Pada June lalu, Datuk Lee Chong Wei telah mengumumkan persaraan selepas 19 tahun berkecimpung dalam dunia sukan. Walaupun ramai bersedih dengan berita itu, keputusan jaguh badminton negara diterima baik oleh semua pihak.
Terbaru, Lee Chong Wei meluahkan rasa sedih apabila sejak kebelakangan ini pelbagai isu perkauman berlaku. Dia berharap agar rakyat Malaysia terus bersatu padu seperti saat dirinya sedang bertanding untuk negara Malaysia satu ketika dahulu.
Kawan-kawan dan peminat gaduh isu remeh
Hi semua, salam sejahtera. Sejak kebelakangan ini saya kurang menggunakan media sosial saya sebab sakit hati baca content yang keluar. Hanya satu isu yang remeh temeh, kawan-kawan dan peminat saya bergaduh satu sama lai. Ini bukan Malaysia yang saya perjuangkan.
Bila saya bertemu Lin Dan pada tahun 2006 di perlawanan akhir terbuka Malaysia, saya ingatkan yang saya akan kalah apabila keputusan waktu itu adalah 13-20. Sesuatu yang mustahil untuk menang dengan kekalahan 7 mata kebelakang. Saya sudah memikirkan apa yang hendak dimakan untuk makan malam. Saya letih dan sedih.
Sokongan lantang pelbagai bangsa tidak pernah goyah
Saya memandang kepada sekeliling. Sokongan lantang mereka tidak pernah goyah. Kemudian saya melihat seorang gadis Melayu, mungkin sekitar umur 8 tahun meletakkan kedua tangan bersama dengan matanya tertutup. Dia berdoa untuk saya.
Di bahagian lain dalam stadium itu, saya melihat pula seorang lelaki India yang menangis. Saya tidak tahu jika dia menangis untuk saya, tetapi saya menganggap ianya untuk saya. Kemudian sudut lain, anak sahabat saya bangsa Cina berusia sepuluh tahun itu menjerit nama saya begitu kuat sehingga pengadil terpaksa memberi signal untuk memperlahankan suaranya.
Ramai beranggapan buruk mengatakan Cina Malaysia akan sokong Lin Dan
Saya tahu saya tidak boleh berputus asa. Seluruh Malaysia berdoa untuk saya menang. Malaysia yang terdiri daripada kawan, Ah Ne, dan Heng Dai. Malaysia yang berwarna-warni. Malaysia di mana saya makan roti canai untuk sarapan, nasi lemak untuk makan tengahari dan char koey tiao untuk makan malam. Kita rakyat Malaysia lebih baik daripada ini, kawan-kawan.
5 tahun lepas, ada orang membuat tanggapan buruk mengatakan orang Cina Malaysia akan menyokong Lin Dan ia adalah perjuangan Lin Dan. Paling penting adalah siapa anda nak bercakap pasal semua ni kalau agama dan kesetiaan bukan bidang anda.
Jangan biarkan orang menyebarkan kebencian
Kedua, sebagai rakyat Malaysia yang kenal dengan dua pemain ini, sudah tentu saya menyokong Misbun. Misbun warganegara Malaysia, Lin Dan tidak. Misbun menang, negara saya gembira, semua orang gembira, mungkin akan mendapat cuti. Jika Lin Dan menang, apa saya dapat?
Kita rakyat Malaysia lepak sekali, mamak sekali, sentiasa menjaga satu sama lain tak kira kaum. Kita sokong negara Malaysia. Adakah kita akan hentikan semua ini hanya kerana satu suara itu? Jangan biarkan isu-isu kecil seperti Dong Zong Nor Khat meruntuhkan kita. Jangan biarkan orang lain menyebarkan kebencian kaum menewaskan kita.
Saya mahu mahu semua berjuang untuk bendera kita
Jangan biarkan orang mempermainkan maruah kita. Jangan biarkan anasir jahat (dari kaum Cina, India dan Melayu) mengalahkan negara kita, rakyat kita. Rakyat Malaysia jauh lebih besar daripada ini. Tunjukkan kita jauh lagi teguh dari semua nonsense ini. Spread love not hate!
Saya mahu anak-anak dan cucu saya mempunyai rakan Melayu dan India mereka. Saya mahu mereka berasa selamat di Malaysia. Saya mahu mereka berjuang untuk bendera, seperti bagaimana saya lakukan sepanjang dekad lalu.
Apabila Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992, Punch Gunalan adalah pengurus pasukan, Razif adalah Kapten, Rashid adalah yang paling berbakat, Kok Keong adalah pejuang dan Beng Kiang beri pukulan kemenangan. Ia adalah Malaysia yang indah, pelbagai kaum. Jangan membunuhnya. Selamat hari jadi tidak tak lama lagi. Tanah tumpahnya darah ku. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Sumber : Lee Chong Wei