berita

Ini Antara Yang Menarik Tentang Bajet 2018, Penjawat Awam Dapat RM1500 Tu!

October 27th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Sebentar tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyampaikan pembentangan bajet bagi tahun 2018. Kalau korang nak tahu, pembentangan bajet kali ini merupakan pembentangan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Seperti kebiasaan, pembentangan bajet akan menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat di seluruh negara. Agaknya apa yang lain pada tahun ini?

Bajet 2018

Ini merupakan yang paling menarik dan baru untuk rakyat Malaysia 2018. Banyak penambahan berlaku berbanding tahun lepas untuk kemudahan rakyat Malaysia. Antara yang paling mendapat perhatian adalah :

RM200 untuk bayi lahir mulai 2018

Setiap anak Malaysia dilahir bermula 1 Jan 2018-2022 dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham. Skim itu yang pertama kali diperkenalkan bagi menjamin masa depan generasi TN50 dikenali sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Cuti bersalin

Buat ibu yang bakal bersalin 2018, anda layak mendapat cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kpd maksimum 90 hari setahun. Wahh memang untung! Boleh beranak ramai la ni. Bukan sahaja untuk penjawat awam, namun ianya juga turut dilaksanakan bagi penjawat swasta.

PTPTN

Kerajaan juga mengumumkan kelonggaran tambahan PTPTN iaitu  pembayaran balik pinjaman dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian, berbanding enam bulan pada masa ini. Nampaknya bajet ini meringankan beban para graduan yang baru lepas tamat pengajian.

Tol dimansuhkan

Ini merupakan berita baik buat penduduk Shah Alam. Mulai 1 Januari 2018, Kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam.  Selain itu, tiga lagi tol dimansuhkan ialan di Tol Sungai Rasau, Tol Bukit Kayu Hitam, Kedah dan juga Eastern Dispersal Link (EDL), Johor Bahru.

Berita ini antara yang melegakan pengguna-pengguna yang sentiasa melalui laluan berkenaan, terutamanya Lebuhraya Persekutuan.

KR1M

Kedai satu Malaysia bakal operasi semula dengan penambahan 50 kedai. KR1M 2.0  pada tahun hadapan akan diperluaskan kepada 3,000 dalam tempoh 3 tahun. KR1M 2.0 akan menyediakan 5 barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan gas LPG. 50 jenis barangan pengguna berjenama dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran.

BR1M

BR1M antara yang paling ditunggu rakyat Malaysia saban tahun. Kali ini bajet 2018 dinaikkan sedikit bagi membantu golongan yang layak.

-BR1M bagi golongan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, juga dinaikkan daripada RM1,050 kepada RM1,200.

-Sementara bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000, jumlah BR1M dinaikkan daripada    RM800 kepada RM900.

-Bagi individu bujang berpendapatan RN2,000 ke bawah, mereka layak memperoleh BR1M berjumlah RM450 tahun depan, berbanding RM400 tahun ini.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×