Siapa yang pergi Formula One (F1) haritu? Korang tahu tak, F1 2017 ni merupakan perlumbaan terakhir yang akan dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)? Lepas ni, no more F1 di Malaysia. Alahai..sedih pulak rasa.
Yelah, F1 ni bukan calang-calang sukan. Dah bertaraf international!
Perlumbaan penutup yang epik!
Admin juga berkesempatan menyaksikan perlumbaan terakhir ni yang memang gempak gila! Walaupun cuaca panas terik, tapi tak menghalang untuk pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri Litar Sepang ni. Havoc!
Betullah orang cakap, tengok F1 secara live ni lagi puas dan lebih feel! Dengan deruman bunyi enjin kereta lumba dan kepantasan mereka berlumba, memang tak berkelip mata. Power gila!
Siapa pemandu favourite korang? Kalau admin, dah tentulah Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes-AMG Petronas! Rasanya semua orang dah tahu kehebatan Hamilton ni yang dah pun beberapa kali menjuarai Kejohanan F1 ni. Selain skil yang power dan bakat sedia ada, jentera perlumbaan pun kena mantap!
Saat paling epik yang admin ingat masa perlumbaan F1 hari tu adalah bila Hamilton dan pelumba pasukan Redbull iaitu Max Verstappen mantap beraksi dan saling mengejar antara satu sama lain. Baru lap ke 4, masing-masing dah tunjukkan taring. Memang betul-betul sengit!
Tak rugi datang!
Apa yang buatkan Hamilton power sangat ni?
Haa..kalau korang nak tahu, salah satu faktor yang membuatkan team Mercedes ni hebat adalah dengan bantuan minyak pelincir PETRONAS Syntium yang dirumus khas dengan formula °CoolTech™.
Sebagai rakan teknikal Mercedes AMG PETRONAS Formula One™, PETRONAS Syntium with °CoolTech™ telah dirumus secara unik untuk melawan haba enjin yang berlebihan demi mengekalkan prestasi yang optimum serta pemanduan tanpa masalah, sama ada di trek perlumbaan F1 atau di jalan raya.
Patutlah selalu sangat jadi juara. Ini rupanya rahsia pasukan Mercedes AMG PETRONAS!
Bukan itu saja, PETRONAS Syntium with °CoolTech™ ni juga berfungsi dalam melindungi komponen enjin, memastikan pelinciran optimum kepada bahagian enjin dan turut mengekalkan prestasi enjin dari haba yang berlebihan.
Kalau korang nak prestasi kereta korang sehebat kereta lumba F1, PETRONAS Syntium with °CoolTech™ lah jawapannya!