berita

Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang Rumah Bertema Scandinavian & Kenapa Ia Begitu Popular!

August 28th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Kredit kepada A&A Concept Design & Contract Sdn Bhd & Studio BEVD Sdn Bhd

Kalau korang perhatikan, trend hiasan dalaman ala Scandinavian memang tengah digilai di Malaysia. Gaya Scandinavian pada mulanya terkenal di negara-negara Scandinavia (Sweden, Denmark & Norway) ketika era 50an. Namun, awal dekad ini ia dilihat mula menjadi popular di kalangan anak muda yang baru memiliki atau menyewa rumah pertama.

Ringkas, sederhana dan minimalis, duduk oleh EcoWorld kini menyediakan unit rumah bertemakan Scandinavian hasil rekaan pereka dalaman profesional Malaysia serta lengkap dengan aksesori rumah. 

Mengambil inspirasi konsep Scandinavian, duduk dengan kolaborasi bersama Volvo Cars dan Aurizn, menawarkan peluang untuk pereka dalaman merealisasikan konsep ini ke dalam rumah sebenar yang bakal dimiliki oleh rakyat Malaysia nanti dengan menganjurkan Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge.

Kalau korang nak tahu, pertandingan unik ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pereka dalaman tanahair mempamerkan kemahiran dan kreativiti mereka, di samping mewujudkan rumah sebenar dengan konsep Scandinavian yang menjadi idaman setiap pemilik rumah.

Direka bentuk untuk Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge bersama duduk oleh EcoWorld. Kredit kepada ORB Group Sdn Bhd

Mahukan kediaman serba lengkap gaya Scandinavian? Sebelum tu, jom ikuti tips ni dulu…

1. Mulakan dengan pemilihan warna putih atau neutral

Direka bentuk untuk Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge Bersama duduk oleh EcoWorld. Kredit kepada Studio BEVD Sdn Bhd.

Bagi tema Scandinavian, dinding berona putih, kelabu lembut dan warna-warna natural kebiasaannya memang warna yang sesuai kerana warna sebegini akan menjadikan ruang yang sempit kelihatan luas.

Warna-warna ini juga adalah selamat dan memang tepat dengan tema Scandinavian.

2. Gunakan elemen semulajadi

Direka bentuk untuk Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge bersama duduk oleh EcoWorld. Kredit kepada ForFar Design Sdn Bhd

Sumber alam semula jadi memang merupakan elemen penting dalam reka bentuk Skandinavian. Tak kisahlah sama ada perabot, dinding atau lantai kayu, kesemua ini dapat mencipta suasana yang terang dan clean finished. 

Oh ya, kalau korang nak beli perabot berasaskan kayu, pilihlah jenis kayu yang ringan seperti beech, ash dan pine serta pastikan butiran kayu semula jadi dapat dilihat.

3. Yang paling penting, less is more!

Direka bentuk untuk Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge Bersama duduk oleh EcoWorld. Kredit kepada Kort Studio Ent.

Kenapa kami cakap konsep less is more sangat penting semasa anda membuat hiasan? Kalau korang perhatikan, tema Scandinavian berfokuskan kepada kesederhanaan dan tidak berlebihan dalam pemilihan perabot ataupun hiasan dalaman.

Jadi, semasa memilih perabot atau hiasan, pastikan korang pilih rekaan yang cantik, unik tetapi tidak sarat.

4. Elemen tambahan untuk mewujudkan ruang yang selesa

Direka bentuk untuk Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge bersama duduk oleh EcoWorld. Kredit kepada IQI Concept Sdn Bhd.

Selain sederhana dan lapang,  ruang yang tampak selesa dan menarik juga memainkan peranan dalam reka bentuk Skandinavian.

Korang juga boleh tambahkan beberapa aksesori seperti bantal, permaidani berbulu, dan selimut di seluruh ruang, tetapi tidak berlebihan untuk mewujudkan suasana yang tenang dan mendamaikan.

Rekaan dari 6 pemenang terpilih akhirnya menjadi realiti dan korang boleh miliki unit duduk yang sudah siap direka bentuk! Yeay!

Nah, antara rekaan pemenang-pemenang Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge Bersama duduk oleh EcoWorld:

Direka bentuk oleh A&A Concept Design & Contract Sdn Bhd

Direka bentuk oleh IQI Concept Sdn Bhd

Direka bentuk oleh Studio BEVD Sdn Bhd

Direka bentuk oleh Orb Group Sdn Bhd

Direka bentuk oleh Kort Studio Sdn Bhd

Direka bentuk oleh ForFar Design Sdn Bhd

Yang lagi best, pembeli juga boleh membuat pilihan untuk membeli unik duduk yang serba lengkap dengan rekaan dalaman Scandinavian, kelengkapan serta aksesori rumah. Tak payah susah-susah keluarkan bajet lebih untuk upah pereka dalaman dah! Seronoknya!

duduk, sebuah konsep pembangunan vertikal yang mengujakan di Se.Ruang D’ Eco Sanctuary dan Huni D’ Eco Ardence terletak di dua lokasi strategik iaitu Eco Sanctuary yang terletak di belah selatan Kota Kemuning dan Eco Ardence di Setia Alam.

Se.Ruang D’ Eco Sanctuary dan Huni D’ Eco Ardence adalah kawasan perbandaran yang dikelilingi dengan kemudahan seperti sekolah, pusat membeli belah, kedai runcit, taman, bank, hospital dan pelbagai kemudahan lain, menjadikan kedua-duanya tempat yang ideal untuk korang duduki!

Setiap unit juga menawarkan susun atur yang luas dengan binaan seluas 1,000 kaki persegi! Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta reka bentuk yang praktikal, unit ini memang sangat sesuai buat golongan milenial, pasangan baru berkahwin dan juga keluarga kecil.

Bukan itu je, setiap unit juga dilengkapi dengan pelbagai barangan asas rumah pintar seperti Google Home Mini, Aqara Gateway, Vacuum Robot, IR Blaster dan Smart Switch. Memang satu penjimatan besar, tak perlulah nak habiskan duit untuk beli barang keperluan rumah!

Yang lagi best, setiap unit akan diberikan dua tempat letak kereta, sesuai untuk keluarga yang ada lebih dari satu kereta.

Selain itu, Se.Ruang D’ Eco Sanctuary dan Huni D’ Eco Ardence turut menyediakan fasiliti seperti kolam renang, gimnasium dan dewan serbaguna untuk kemudahan seisi keluarga. Yang lagi best, kedai runcit pun ada! Tak payahlah korang susah-susah nak keluar dari kawasan rumah untuk beli barang keperluan.

Tunggu apa lagi, jom dapatkan rumah impian korang hari ini juga!  

Jangan tunggu lama-lama dan jom ke unit pameran hari ini juga untuk melihat unit kediaman duduk dengan reka bentuk Scandinavian yang bakal menjadi milik korang.

Kalau korang berminat dan nak dapatkan informasi lanjut, daftarlah sekarang di laman web duduk atau layari Facebook duduk.

SKIP THIS AD ×