Takut rambut rosak disebabkan selalu styling? Percaya atau tidak, kini korang boleh memiliki rambut licin dan lembut seperti di salon!
Baru-baru ini, TikTok Awards telah dianjurkan dan ramai pencipta konten TikTok telah hadir ke acara penuh gilang gemilang itu.
View this post on Instagram
Dalam persiapan untuk tampil cantik ketika acara tersebut, influencer Gigi telah memilih produk TRESemmé untuk membantunya mengekalkan kelembutan rambut dan melindungi rambut apabila digayakan.
Tak percaya ke? Rangkaian TRESemmé Keratin Smooth baharu dengan KeratinBond+ membaiki ikatan rambut yang rosak akibat memberus, membasuh dan styling.
Rahsia rambut lembut seperti di salon
TRESemmé Keratin Smooth bukan sekadar produk penjagaan rambut biasa. Rangkaian ini direka khas dengan hydrolyzed keratin menawarkan penjagaan rambut berkualiti salon.
Dengan ini, pengguna dapat menikmati rambut hasil kualiti salon di mana-mana sahaja. Serum TRESemmé Keratin Smooth adalah produk yang baru dilancarkan dan ia diformulasi dengan Teknologi KeratinBond+ untuk meresap hingga 10 lapisan rambut, memberikan kelembapan dan kekuatan tambahan.
Dengan formula yang tidak berminyak, serum ini memainkan peranan penting untuk melindungi rambut dari kerosakan akibat styling sambil memastikan rambut kekal lembut dan mudah diurus.
Nikmati hasil yang menawan
Pastikan korang mendapatkan rangkaian produk ini dari syampu, perapi dan juga serum kerana setiap satunya memiliki kelebihan tersendiri.
Syampu TRESemmé Keratin Smooth ini dirumus untuk rambut licin dan lembut dari akar ke hujung rambut.
Manakala perapinya berfungsi untuk menguatkan dan melicinkan rambut selepas dicuci. Ia membantu menutup kutikel rambut, mengurangkan kerosakan dan kekeringan serta memberikan kelembapan yang diperlukan untuk lebih mudah diurus.
Teknologi rambut terkini terdapat di Watsons
Rangkaian TRESemmé Keratin Smooth tidak hanya menawarkan hasil yang hebat tetapi juga dipercayai dan diiktiraf oleh pakar dalam industri kecantikan.
Untuk pengetahuan korang, Watsons menyediakan akses kepada produk dan teknologi terkini daripada Tresemme untuk pengguna. Oleh itu, pengguna dapat mencapai rambut berkualiti salon di mana-mana sahaja, tanpa perlu mengunjungi salon.
Kerjasama antara TRESemmé dan Watsons ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman penjagaan rambut yang lebih mudah dan efektif.
Dapatkan produk TRESemmé Keratin Smooth ini di Watsons terdekat korang atau dapatkan secara atas talian untuk merasai perubahan pada rambut korang.