berita

‘‘Ini Tangan Banyak Besar, Kasi Kurus Sikit’ – Wanita Terkilan Dimalukan Tauke Kedai Emas

March 11th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi Kelab Update Harga Emas Semasa, seorang wanita luah rasa terkilan dilayan acuh tak acuh serta dimalukan di hadapan orang ramai. Menurutnya, penjual yang dipercayai pemilik kedai emas itu seolah-olah menyindir dirinya kerana memiliki jari dan pengelangan tangan yang besar.

Peristiwa memalukan di kedai emas

Alkisahnya petang semalam saya ke salah satu kedai emas di Kuala Pilah. Nasib saya agak baik kerana tidak perlu beratur lama untuk menunggu giliran masuk. Tetapi, ngam-ngam saya nak masuk sampailah segerombolan anggota polis yang memberi amaran kepada pelanggan dan kedai berkenaan sop jarak 1 meter.

Kebetulan uncle yg bersoal jawab dengan polis tadi yang serve saya. Sempatlah saya dengar omelan uncle tu yang agak frust sebab kena bersoal jawab dgn polis tadi. Saya ceritakan ini kerana saya merasakan ini salah satu sebab yang mempengaruhi layanan uncle kepada saya.

Wanita tersebut kemudian terus memilih barang kemas untuk ditukarkan dengan gelang yang bakal ditolak. Dia sudah memaklumkan bajet untuk mencari gelang yang sedikit berat daripada asal. Penjual tersebut kemudian keluarkan beberapa gelang untuk dicuba olehnya. Namun lain pula jadinya apabila penjual tersebut menyindir pergelangan tangannya.

Uncle bising-bising sambil tampar-tampar pergelangan saya kata ‘ini tangan banyak besar la. Kasi kurus sikit, kurang makan. Susah mahu cari saiz’. Saya senyum saja kerana sudah biasa dengan kata-kata menjengkelkan seperti itu. Setelah mendapat size yang bersesuaian, saya suruh uncle membuat kira-kira.

Seperti yangg anda lihat pada gambar, harga melebihi bajet yang ada pada saya. Saya minta uncle carikan yang berat kurang sikit daripada gelang A. Uncle keluarkan gelang B 2 utas. Sambil pakaikan gelang pada saya, sekali lagi uncle bising-bising berkenaan tangan saya yangg gemuk ini.

Hampir ditipu harga emas murah

Selepas mendapat saiz bersesuaian, masalah timbul apabila kiraan harga untuk gelang B agak tidak munasabah. Tidak puas hati dengan kiraan tersebut, wanita ini kemudian mempersoalkan perkara ini kerana merasakan mungkin penjual itu salah pengiraan. Penjual tersebut memaklumkan bahawa dia sudah memberi diskaun.

Macam mana u mau ka tak mau ? Tangan u banyak besar susah mau cari size. Memandangkan uncle tidak mahu buat kira-kira lagi untuk saya, saya terus cakap, ‘tak apalah uncle, bajet saya tak cukup. Saya ambil cincin sahaja’. Saya terus pergi ke bahagian cincin. Saya pakai size 19 untuk jari manis. Saya minta uncle carikan size besar sikit untuk saya pakai pada jari tengah.

Uncle keluarkan sebentuk cincin size 20. Longgar di jari manis tapi tidak muat untuk jari tengah. Saya minta uncle carikan apa-apa design pun janji saya boleh pakai. Uncle terus cakap kuat-kuat, sini kedai size itu yg paling besar. U size 24 atau 25 mmg tak ada. Saya pun masih tak putus asa. Saya cakap size 19 pun tak apalah.. janji saya tak balik dengan tangan kosong. Uncle terus sound saya, ‘u faham size u tak ada, u datang hari lain lah. Sudah ada bajet nanti u datang’.

Penjual tersebut terus berlalu dan melayan pelanggan lain. Lebih terkilan apabila penjual sempat melaungkan dengan kuat memberitahu saiznya tiada. Dia kemudian keluar dengan perasaan hampa dan malu.

Banyak ke kerenah saya sebagai customer ? Memang saya sebagai customer tiada hak ke utk persoalkan kiraan gelang tadi? Tujuan saya berkongsi cerita agar org ramai alert dengan tawaran harga emas semasa yang murah. Uncle triggered apabila sayapersoalkan kiraan harga emas. Sebab saya tahu kiraan harga emas lah, saya tak teruskan pembelian untuk gelang tersebut.

Sumber :Farhana Zul

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×