berita

Ini Punca Dua Remaja ‘Lemas’ & Ditemui Mati Dalam Kereta

October 11th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semalam dua remaja ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di tepi jalan sebuah kampung di Kinabatangan. Pada awalnya, dua remaja tersebut disangka tidur kerana enjin kereta masih dalam keadaan hidup.

Enjin kereta masih hidup

Menerusi laporan Astro Awani, dalam kejadian jam 11.46 pagi semalam, Mohd Fitri Haimim dan Mohd Helmi Muhammad ditemui penduduk Kampung Jaya Baru sedang terbaring dalam kereta yang diparkir di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat dan pasukannya segera ke tempat kejadian selepas menerima laporan dan mendapati remaja tersebut sudah ‘tiada’.

Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai sebuah kereta warna putih diletakkan di tepi jalan.

Enjin kereta masih hidup dan terdapat dua lelaki di bangku hadapan dalam keadaan berbaring (tidur).

Setelah diketuk cermin dan pintu kenderaan, kedua dua lelaki tersebut langsung tidak bergerak.

Pintu kenderaan berjaya dibuka dan pemeriksaan awal tiada kecederaan luaran pada kedua-dua mereka.

Mangsa telah disahkan mati di dalam kenderaan oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan yang membuat pemeriksaan keatas kedua-dua mangsa yang masih berada di dalam kenderaan.

Tambahnya lagi, dengan bantuan Bomba Kinabatangan usaha membuka pintu kereta akhirnya berjaya namun dua remaja tersebut sudah meninggal dunia.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×