Di bulan Ramadan, walaupun tak boleh makan dan minum pada waktu siang, kita kena sentiasa jaga kelembapan kulit. Nak kekalkan kulit wajah yang sihat seperti glass skin semasa berpuasa bukan la sesuatu yang mustahil tau.
Pernah dengar tentang wajah glass skin? Ramai wanita berusaha dapatkannya sebab ia trend kecantikan sekarang. Kulit umpama kaca dianggap bersih tanpa pori-pori, sangat halus, anjal dan berseri. Memang idaman para wanita!
Tapi wajah glass skin ni bukan untuk cantik je. Sebenarnya ada sebab kenapa wanita perlukan wajah glass skin ni sepanjang bulan Ramadan. Kenapa agaknya? Meh kita tengok!
Menampilkan kulit yang terhidrasi dengan baik
Kulit kering boleh membuatkan wajah korang nampak kusam dan tak bermaya. Sebab tu korang perlukan wajah glass skin. Ia menonjolkan kulit korang yang cukup terhidrasi sewaktu bulan Ramadan. Lembap dan mulus gitu!
Wajah kelihatan lebih awet muda
Siapa tak nak wajah nampak lebih muda berbanding usia sebenar? Semua orang nak kot! Sebab tu wajah glass skin ni diperlukan. Bayangkan umur dah 30-an pun masih nampak seperti 20-an. Buat ramai tertarik!
Wajah nampak segar walau tanpa solekan
Nak keluar rumah je mesti bersolek dulu. Tapi kalau dah ada wajah glass skin, tak perlu lagi guys. Walaupun tanpa solekan, wajah korang tetap sentiasa segar pada bulan Ramadan. Orang kata, tak makeup pon cantik!
Kulit bebas jerawat, pori pun tak kelihatan
Bagus untuk jaga kesihatan kulit sepanjang bulan Ramadan ni. Korang yang berwajah glass skin semestinya akan jaga kulit dengan baik setiap hari. Oleh itu, kulit korang akan bebas dari jerawat. Pori pun tak kelihatan.
Jadi, tak hairan la kalau ramai wanita mengidamkan wajah glass skin. Banyak kebaikan sebenarnya. Wajah sihat dan bercahaya di bulan Ramadan. Siapa tak nak kan?
Dah penat cari produk bersesuaian dengan kulit, tapi tak dapat hasil yang diinginkan? Jangan risau guys! Kami dah jumpa produk yang tepat untuk korang yang nakkan wajah glass skin.
Kami rekomen korang pakai ni, Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence!
Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence, beri efek wajah glass skin!
Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence diperkaya dengan Vitamin C, Panthenol dan Asid Hialuronik untuk memberikan kulit yang lebih cerah, lembut dan cantik berseri.
Selain melegakan menenangkan kulit, Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence sangat membantu menghidupkan semula kulit yang rosak dengan dos antioksidan serta kolagen yang tinggi.
Dengan menggunakan Teknologi Peningkatan 3-dalam-1, Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence mampu memberi kelembapan dan menjadikan kulit korang halus dan sempurna seperti efek wajah glass skin!
Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence terbukti secara klinikal mampu hilangkan bintik hitam, parut jerawat dan jeragat. Ia berkesan bermula daripada sapuan pertama dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Dapatkan wajah glass skin, kulit sihat bercahaya di bulan Ramadan dengan menggunakan Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence mulai hari ini. Boleh la tampil cantik semasa Syawal sekali!
Korang juga boleh dapatkan Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence secara online di Shopee dan Lazada.
Untuk info lebih lanjut tentang Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence, korang boleh klik SINI.