boleh je dimakan oleh ibu hamil, asalkan dimasak dengan baik dan tidak mentah. Makan daging mentah dan kurang masak mungkin akan mendedahkan wanita hamil kepada risiko toksoplasmosis; jangkitan yang disebabkan oleh parasit Toxoplasma yang selalu ditemui dalam daging mentah dan kurang masak, air yang tidak dirawat dan najis kucing.

Tapi, bagi ibu-ibu yang ada masalah kolestrol atau jantung, seelok-eloknya elakkan dari makan daging atas faktor kesihatan.

Mitos: Minumlah ais banyak-banyak, nanti anak jadi besar!

MomJunction

Yang ini selalu jugak dengar. Ada yang kata tak boleh langsung minum ais dan makanan sejuk, sebab nanti bayi dalam kandungan besar.

FAKTA

Sebenarnya, minum dan makan benda sejuk semasa hamil tak membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan pun. Malah, jika kita minum air berais atau sejuk, maka badan kita pun akan menjadi lebih sejuk dan lebih banyak kalori digunakan untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Jadi, berat badan kita pun taklah banyak meningkat!

Mitos: Elakkan makan makanan yang pedas!

Mom.com

Betul ke bila makan makanan pedas boleh membuatkan ibu bersalin awal dan membahayakan bayi dalam kandungan?

FAKTA

Sebenarnya tiada bukti saintifik yang mengatakan bahawa makan makanan pedas boleh mempercepatkan kelahiran atau mengakibatkan masalah kepada bayi dalam kandungan korang.

Tetapi, bila makan makanan pedas terlalu banyak, dikhuatiri korang akan mengalami pedih perut dan menyebabkan asid refluks, terutama sekali sewaktu trimester ketiga. Nanti jadi masalah lain pula!

Mitos: Kena makan banyak, sebab makan untuk dua orang!

Cleveland Clinic’s Health Essential

Selalunya, bila hamil, ada je yang akan suruh kita makan dua kali ganda dari kebiasaan. Yelah, bila si ibu makan banyak, anak pun akan dapat zat yang cukup katanya.

FAKTA

Memang betul, bila tengah mengandung, ibu akan kerap lapar dan mengidam nak makan macam-macam. Tapi, kenalah bersederhana dan yang paling penting makan makanan berkhasiat yang kaya dengan nutrien seperti karbohidrat, protein, kalsium dan vitamin. Manakala, pemgambilan kalori harian yang disarankan adalah sebanyak 2,500 kcal.

Bagi ibu-ibu yang ada diabetes pula, jangan seronok sangat makan benda manis, jaga kandungan gula yang diambil tau!

Bukan mitos, tetapi Enfamama A+ menyokong keperluan pemakanan ibu hamil dan menyusu..


Ibu hamil dan sedang menyusu memerlukan keperluan nutrisi dan kalsium yang lebih untuk menyokong perkembangan otak dan tumbesaran si comel di dalam kandungan. Sebab itulah penting untuk korang mulakan pemakanan dan rangsangan yang betul sejak dari awal!

Enfamama A+ dengan 360° DHA Plus mengandungi campuran nutrien unik seperi kalsium, Vitamin D, zat besi dan inulin.

Antara manfaat nutrien-nutrien ini adalah membantu menguatkan tulang dan gigi, penting untuk penyerapan kalsium dan fosforus, meningkatkan pembentukan sel darah merah serta memastikan usus dalam keadaan yang baik.

Jom sertai Enfamama A+ Club untuk sampel susu PERCUMA!

Apa lagi mommies, jomlah cuba Enfamama A+ hari ini juga dengan hanya mengisi borang di bawah ni!

Rujukan
BabyCenter
nhs.uk
americanpregnancy.org
Ministry of Health Malaysia

SKIP THIS AD ×