berita

Ini Respons Hael Husaini Bila Netizen Tanya : ‘Betul Ke Abang Pergi Korea Buat Muka?’

March 6th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penampilan penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini ketika menghadiri sidang media Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023, baru-baru ini mencuri perhatian ramai. Mana taknya, ramai yang berkata penampilan Hael itu mirip seperti Michael Jackson.

Tidak melatah dengan kritikan

Kelihatan semakin kacak dan bergaya, ada juga dalam kalangan netizen yang mengkritik penampilan Hael sejak belakangan ini. Malah, ada juga yang bertanya kepada Hael sama ada dia pergi ke Korea untuk tujuan membuat muka atau sebaliknya.

Tidak melatah dengan kritikan yang dilemparkan, Hael sempat memberi respons mengenai perkara terbabit menerusi ciapan di Twitter.

Sambil berseloroh, Hael turut berkata ‘seronok eh korang. Raya nanti korang tak minta maaf, aku tak bagi duit raya’.

Rata-rata peminat terhibur dengan ciapan yang dikongsi oleh penyanyi lagu ‘Kelentang Kelentong’ itu.

Sebelum ini, menerusi temu bual dengan Berita Harian, Hael mendedahkan gaya dan penampilannya ditentukan oleh penata gaya.

Jujurnya, saya memang tidak pandai berfesyen atau melaram. Imej dan penampilan saya semuanya ditetapkan penata gaya. Jadi, lebih baik saya serahkan pada pakar. Dengan adanya bantuan penata gaya, peluang untuk saya bekerjasama dengan jenama antarabangsa semakin terbuka luas.

Saya pun tidaklah terlalu obses dengan kecantikan. Cuma, sebagai selebriti, saya kena sentiasa menjaga penampilan.

Dalam perkembangan lain, Hael akan memeriahkan pentas TADS 2023 yang bakal berlangsung 12 Mac ini!

Bakal memberikan persembahan bertenaga di malam penuh kemeriahan itu, pastinya peminat tidak sabar untuk menyaksikan karisma Hael atas pentas TADS.

RM40 sahaja!

Jangan lupa untuk menyaksikan TADS secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan pembelian tiket sudah boleh dilakukan sejak 3 Mac lalu menerusi laman web www.tonton.com.my dengan harga RM 40 sahaja!

Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 bakal bersiaran pada 12 Mac 2023 bermula jam 9 malam di TV3 atau boleh strim langsung HD di Tonton.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×