berita

Ini Sebab Kaki Shopping Patut Singgah Mitsui Outlet Park KLIA Cuti Sekolah Ni!

November 28th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Nak hujung tahun ni, mesti banyak kedai yang buat sale. Cuti sekolah pun dah start. Sekarang shopping mall  pun dah meriah. Korang yang kaki shopping tu, mesti dah ada target  nak serbu kedai apa. Betul tak?

Korang nak tahu tak? Mitsui Outlet Park KLIA Sepang tengah buat sale kaw-kaw sempena Krismas tau. Haa..Sebab tu korang kena singgah nanti.

Jom shopping  kat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, banyak sale  gempak!

Haa.. Pernah datang sini tak? Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ni rasanya dah ramai yang tahu. Orang kata, kalau nak barangan berjenama dengan harga murah dan berpatutan, boleh datang sini. Betul ke macam tu? Memang betul pun!

Dekat dengan KLIA je ni. Kaki shopping boleh la shopping  kat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang pulak. Ada banyak promosi gempak sempena musim perayaan bermula 24 November 2018 hingga 1 Januari 2019 menanti korang. Serious  la?

Diskaun sehingga 90%, siapa tak nak memang rugi wei

Ni yang nak dengar ni. Korang kan suka dengar pasal barang murah. Kat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, ada diskaun sehingga 90% untuk korang. Kalau korang nak borong tu, pakat la dengan kawan korang sekali. Syok gila.

Antara jenama yang join  promosi ni ialah Nike, Adidas, Puma, Mango, Guess, Clarks, Voir, Skechers, Converse, Polo, Timberland, Padini, Fred Perry, Versace, Tommy Hilfiger, Swarovski dan banyak lagi. Memang shopping  sakan la macam ni. Fuh!

Brand Promotion ni tak boleh tolak langsung la..

Paling menarik, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang turut mengadakan Brand Promotion  secara besar-besaran. Banyak tawaran hebat untuk jenama terpilih. Syoknya!

Antara jenama yang ada dalam Brand Promotion  ialah Crocs, EastIndiaCompany & Somerset Bay, Elle, Extreme, Guess, Rip Curl, Skechers, The Chicken Rice Shop dan The Travel Store. Semua jenama hebat. Mesti ada yang korang berkenan kan?

Banyak betul promosi untuk Brand Promotion  ni. Korang pun jangan la lepaskan peluang berharga ni. Bukan senang nak dapat twaran hebat macam ni tau. Cuma di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Gempak betul!

Join Spend & Win, ada peluang menang hadiah lumayan!

Haa.. Tahu tak? Bukan promosi barangan saja yang ada kat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Ada contest Spend & Win  untuk korang join. Contest  ni sampai 1 Januari 2019, tertakluk pada terma dan syarat.

Macam mana nak join? Korang hanya perlu berbelanja RM300 dan ke atas dalam maksimum DUA (2) resit je. Ada peluang menang sebuah kereta TOYOTA AVANZA baru atau percutian ke Jepun. Hadiah lumayan jugak ni. Peh!

Banyak aktiviti best sempena musim perayaan & cuti sekolah

Wah, ada event besar-besaran kat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Banyak aktiviti menarik! Antaranya Meet & Greet  dengan Ejen Ali, Christmas Theatre, Gift Wrapping Service, Christmas Card Workshop  dan Santa & Santarina Walkabout. Best nya!

Budak-budak sekarang kan minat dengan animasi Ejen Ali tu. Korang yang ada anak mungkin nak bawak diorang pergi jumpa Ejen Ali kan.. Apa, ingat kami tak tahu ke? Hehe.

Kalau korang nak info lanjut tentang promosi yang ada kat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, boleh klik sini. Jangan lupa like  Facebook Mitsui Outlet Park KLIA Sepang kat bawah ni okay?

Alang-alang cuti sekolah pun dah bermula, ajak la satu family  jalan-jalan kat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Sambil cuci mata, sambil shopping. Kan seronok!

SKIP THIS AD ×