Penjagaan rambut dan kulit kepala adalah sangat penting. Sama pentingnya, seperti mana korang selalu mengambil berat tentang penjagaan kulit wajah.
Haa kalau hal muka tu, sampai sanggup berhabis duit nak kulit flawless punya pasal kan? Bab rambut dan kulit kepala pun kena jaga juga ya! Kalau tidak nanti mulalah jadi kering dan gatal-gatal sehingga berkuping. Lagi pula buat para wanita yang bertudung di luar sana, koranglah yang paling selalu ada masalah ni betul tak? Sampai sengetlah tudung tu nak garu kepala punya pasal.
Kami faham ada juga sesetengah orang dah cuba bermacam-macam cara dan pelbagai produk tapi sampai sudah tak dapat pun rambut dan kulit kepala sihat yang diinginkan. Apa nak buat lagi ni geng?
Korang sebenarnya perlukan produk dengan efek sejuk bagi melegakan kegatalan kulit kepala
Apa yang korang sebenarnya perlukan adalah produk dengan efek sejuk bagi melegakan kegatalan pada kulit kepala.
Bagi mengatasi masalah ini, Suu Balm Scalp Spray ada solusinya! Diformulasikan dengan Menthol, Suu Balm Scalp Spray diyakini melegakan kegatalan kulit kepala dengan cepat!
Ianya terbukti berkesan mengurangkan rasa gatal dalam masa 5 minit sahaja selepas penggunaan! Pastikan korang kerap gunakan Suu Balm Scalp Spray untuk menghindari rasa gatal dan kekalkan kulit kepala sihat!
Suu Balm Scalp Spray merupakan produk penjagaan kulit kepala yang dicipta oleh pakar dermatologi di National Skin Centre, Singapore. Ia juga mengandungi 5 jenis ceramides untuk melembap dan memperbaiki skin barrier pada kulit kepala yang dah rosak.
Lagi satu kandungan penting dalam Suu Balm Scalp Spray adalah Piroctone Olamine yang bertindak untuk menenangkan keradangan kulit kepala serta mengurangkan masalah kulit kepala berkuping.
Piroctone Olamine bertindak dengan menghapuskan fungus penyebab kelemumur dan menghalang sebarang pembentukan baru kelemumur. Sekaligus, menjadikan kulit kepala korang lebih bersih dan bebas rasa gatal!
Ohh! Piroctone Olamine juga membantu mengurangkan masalah rambut gugur dan boleh mempercepatkan proses pertumbuhan rambut tau!
Pilihan ahli farmasi dan ultra lembut untuk kulit kepala
Suu Balm Scalp Spray tidak mengandungi sebarang campuran alkohol dan sangat lembut untuk kulit kepala. Ianya selamat digunakan tanpa sebarang risiko iritasi terutama bagi korang yang mempunyai masalah kulit kepala sensitif.
Tekstur produk pula adalah sangat ringan dan tidak melekit, sesuai digunakan selalu walaupun dalam keadaan cuaca kita yang panas dan lembab. Gerenti selesa untuk korang pakai! Sebab tu lah, Suu balm Scalp Spray menjadi pilihan utama ahli farmasi!
Cara penggunaan Suu Balm Scalp Spray
- Gunakan syampu yang tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya
- Keringkan rambut kemudian sembur Suu Balm Scalp Spray ke kulit kepala. Dah siap!
Suu Balm Scalp Spray ni mudah disimpan dan di bawa kemana-mana. Jadi kalau kulit kepala korang tiba-tiba gatal boleh terus semburkan sedikit ke bahagian yang terkesan tu okay?
Sebabkan tekstur dia yang ringan dan menyerap dengan cepat, ia takkan rosak kan gaya rambut korang pun. Macam mana korang set rambut tu, macam tulah juga rupa dia lepas korang semburkan kulit kepala dengan Suu Balm Scalp Spray.
Suu Balm Scalp Spray boleh didapati di mana-mana cawangan Watsons, Caring Pharmacy, Health Lane Pharmacy, Multicare Pharmacy atau Alpro Pharmacy.
Nak beli online pun boleh! Tak ada hal lah. Korang boleh terus ke laman web rasmi Suu Balm di SINI dan gunakan kod promo scalp15 untuk nikmati potongan harga! Lepastu, tunggu je barang sampai depan pintu rumah. Senang!
Selain tu, pembelian juga boleh dibuat melalui Shopee dan juga Lazada.
Dah jangan garu kepala lagi! Pergi beli Suu Balm Scalp Spray sekarang!