berita

Ini Tips Mudah Hapuskan Lipas & Semut Guna Dua Bahan Sahaja, Confirm Berkesan!

December 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Serangga seperti lipas, semut, cicak dan sebagainya banyak dijumpai di dalam rumah. Meskipun serangga ini tidaklah begitu berbahaya tetapi kewujudan ‘mereka’ ini sedikit sebanyak mengganggu kehidupan harian kita selain berpotensi memudaratkan kesihatan.

Oleh itu, seorang pengguna Twitter ada berkongsi tips bagaimana untuk ‘melenyapkan’ serangga-serangga ini.

Tips berguna buat anda

Menurut perkongsian individu ini, dia memberitahu bahan-bahan yang diperlukan hanyalah dua bahan sahaja iaitu Boric Acid dan biskut. Selepas itu, keesokan harinya anda akan nampak serangga seperti lipas dan semut bergelimpangan di kawasan yang ditaburkan bahan-bahan tadi.

Campurkan bahan-bahan

Tambah individu ini lagi, perkara pertama sekali yang akan perlu lakukan selepas menyediakan kedua-dua bahan tadi adalah dengan menghancurkan biskut. Selepas itu, gaulkan biskut dan asid borik sehingga sebati dan masukkan ke dalam pinggan atau piring. Untuk pengetahuan semua, kuantiti kedua-dua bahan yang digunakan ini adalah sama.

Letak dekat laluan serangga

Langkah seterusnya adalah mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan bahan campuran tadi. Antaranya adalah meletakkan di kawasan laluan semut atau lipas.

Mudah didapati

Sumber: ChairmanGLC

SKIP THIS AD ×