berita

‘Ini Perceraian Kali Ketiga Saya Dengan Dia’ – Boy Iman, Isteri Sah Cerai

August 16th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Selepas lapan tahun penerbit dan pelakon Dato Boy Iman mendirikan rumah tangga bersama Kumala Dewi, akhirnya dia mengesahkan sudah berpisah jatuh talak tiga pada 20 April lalu. Sebelum ini, Boy Iman sudah dua kali bercerai iaitu pada tahun 2015 dan 2017 dan kembali rujuk semula sebelum tamat tempoh iddah.

Boy Iman turut berkongsi antara punca dia membuat keputusan untuk sekali lagi berpisah dengan bekas isterinya itu.

Pernah rujuk melalui hubungan kelamin

Penerbit dan pelakon ini juga berkongsi masalah rumah tangga bersama isterinya itu yang didakwa telah bercerai sebanyak tiga kali.

Sebenarnya ini adalah penceraian kali ketiga saya dengan Ida (Kumala Dewi), kali pertama berlaku tahun 2015 namun kami kembali rujuk atas dasar sayang.

Penceraian kedua pula berlaku tahun 2017 namun kembali rujuk atas alasan sama. Malah, kami tidak menfailkan penceraian kerana sudah rujuk melalui hubungan kelamin.

Terlalu ikutkan perasaan

Bagaimanapun, hubungan Boy Iman dan bekas isteri tiada sebarang masalah. Mereka masih mengakui tidak bermusuhan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha bersama.

Kami sekeluarga masih rapat dan menyambut hari raya bersama-sama, malah kami turut melancong bersama baru-baru ini.

Kami langsung tidak memberi antara satu sama lain, cuma jodoh tertulis berakhir disitu. Pasangan mana yang mahukan penceraian? Kami cuba menghadapi masalah ini dengan tenang bersama anak-anak.

Cuma mungkin sikap kami yang terlalu ikutkan perasaan jadi punca perpisahan itu.

Perniagaan punca utama

Boy Iman turut tidak menafikan antara punca penceraian berkaitan masalah kewangan dan perniagaan yang merudum.

Saya tidak menafikan keruntuhan rumah tangga ini adalah berpunca daripada masalah dalam perniagaan namun ia bukan punca utama.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×