berita

Ini Cara Daftar Haji Guna Simpanan KWSP Tanpa Sebarang Deposit, Bawa IC & Penyata Je!

September 29th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sebagai seorang umat Islam, kita hendaklah menanam niat dan azam untuk menunaikan ibadah haji apabila berkemampuan. Hal ini kerana, ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima dan wajib dilaksanakan bagi mereka yang mukallaf.

Lembaga Tabung Haji menerusi skim pendaftaran haji KWSP menawarkan cara mudah bagi anda yang mahu mendaftar haji menggunakan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Daftar haji guna KWSP

Sekadar gambar hiasan

Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP adalah seperti berikut:-

• Warganegara Malaysia
• Beragama Islam
• Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300
• Berumur 14 hingga 55 tahun sahaja

Melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, pendeposit tabung haji hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji.

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka. Tahun pilihan atau peruntukan haji mereka yang asal akan dikekalkan.

Pengeluaran akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji

Selain itu, ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Siapa yang boleh memohon?

Umur bawah 55 tahun

Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH

Tidak pernah memohon pengeluaran haji

Simpanan di LTH tidak mencukupi

Apa yang boleh dikeluarkan?

Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000.00 atau baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)

*Jumlah keseluruhan untuk ibadat haji yang ditentukan oleh LTH bergantung kepada kos sebenar mengikut musim haji. Untuk ahli yang mengerjakan haji untuk kali kedua dan seterusnya, perbezaan di atas tidak termasuk kos visa haji.

Apa yang anda perlu?

Untuk memohon, bawa bersama dokumen berikut ke pejabat KWSP terdekat:
MyKad
Surat tawaran dari LTH dengan status “DIPILIH”
Penyata akaun LTH yang terkini

*Ahli tidak perlu mengisi borang, hanya perlu menurunkan cop ibu jari di atas “Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran” sebagai bukti permohonan pengeluaran.

Terma bayaran balik

Jumlah pengeluaran perlu dibayar balik jika:
Ahli membatalkan/menangguhkan ibadat haji – jumlah penuh perlu dipulangkan semula ke KWSP
Ahli meninggal selepas pengeluaran dibuat – waris tidak perlu memulangkan semula dan boleh dituntut tertakluk kepada prosedur LTH terkini

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan pengeluaran wang caruman KWSP, anda boleh merujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.

Sumber: Tabung Haji , KWSP

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×