Sakit hati betullah bila tengok foto-foto kiriman salah seorang pembaca setia OHBULAN! ni. Mana taknya, pagi-pagi dah buat kami naik hantu tengok keenakan cendol-cendol ni.
Ini bukan cendol biasa ni, ni cendol berpenunggu!
Kisah Cendol MAMI dengan penunggunya!
Kenapa kami cakap berpenunggu? Sebabnya cendol-cendol ni dah lenyap di makan customer yang dah beratur menunggu. Mana taknya, Cendol MAMI ini disajikan dengan penuh rasa kasih sayang dan terdiri daripada pelbagai menu cendol yang unik!
Cendol biasa 2.60
Cendol jagung 3.30
Cendol pulut 3.80
Cendol durian 4.00
Mami special 4.80
Cendol Ice Cream 4.50
Menu unik : Mee belacan + Telur Padi 5.00
Lokasi : Kuching, Sarawak
Demimu cendol, kami sanggup ‘terbang’ ke Kuching hujung minggu depan. Jom jumpa sana!