berita

Ini Konsep Rumah Inovatif Dengan Harga Menarik Yang Korang Patut Tahu!

May 27th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Insiprasi

Semua orang mempunyai impian untuk memiliki kediaman sendiri, terutamanya dengan norma baharu ni. Korang mesti mula terbayang nak ada ruang sendiri dan teringin cari rumah impian dengan lokasi yang baik, persekitaran selesa dan sesuai dengan gaya hidup korang kan?

Bagi melahirkan satu idea dan inovasi yang baru, EcoWorld kini hadir dengan #YouBelong, sebuah kempen rumah berkonsep inovatif yang bertujuan untuk semua gaya hidup dan sesuai untuk kehidupan masa depan setiap generasi.

Jadi, apa ciri-ciri rumah inovatif yang ditawarkan oleh #YouBelong dari EcoWorld tu? Jom tengok!

1. Konsep pembangunan vertikal dan urban 

duduk by EcoWorld adalah sebuah konsep pembangunan vertikal yang memberikan rasa urban dan terletak di lokasi strategik, iaitu di Huni D’ Eco Ardence, Setia Alam dan Se.Ruang D’ Eco Sanctuary di selatan Kota Kemuning.

Dua perbandaran ini berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti pusat membeli-belah, sekolah, hospital, kedai runcit dan banyak lagi.

Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan reka bentuk yang onz dan praktikal. Pasangan yang baru berkahwin atau keluarga yang kecil sangat sesuai untuk menghuni rumah ni!

Bukan itu je, setiap unit juga dilengkapi dengan separa perabot termasuk kabinet dapur, pemanas air, lampu, kipas, aircond dan lain-lain! Ia adalah satu penjimatan besar, tak perlulah nak habiskan duit untuk beli barang keperluan rumah!

Yang lagi best, setiap unit akan diberikan dua tempat letak kereta tau. Sesuai untuk keluarga yang ada lebih dari satu kereta. Bayaran ansuran bulanan pun serendah dari RM1,450* sahaja.

Kalau korang berminat, boleh klik untuk tempah rumah impian korang sekarang!

2. Rumah teres 2 tingkat untuk 2 pemilk yang berbeza

Pernah terfikir tak bila nak tinggal di sesebuah rumah ni mesti nak ibu bapa atau saudara dekat dengan kita. Lagi best kalau dapat tinggal dalam satu rumah yang dapat memuatkan korang sekeluarga dengan ruang privasi sendiri. 

Co-Home dari EcoWorld memperkenalkan konsep rumah teres 2 tingkat yang mempunyai reka bentuk yang sama, satu di tingkat bawah dan satu lagi di tingkat di atas. Boleh juga menjaga privasi korang dengan selesa nanti. Tapi ia bukanlah sejenis rumah townhouse ya.

Co-Home ini terletak di Regent Garden @ Eco Grandeur, Lembah Klang dan Camdon @ Eco Horizon, Pulau Pinang. Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan keluasan hampir 1,000 kaki persegi. 

Terdapat 2 tempat letak kereta tertutup bersebelahan dan juga kemudahan disediakan termasuk gimnasium, kawasan BBQ, gazebo dan lain-lain. Bayaran ansuran bulanan serendah dari RM1,350* sahaja.

Klik untuk tempah rumah impian korang:

3. Reka bentuk luaran yang estetiknya seperti corner lot  

Konsep rumah ErgoHomes yang juga diperkenalkan oleh EcoWorld ni menyediakan halaman peribadi bagi membolehkan korang menanam tanaman estetik atau mencipta taman herba yang cantik di kawasan rumah. Menarik kan?

Dengan reka bentuk rumah yang berbentuk L dan mempunyai tingkap atau sliding door yang besar di setiap sisi ini akan membenarkan pencahayaan semulajadi masuk ke setiap sudut rumah.

Bukan saja nampak terang, malah segar mata memandang. Jadi sangat penting untuk korang membuat pilihan seperti itu kerana ia akan menjadikan kediaman korang nampak tersergam indah tau!

Keluasan unit bermula dari 1,883 kaki persegi dengan ruang komunal yang membolehkan pengawasan kejiranan. Bayaran ansuran bulanan serendah dari RM2,190* sahaja.

Klik untuk tempah rumah impian korang:

4. Rumah sedia pindah masuk dengan persekitaran D.N.A

Pemandangan dan persekitaran hijau juga penting tau untuk menampakkan kawasan rumah korang kelihatan tenang. Setiap perbandaran EcoWorld dibangunkan mengikut D.N.A (Design, Nature, Art) EcoWorld yang tersendiri. 

Dengan gabungan unsur-unsur moden bersama dengan alam semulajadi menjadikan tempat kediaman korang kelihatan mempersonakan. Bila ada tumbuh-tumbuhan ni, rasa aman dan segar je.

Untuk korang yang tak nak tunggu lama teringin menikmati keindahan perbandaran EcoWorld, #YouBelong dari EcoWorld ada rumah siap dibina dan sedia untuk pindah masuk dengan harga dan pakej pembelian rumah yang menarik tau.

Klik #YouBelong untuk ketahui lebih lanjut.

5. Pembelian rumah secara atas talian

Dengan teknologi digital dunia ini, korang boleh menempah rumah impian anda secara online tanpa pergi ke ruang pameran. Melalui My EcoWorld Property, korang boleh menempah rumah yang korang nak dan mendapati lebih info seperti reka bentuk, arah rumah, harga rumah dan lain-lain. 

Haa..nak tau macam mana? Korang Klik je My EcoWorld Property untuk buat booking. Senang kan?

Selain itu, inovasi digital adalah penting bagi memudahkan kehidupan korang apabila mendiami rumah idaman di perbandaran EcoWorld ni. Dengan aplikasi EcoWorld Neighbourhood, penduduk EcoWorld boleh mendapat berita tentang kawasan kejiranan, menempah penggunaan fasiliti dan mendaftar kehadiran pelawat.

Bukan itu saja, korang juga boleh mendapat perlindungan tambahan dengan melanggan insurans ketika meninggalkan kediaman untuk jangka masa yang pendek. 

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan rumah impian korang dengan EcoWorld!

Kalau korang berminat dan nak dapatkan informasi lanjut, boleh layari laman web #YouBelong sekarang atau klik link di bawah untuk menghubungi jurujual.

Jangan tunggu atau fikir lama-lama ya. 

*Tertakluk pada terma dan syarat.

SKIP THIS AD ×