berita

Ini Foto & Video Pertama Pernikahan Siti Elizad Yang Menjadi Rahsia Selama 3 Bulan

April 11th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2015-04-11 at 12.00.57 PM

Bila sebut je nama Siti Elizad, pasti ramai yang terus teringat drama meletop baru-baru ini iaitu Teman Lelaki Upahan kan?

Malah, kalau anda memang pengikut setia drama itu, boleh dikatakan bahawa kisah pernikahan secara tertutup yang dilakukan oleh Elizad ini bagai sinonim dengan bait lagu ‘Rahsia’.

Kekasihku…
Kusimpan satu rahsia
Takkan pernah aku buka
Hingga tiba saat ini

Foto & Video Pernikahan Siti Elizad & Shamsul

Terima Kasih Ya Allah diatas semua ini . . .

A video posted by Elizad Sharifuddin (@elizadsharifuddin) on

Siti Elizad tampil membuat pengakuan dirinya sudah pun bernikah dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman

Selamat diijabkabulkan pada bulan 11 Januari yang lalu, Elizad sah bergelar isteri kepada Shamsul pada majlis pernikahan yang disempurnakan bapanya, Mohd Sharifuddin Baharuddin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan dari pihak perempuan. Manakala, wang hantaran pula dirahsiakan.

Screen Shot 2015-04-11 at 12.02.24 PM

“Saya memohon maaf kerana berahsia mengenai majlis pernikahan kami itu. Semuanya kerana menghormati permintaan keluarga terutama bapa yang kurang sihat dan uzur serta meminta supaya majlis pernikahan hanya untuk ahli keluarga terdekat saja.

Bapa saya tidak selesa dikerumuni ramai orang kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.”  – Sumber My Metro

Apapun, kami mendoakan agar Elizad dan suami akan berbahagia sehingga akhir hayat. Tak sabar rasanya nak tengok foto resepsi mereka yang dijadualkan akan berlangsung hari ini. Tunggu!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×