berita

Tak Kisah Digelar ‘Nobita’, Ismail Izzani Anggap ‘Free Promotion’

June 6th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Sebagai individu yang ingin mencuba perkara yang luar dari bidangnya pasti menerima pelbagai reaksi daripada penonton.

Namun begitu, penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani menganggap komen netizen satu perkara yang positif dek kerana dirinya yang juga pertama kali memegang watak utama.

Artikel Berkaitan: Anak Saudara Jadi Penyeri Aidilfitri Ismail Izzani

Artikel Berkaitan: Akui Masih Ke Kelab Malam, Ismail Izzani Enggan Bersikap Hipokrit

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Buang Masa Jawab Kontroversi ‘Cium’ , Ismail Izzani Mengaku Salah

Enggan tukar persepsi penonton

Ketika ditemui OhBulan!, Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mail, memaklumkan bahawa dirinya bersedia dengan segala komen daripada penonton. Selain itu, Mail juga akui ianya sesuatu yang berat bagi seorang penyanyi untuk membawa watak utama dalam sebuah drama.

Mail, 23, enggan menukar pandangan penonton terhadap karakternya dan dalam masa sama bangga kerana disamakan dengan kartun Anime ‘Nobita’.

Saya tak nak tukar, biar je. Free promotion, buat apa kita nak tukar. Sekarang saya dah start dengan #TeamNobita.

Saya tidak mengambil ianya satu perkara yang serius.

Kalau nak disamakan saya dengan Nobita, okay je sebab Nobita comel. Walaupun itu bukan target untuk penonton ingat saya, tapi saya gunakan komen itu sebagai satu komen yang positif.

Ismail Izzani berkata demikian ketika Karnival Jom Heboh bertempat di Perkarangan Stadium Shah Alam, pada Jumaat.

Tolak watak utama

Apabila ditanya tentang watak utama yang dipegang dalam drama ‘Bukan Hanya Sekadar Cinta’, Mail akui ianya satu tanggungjawab yang besar untuk memainkannya.

Kenapa saya menceburi bidang ini sebab mama saya. Mama kata mungkin ini satu rezeki dan satu sisi yang baru untuk tahun 2023.

Mula-mula bila saya terima offer ini saya cakap saya tak ready dan saya tak nak. Tapi Dato A.Aida nak saya cuba sebab saya nampak tujuan Kak Aida untuk bawa wajah baru dalam televisyen.

Katanya lagi, ianya satu perkara yang bagus untuk mewujudkan wajah-wajah baru dalam bidang lakonan mahupun nyanyian.

Saksidan drama bersiri 28 episod terbitan A.Aida Production, ‘Bukan Hanya Sekadar Cinta’ setiap Isnin hingga Jumaat, pada 7:00 malam di TV3.

SKIP THIS AD ×