berita

Ini Bagaimana 2 Individu Hebat Ni Memberi Impak Sebagai Sukarelawan. Macam-Macam Skill Diajar!

July 12th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Menjadi seorang sukarelawan mungkin tampak remeh tapi ia sebenarnya mampu untuk memberikan impak yang besar kepada seseorang individu.

Dengan menjadi sukarelawan, seseorang indivitu itu boleh membantu orang lain untuk mendapatkan skills atau membantu menyerlahkan lagi bakat yang mereka ada.

Malahan, ia juga boleh membantu diri kita sendiri untuk mendapatkan skill sosial yang lebih baik selain membantu menyiapkan diri untuk mempertingkatkan lagi keperibadian kita! Bukan itu je, ada lagi kelebihan kalau korang jadi sukarelawan ni. Boleh membantu masa depan juga tau!

Kegiatan sukarelawan boleh membantu karier, meluaskan kenalan & boostkan mental dan fizikal korang!

Bila korang mendaftar menjadi seorang sukarelawan, tak kisah jenis apa pun program tersebut ia boleh membantu korang untuk mendapatkan skill berharga.

Korang hanya akan dapat skill tersebut ketika menjadi sukarelawan je tau. Sebagai contoh, kalau korang volunteer di rumah-rumah anak-anak yatim, secara tidak langsung korang boleh dapat skill kaunselor krisis.

Ia juga boleh meluaskan kenalan sebab macam-macam jenis profession join menjadi sukarelawan ni. Seronok sebab korang boleh bertukar pandangan dan minda korang pun akan lebih meluas bila berkawan dengan ramai orang dari latar belakang yang berbeza.

Mental dan fizikal korang boleh dibentuk bila join program-program ni. Kalau korang ada masalah kurang keyakinan diri atau masalah senang marah dan sebagainya ia boleh dibantu dengan menyertai program sukarelawan.

Rujukan: Helpguide.org

2 individu dari Taylor’s University ni merupakan contoh terbaik bagaimana sukarelawan boleh membantu komuniti & diri kita sendiri

Sejajar dengan ekosistem Taylor’sphere untuk melangkaui lebih dari sekadar kebijaksanaan, dua ahli akademik Taylor’s percaya bahawa menjadi seorang sukarelawan memberi impak bukan sahaja kepada sesebuah komuniti, tetapi juga menjadikan seseorang individu itu lebih bijak dan berpengetahuan.

Dr.Wan Puspa Melati Wan Abdul Halim, pensyarah kanan dari School of Liberal Arts and Sciences (SLAS), Taylor’s University

Dr. Wan Puspa Melati merupakan seorang pensyarah kanan di Taylor’s University yang memegang PHD dalam bidang Sosiologi dan Antropology dari UIA. Beliau juga mempunyai Sijil Sarjana Sains dalam bidang Sosiologi di Universiti Oxford,UK dan juga ijazah dalam bidang Sosiologi dan Psikologi dari University of San Francisco, US!

Merupakan seorang yang aktif sebagai sukarelawan, Dr. Wan Puspa menyatakan bahawa beliau mendapat motivasi tersebut dari bapanya sendiri yang merupakan seorang Clinical Sociologist. Sejak kecil, Dr. Wan Puspa telah dididik untuk sering mengambil berat dan sentiasa membantu orang lain.

Dr. Wan Puspa tidak hanya bergerak sebagai sukarelawan biasa tetapi dia juga memainkan peranan penting sebagai seorang pengurus dan penghubung sesebuah program sukarelawan. Kalau nak disebutkan satu persatu-persatu terlalu banyak sebenarnya program yang telah beliau sertai. Tetapi berikut antara program yang beliau masih aktif hingga kini:

  • Spill the Tea with Dr. Mel and Mdm. Affe
    (Diskusi secara online mengenai isu sosial dikalangan remaja dan juga kanak-kanak)
  • Group Sokongan Ibu Tunggal
  • Meditasi Komuniti
  • Komuniti Pekak

Antara memori yang tak dapat dilupakan ketika menjadi sukarelawan di Pusat Penjagaan Orang Tua yang bertempat di San Francisco.

