berita

Ini Sebab Mengapa Anda Harus Merahsiakan Pertunangan & Tak Hebohkan Seperti Nak Berkahwin.. Kami Setuju!

January 5th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

tunang

Sesetengah pasangan jika ingin mendirikan rumah tangga pasti akan melalui fasa pertunangan dan seterusnya ke perkahwinan. Tapi ada juga yang memilih untuk terus berkahwin tanpa bertunang dulu.  Walaubagaimanapun, itu pihak masing-masing.

Kali ni kami nak kongsi dengan ada kenapa pertunangan tu ada baiknya dirahsiakan daripada heboh kat orang gaya macam nak naik pelamin. Iya lah, sekarang ni majlis pertunangan pun buat besar-besaran kan? Huhu

‘Pertunangan masih berisiko kerana..’

Renung betul-betul, kamu akan nampak hikmah di sebaliknya. Pertunangan adalah satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.

Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.

‘Ini kelebihan merahsiakan pertunangan..’

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri (sumber: Ummi Mona)

Dalam kes kita takut ada lelaki lain datang meminang, jika dia merisik dahulu keluarga perempuan, automatik dia akan tahu perempuan itu sudah diikat dengan orang lain. Dan adalah haram bagi lelaki untuk meminang perempuan yang menjadi tunangan orang lain.

Cukup lah saudara dan sahabat terdekat je yang tahu

Sebenarnya da ramai di kalangan senior saya mengikut syariat pertunangan yang macam ni. Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah mereka mengkhabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat. Kadang-kadang, terbocor jugak rahsia tu. Qada’ dan qadar Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu.

‘Pernikahan pula harus disebarkan..’

Manakala, perkahwinan (pernikahan) itu, Rasulullah kata, harus disebarkan kepada orang ramai. Macam mana? Dengan mengadakan majlis walimah atau kenduri perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mengumumkan pernikahan disamping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin. Selain tu, ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.

Sumber: Facebook Ummi Mona

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×