berita

Ini Beberapa Kategori Yang Korang Boleh ‘Claim’ Sekiranya Terkesan Akibat Banjir

November 18th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Mesti ramai yang dah tahu bila hujung tahun je cuaca di Malaysia mesti tak menentu. Sekejap hujan lebat, sekejap panas, sekejap hujan renyai. Paling risau bila hujan lebat dan berlawan dengan angin yang kencang. Susulan hujan lebat berpanjangan tersebut akan mengakibatkan sesetengah kawasan atau tempat di Malaysia dinaiki air.

Beberapa Pusat Permindahan Sementara akan didirikan bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir tersebut. Banjir yang teruk boleh mengakibatkan para penduduk yang terkesan dari segi kehilangan tempat tinggal dan juga harta benda dalam skala yang besar.

Bagi mengurangkan beban penduduk yang terkesan, pihak kerajaan telah mengeluarkan inisiatif Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia yang korang boleh claim.

Jom rujuk dibawah, jenis bantuan yang korang boleh claim mengikut kategori

Kenderaan

Kredit foto: Vocket

  • Pemberian: Baucar tunai untuk pembaikan kenderaan
  • Jumlah sumbangan: RM1,000
  • Kelayakan: Terhad 1 baucar untuk 1 kenderaan yang terkesan
  • Tidak layak: Kenderaan syarikat
  • Pelaksana: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui pusat servis dan bengkel sah yang berdaftar

Barangan elektrik

Kredit Foto: Utusan Borneo

  • Pemberian: E-rebat tunai untuk barangan elektrik
  • Jumlah sumbangan: RM500
  • Kelayakan: Unit rumah yang ditenggelami air
  • Tidak layak:
    • Unit rumah berbilang tingkat (seperti flat dan pangsapuri) yang tidak terjejas,
    • Premis perniagaan
  • Pelaksana: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)

Barangan keperluan

Kredit Foto: BERNAMA

  • Pemberian: Pembelian barang keperluan
  • Jumlah sumbangan: RM2,500
  • Kelayakan: Unit rumah yang ditenggelami air
  • Tidak layak:
    • Unit rumah berbilang tingkat (seperti flat dan pangsapuri) yang tidak terjejas
    • Premis perniagaan
  • Pelaksana: Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Bagi kerosakan melibatkan rumah pula terdapat 3 kategori yang tersedia untuk korang.

Kredit Foto: Harian Metro

Kategori: Kerosakan tidak serius

  • Pemberian: Kerja-kerja pembaikan rumah
  • Jumlah sumbangan: Sehingga RM5,000
  • Kelayakan:
    • Rumah dengan nilai kerosakan RM5,000 ke bawah yang disahkan,
    • Unit rumah berbilang tingkat yang terkesan
  • Tidak layak:
    • Yang tidak terkesan
    • Kos melebihi RM5,000
    • Unit rumah berbilang tingkat (seperti flat dan pangsapuri yang tidak terjejas)
    • Rumah setinggan
    • Rumah di atas rizab sungai
    • Rumah yang disewa
  • Penilai: Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Pejabat Daerah
  • Pelaksana: ICU JPM

Kategori Kerosakan Serius

  • Pemberian: Kerja-kerja pembaikan rumah
  • Jumlah sumbangan: Sehingga RM5,001- RM15,000
  • Kelayakan:
    • Rumah ditanah sendiri atau tanah kampung dengan nilai kerosakan antara RM5,001 hingga RM15,000 yang disahkan
    • Unit rumah berbilang tingkat yang terkesan
  • Tidak layak:
    • Yang tidak terkesan
    • Kos melebihi RM5,000
    • Unit rumah berbilang tingkat (seperti flat dan pangsapuri yang tidak terjejas)
    • Rumah setinggan
    • Rumah di atas rizab sungai
    • Rumah yang disewa
  • Penilai: Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah
  • Pelaksana: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah

Kategori Kerosakan Total

  • Pemberian: Kerja-kerja bina baharu rumah
  • Jumlah sumbangan:RM56,000
  • Kelayakan: Rumah yang musnah di tanah sendiri atau tanah kampung
  • Tidak layak:
    • Yang tidak terkesan
    • Unit rumah berbilang tingkat (seperti flat dan pangsapuri yang tidak terjejas)
    • Premis perniagaan
    • Rumah setinggan
    • Rumah di atas rizab sungai
    • Rumah yang disewa
  • Pelaksana: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah

Korang digalakkan untuk membuat persediaan awal banjir

Kredit Foto: Berita Harian

Selain itu, korang juga boleh membuat persediaan awal bagi menghadapi bencana alam ini. Antaranya ialah:

  • Simpan dokumen dalam file kalis air
  • Simpan air bersih untuk kegunaan dan minum
  • Sentiasa dapatkan update terkini mengenai pusat bantuan banjir dan pusat permindahan yang terdekat
  • Sediakan kit kecemasan
  • Pastikan power bank dicas penuh
  • Patuh arahan pihak berkuasa

Persediaan awal ini sedikit sebanyak dapat memudahkan proses permindahan serta dapat memastikan dokumen-dokumen penting dapat diselamatkan.

“Semoga kesemua inisiatif ini dapat membantu meringankan beban #KeluargaMalaysia yang terkesan akibat banjir.” – Dato’ Ismail Sabri Bin Yaakob (Perdana Menteri Malaysia)

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×