berita

Ini Bukan Kali Pertama – Isteri Dakwa Adik Perlakon Terkenal Sering Goda Aliff Aziz

July 28th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Isu Aliff Aziz mencederakan isteri masih lagi hangat diperkatakan netizen. Rata-rata netizen mengecam perbuatan Aliff yang didakwa sanggup memukul isteri dalam pantang hanya kerana kantoi curang.

Sumber Berkaitan : Campak Telefon Atas Muka Isteri – Aliff Aziz Ditahan Polis Didakwa Cederakan Isteri Dalam Pantang

Menerusi Berita Harian, Bella isteri kepada Aliff tampil perjelaskan lagi keadaan sebenar. Menurut Bella, ini bukan kali pertama kantoi. Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan keadilan.

Cuba memadam bukti

Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya. Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu. Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut.

Menurut Bella ketika dihubungi Harian Metro, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’ menjalin hubungan dengan wanita itu. Wanita yang dimaksudkan itu merupakan adik kepada seorang pelakon wanita terkenal. Siapa pelakon terkenal tu agaknya?

Ada wanita lain, banyak kali kantoi

Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu. Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang.

Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli. Malah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya. Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp.

Bella mendakwa bahawa wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama ketika mereka menjayakan drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Menggoda suami saya

Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut. Sebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang.

Tambah Bella lagi, dia tidak berniat menyalahkan sesiapa namun perkara ini tak sepatutnya berlaku. Kejadian yang berlaku itu di pusat karaoke tidak sepatutnya berlaku.

Kesiannya nasib Bella, semoga kuat dan tabah menghadapi dugaan Allah ini. Semoga dapat berpantang dengan baik.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×