“Sebagai volunteer, saya membantu warga emas di sana dalam kegiatan seharian mereka dan temani mereka untuk berbual. Ada seorang wanita Sepanyol ini, bernama Anna yang sangat penyayang dan selalu happy.”

Kerana sering berdamping bersama Anna, Dr. Melati mulai untuk belajar menguasai bahasa Sepanyol supaya mereka boleh lebih berinteraksi dan berbual tanpa halangan bahasa. Pada satu hari ketika pulang ke rumah, Dr. Wan Puspa menjumpai nota dalam poketnya yang ditulis oleh Anna mengatakan dia sangat menghargai usaha dan pertolongannya.

Selain itu, ketika belajar bahasa isyarat di YMCA, Brickfields Dr. Wan berkenalan dengan seorang individu pekak bernama Esther. Dengan bantuan Esther, Dr. Wan Puspa dapat bantu orang pekak dengan mengetahui masalah yang mereka hadapi dan bagaimana untuk membantu mereka.

Dr. Mohammad Jaweed, pensyarah kanan di School of Medicine (SOM), Taylor’s University

Dr Mohammad Jaweed menerima Ijazah Perubatan dari Universiti Perubatan Kabul, Afghanistan dan menamatkan Sarjana Pembedahan Klinikal di Universiti Malaya (2008) sebelum menyertai Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UMMC 2009) sebagai pensyarah kanan.

Antara tahun 2009 – 2012, Dr Jaweed menyertai Jabatan Saraf Perubatan Universiti Malaya sebagai pelatih Neurosurgeri di mana skop utama tugasnya melibatkan pengurusan trauma kepala, tumor otak dan anomali pediatrik kongenital serta melakukan pembedahan elektif.

Beliau kini merupakan pensyarah kanan di School of Medicine, Fakulti Sains Kesihatan & Perubatan di Taylor’s University. Dr. Jaweed juga diakreditasi sebagai pakar klinikal di Jabatan Bedah Saraf di Hospital Sg.Buloh.

Selain di Malaysia, Dr. Jaweed juga giat melakukan aktiviti sukarelawan di Afganistan, Pakistan, Indonesia dan juga Afrika!

Antara program yang beliau sertai adalah:

  • Lawatan ke Universiti Kabul bersama Menteri Pengajian Tinggi
  • Speaker undangan di University of Kent, UK untuk Global Collaborative Conference
  • Memberi ceramah mengenai trauma kepala kepada para doktor junior, pelatih medic dan pelajar medic di Kandahar, Afghanistan
  • Diundang ke ceramah pleno untuk memberi kuliah tentang trauma kepala di upacara Heart Afghanistan Opening Ceremony of Neurosurgical Association of Southern Region

Selain itu ketika di Kabul, beliau juga melawat Ali Abad Teaching Hospital dan habiskan beberapa hari di sana untuk mengajar doktor pelatih baru untuk menjadi neurosurgen.

Tidak hanya terhad kepada mengajar secara teori tetapi beliau juga sempat mengadakan pratikal session supaya para pelajar lebih memahami dengan mendalam akan apa yang diajar. Malah, beliau sempat untuk turut serta melawat pesakit bersama doktor lain disana!

Apa antara nasihat untuk mereka yang ingin menjadi sukarelawan?

Jangan pernah memaksa mereka untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya, belajar untuk memahami kehendak mereka, dan keperluan mereka lalu interpretasikan ini kepada memberikan sokongan yang setimpal bagi situasi mereka. Sebagai seorang sukarelawan, kita seharusnya menerapkan dan menggunakan skill dan pengetahuan kita untuk membantu memperbaiki kehidupan-kehidupan komuniti ini.Dr.Wan Puspa Melati

Manakala menurut Dr. Jaweed pula, aktiviti sukarela ini lebih kepada membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Ganjarannya memang tidak ternilai, malah ia juga boleh membawa perubahan besar bukan sahaja kepada diri kita tetapi juga kepada masyarakat. Semua orang patut menjadi sukarelawan, sekurang-kurangnya sekali, untuk rasai sendiri pengalaman tersebut. Dr. Mohammad Jaweed 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×