berita

Ini Cara Mohon Skim MyHome Bagi Rumah Pertama, Insentif Sehingga RM30k!

August 7th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Memiliki rumah hasil titik peluh sendiri merupakan impian setiap orang. Tidak kiralah sama ada kecil atau besar, rumah memberi nilai yang sangat berharga.

Bagi anda yang bekerja di sektor swasta dan mahu mendapatkan rumah pertama, apa kata cuba mohon skim pembiayaan MyHome yang memperuntukkan insentif sehingga RM30,000 seunit!

Skim perumahan mampu milik swasta (MyHome)

Skim MyHome merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak rumah mampu milik dibina sektor swasta. Skim ini menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli rumah dan pemaju swasta.

Ciri-ciri rumah mampu milik di bawah Skim MyHome adalah seperti berikut :-

a. MyHome 1

b. MyHome 2

Untuk pengetahuan anda, rumah-rumah yang dibina di bawah Skim MyHome dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Siapa yang layak mohon?

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemilihan pembeli:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

Cara mohon

Bagi yang berminat, anda hendaklah membuat permohonan pembelian kediaman skim MyHome secara atas talian (online) melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara dengan melayari laman sesawang https://sprn.kpkt.gov.my.

Anda dikehendaki daftar akaun dan log masuk untuk urusan selanjutnya. Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ke Sistem MyHome bagi pemohon dan pasangan (jika berkenaan) adalah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi nombor dan alamat emel seperti yang tertera di bawah.

Cawangan Pengurusan Perumahan (MyHome)
03-8891 4014 / 4016 / 4020 / 4062 / 4027 / 4054 / 4017 / 4010

Melalui emel
Pertanyaan Skim MyHome: [email protected]
Masalah Aplikasi: [email protected]

Sumber : teduh.kpkt.gov.my

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×