Isteri kepada pelakon terkenal, Remy Ishak iaitu Ezza Yusof, enggan membuka mulut berhubung desas-desus dirinya sedang hamil seperti yang viral di media sosial sejak belakangan ini.
Artikel Berkaitan: Netizen Teruja Nampak ‘Baby Bump’, Remy Ishak & Isteri Bakal Timang Cahaya Mata?
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Nafi Isteri Sedang Hamil, Mohon Doa Orang Ramai
Doa yang baik-baik
Ketika ditemui dalam satu majlis pelancaran produk, Ezza berkata dia enggan mengesahkan hal tersebut sebaliknya, memohon doa yang baik-baik daripada netizen.
Tanya kepada suami saya. Doakan yang baik-baik.
Terdahulu, Ezza mencuri tumpuan wargamaya apabila berkongsi gambar yang menampakkan ‘baby bump’ sekali gus mencetuskan spekulasi sedang hamil anak pertama.
Sekadar info, Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof dan Remy Ishak telah mendirkan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas beberapa tahun mengenali hati budi.