Nama pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin makin menitir di bibir rakyat Malaysia apabila berjaya mendapat tempat ke-14 dan mengutip mata pada perlumbaan Grand Prix (GP) Qatar, beberapa hari lepas. Selain dari kejayaannya itu, ada satu lagi perkara yang membuatkan netizen sangat bangga dengannya. Jom kita lihat video ini.
Tidak fasih, tapi boleh faham dan berbahasa Inggeris
Powerla Hafizh Syahrin Pescao55. Orang tanya soalan dia boleh jawab balik dgn jawapan yg relevan. Means dia faham apa yg ditanya.
Dekat Parlimen Malaysia. Walaupun guna Bahasa Melayu, lain orang tanya lain yg dijawab.#MotoGP2018 #HS55 pic.twitter.com/QDC3TbhNeM
— Nasir Pasir (@WanMohdNazri) March 19, 2018
Seorang pengguna Twitter telah memuat naik video temuramah Hafizh Syahrin dengan wartawan antarabangsa ketika perlumbaan di Qatar. Apa yang membuatkan rakyat Malaysia bangga adalah kerana Hafizh boleh berbahasa Inggeris dengan yakin.
Walaupun wartawan itu mempunyai dialek percakapan ‘British accent’, Hafizh masih boleh faham segala soalan yang ditujukan kepadanya.
Sumber: Twitter