berita

Ini Antara Pameran Perumahan Yang Korang Patut Pergi. Banyak Pilihan Kediaman & Aktiviti Menarik Wei!

September 24th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Ada tak sesiapa yang nak miliki rumah idaman sendiri? Mestilah nak! Tapi selalunya, kita akan menyewa dulu. Bila kewangan dah stabil barulah kumpul duit dan beli rumah. Nak-nak kalau yang baru mendirikan rumah tangga dan baru mula bekerja.

Korang tahu tak? Tak lama lagi ada beberapa pameran perumahan akan diadakan pada 29 September 2018. Boleh la survey rumah idaman korang nanti. Meh tengok kat mana..

Setia Eco Park Sales Gallery dengan konsep Festival Musim Luruh kat Korea !

Minat nak ke Korea? Meh datang ke Setia Eco Park Sales Gallery di Shah Alam. Pameran bermula jam 6 petang hingga 10 malam. Ala-ala Festival Musim Luruh kat Korea! Tapi kali ni, mereka namakannya Pesta Tanglung 2018 bertema Korea.

Paling menarik, staf bertugas akan memakai pakaian tradisional Korea untuk sambut korang yang menjadi tetamu. Dekorasi di pameran juga bertemakan KoreaFeeling macam kat Korea betul ni. Lagi best, ada buaian LED untuk korang bergambar. Memang cantik gila!

Biasa tengok program Running Man kat tv? Kalau korang teringin nak main permainan Running Man tu, boleh la datang ke gerai permainan Running Man yang ada. Selain tu, ada makeover pakaian tradisional Korea. Kot-kot korang teringin nak pakai pakaian tradisional Korea kan, boleh la try nanti!

Selain tu, persembahan Kpop pun ada tau. Korang yang suka Kpop ni mesti enjoy punya. Admin paling tertarik dengan bengkel yang diadakan. Boleh buat jeli kek Bulan, kimchi, lukisan pada tanglung dan banyak lagi. Mesti best!

Jom main ‘Cai Deng Mi‘ di Setia Sky Seputeh Sales Galleria

Tadi admin dah bawa korang feeling macam kat Korea kan? Sekarang kami nak bawa korang ke China pulak. Pameran di Setia Sky Seputeh Sales Galleria yang terletak di Kuala Lumpur ni bermula jam 6 petang hingga 9 malam. Nak tahu apa yang istimewa di sana?

Ada aktiviti yang dipanggil ‘Cai Deng Mi‘. Untuk pengetahuan korang, ‘Cai Deng Mi‘ merupakan teka-teki Tanglung Cina. Orang ramai kena teka jawapan daripada ayat, puisi atau frasa. Teka sampai dapat, memang seronok!

Selain main teka-teki, korang juga berpeluang untuk tengok Persembahan Seni Teh secara live! Bancuh teh pun ada seninya tau! Korang pasti terpegun dengan tatacara dan tertib membancuh teh. Penuh nilai estetika yang tersendiri.

Hmm, main teka-teki kat tanglung, takkan tak boleh buat sendiri tanglung tu? Memang boleh! Korang nanti join je Bengkel Pembuatan Tanglung LED yang diorang buat. Bukan tanglung biasa tau, tanglung LED. Buat la dengan cantik dan kreatif ya!

Meh rasa pencuci mulut di Alam Damai Sales Gallery

Pada yang suka sangat dengan pencuci mulut, boleh datang ke Alam Damai Sales Gallery. Pameran bermula jam 11 pagi hingga 5 petang. Macam-macam mereka hidangkan. Paling menarik, ada kek Bulan dan teh. Comel jugak kek Bulan ni ek. Mesti sedap!

Selain pencuci mulut, mereka juga ada bengkel menarik untuk korang, iaitu Bengkel Pembuatan Tanglung. Boleh la korang buat tanglung ikut kreativiti tersendiri. Bestnya!

Lagi satu, mereka ada aktiviti menarik, Meet and Greet Fairy. Mana la tahu korang masa kecik dulu teringin nak jumpa fairy kan, boleh la datang ke Alam Damai Sales Gallery okay?

Kalau nak tahu, Orang Johor pun boleh rasa keseronokan jugak! Kat sini haa..

Setia Eco Gardens Sales Gallery, macam-macam aktiviti ada!

Pameran di Setia Eco Gardens Sales Gallery yang terletak di Johor ni bermula jam 5 petang hingga 10 malam. Macam-macam aktiviti ada. Antaranya Lilin LED Terapung, Tanglung DIY, Bacaan Kad Tarot, Trak Makanan dan lain-lain. Orang Johor jangan lupa bawa keluarga datang tau!

Kat bawah ni info lengkap untuk keempat-empat pameran tu. Jangan lupa yang ia dibuat pada tarikh yang sama, 29 September 2018 tau. Ingat tu.

Setia Eco Park Sales Gallery
Tarikh: 29 September 2018
Masa: 6 petang hingga 10 malam
Alamat: Setia Corporate Tower, 5A, Jalan Setia Nusantara U13/17, Setia Eco Park, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Website: http://www.setiaecopark.com.my
No. Tel: 03-33432228

Setia Sky Seputeh Sales Galleria
Tarikh: 29 September 2018
Masa: 6 petang hingga 9 malam
Alamat: No.1, Jalan Taman Seputeh Satu, Taman Seputeh, 58000 Kuala Lumpur.
Website: http://www.setiaskyseputeh.com.my/
No. Tel: 03-22765252

Alam Damai Sales Gallery
Tarikh: 29 September 2018
Masa: 11 pagi hingga 5 petang
Alamat: No. 20, Lingkungan Alam Damai, Alam Damai, 56000, Cheras, Kuala Lumpur.
Website: http://www.cemaradamai.com/
No. Tel: 03-91076858

Setia Eco Gardens Sales Gallery
Tarikh: 29 September 2018
Masa: 5 petang hingga 10 malam
Alamat: Pejabat Tapak, Lot 2110, K.M 5.5, Jalan Gelang Patah-Ulu Choh, 81550 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Website: http://www.setiaecogardens.com
No. Tel: 07-5552525

Jom pergi tengok rumah baru! Bukan rumah je yang korang dapat survey, korang pun alang-alang boleh enjoy sekali dengan aktiviti yang diorang buat. Jangan lupa ajak keluarga dan member sekali okayConfirm korang seronok. Let’s go guys!

SKIP THIS AD ×