Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang wanita mengaku telah dihamilkan oleh pelakon Aniq Suhair.
Artikel Berkaitan: Wanita Fitnah Aniq Suhair, Dakwa Hamil Buat Permohonan Maaf – ‘Jangan Tanya Soalan Lagi’
Rekaan semata-mata
Terbaharu, wanita tersebut dilihat tampil memperjelaskan perkara yang sebenar.
Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, wanita itu menjelaskan bahawa apa yang dikatakannya sebelum ini adalah fitnah semata-mata.
Menurut wanita itu lagi, tindakannya itu adalah kerana dia mengimpikan Aniq untuk menjadi miliknya.
Saya ingin buat permohonan maaf terhadap Aniq Suhair. Dia tak bersalah sebenarnya ni semua rekaan semata-mata sebab saya ‘delulu’ mahukan Aniq.
Mengakui kesilapan yang dilakukannya itu, wanita tersebut membuat permohonan maaf kerana ingin membersihkan semula nama Aniq.
Saya akui kesilapan ini. Saya tahu ini tak dapat diterima tapi benda sudah berlalu. Saya mahu membersihkan semula nama Aniq. Saya tahu saya bersalah dalam hal ini.
Saya akan hubungi Aniq untuk minta maaf. Sekian.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak seharusnya melakukan fitnah seperti itu. Tindakannya itu membuatkan orang lain sukar untuk mempercayai wanita selepas ini.
Terdahulu, Aniq Suhair atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh telah menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk menjatuhkan imejnya.
Sumber: TikTok