Banyak betul rumah yang dibina sekarang kan? Makin hari, makin bertambah jumlahnya. Namun, adakah setiap projek perumahan ini memenuhi keperluan kita sebagai bakal penghuni?
Bagi korang yang nak buat pembelian rumah pertama, pastikan korang survey dahulu ye. Kalau pilih under construction, pastikan ianya syarikat yang boleh dipercayai.
Tak nak cerita panjang, admin nak kongsi dengan korang semua mengenai Ara Sendayan. Projek perumahan eksklusif, moden dan menarik di Negeri Sembilan, dekat dengan lebuhraya Utara-selatan, Seremban-Port Dickson dan KLIA Linkage (dalam pembinaan). Mudah nak ke mana-mana.
Seluas 194 ekar! Perumahan freehold!
Untuk pengetahuan korang, Ara Sendayan merupakan sebuah kawasan perumahan yang didirikan di atas kawasan seluas 194 ekar meliputi beberapa fasa pembinaan. Lengkap dengan kemudahan indoor dan outdoor, korang pasti puas hati. Ye la! Segala keperluan korang dipenuhi. Dahsyatkan?
Cadena Terraces untuk korang!
Kini, Ara Sendayan kembali iaitu dengan projek perumahan terbaru Cadena Terraces, rumah dua tingkat dengan keluasan 2584 kaki persegi bagi jenis A dan 2435 kaki persegi bagi jenis B (bumi lot).
Memiliki 4 bilik tidur dan 4 bilik air, Cadena Terraces menjanjikan keselesaan buat bakal pembeli. Tiada lagi isu bersesak-sesak dalam satu rumah. Mak dengan ayah pun dah boleh tumpang tinggal dekat rumah korang. Best kan? Meriah rumah.
Kawasan eksklusif! Ada privasi!
Dibangunkan di kawasan bukit, Cadena Terraces merupakan sebuah kawasan perumahan yang jauh dari kesibukan kota.
Namun, nilai pembangunannya memang tip top habis nanti tengok dekat bahagian kemudahan dan fasiliti tau! Bayangkanlah kalau kawasan rumah tu terlalu padat, bukankah itu boleh menyebabkan banyak masalah kecurian, bunyi bising dan sebagainya.
Ada pelbagai kemudahan indoor dan outdoor!
Untuk pengetahuan korang, Ara Sendayan di lengkapi dengan 24 fasiliti indoor dan outdoor. Kesemua fasiliti ini dibahagikan kepada dua iaitu d’ Tempat Country club bagi aktiviti dalam gelanggang dan Lake park sebagai kawasan outdoor untuk beriadah.
Korang boleh rujuk carta di bawah ye. Jangan risau, d’Tempat Country Club dan Lake Park ini adalah fasiliti kemudahan yang korang boleh nikmati bila beli Cadena Terraces. Awesome gila!
d’Tempat Country Club | Lake Park |
Indoor Tennis Court | The Podium ( Viewing Deck ) |
Snooker Room | The Stand ( Bicycle Rack ) |
Olympic Size Swimming Pool | Guardhouse |
Aqua Gym & Jacuzzi | Tree House |
Children Wading Pool with Play Station & Water Slides | The Belvedere |
Fully Equipped Gymnasium | Butterfly Sculpture |
Sauna & Steam Room | Badminton Court |
Aerobic Room | Hammock & Swings |
Squash Courts | Garden Pods |
Badminton Courts | The Workout Spots |
Table Tennis Room | The Trail |
Kawasan ini juga dipagar dengan pagar perimeter. Jadi, korang tak perlu risau mengenai pencerobohan oleh haiwan liar seperti anjing gila, monyet, dan sebagainya.
Berdekatan dengan Bandar Sri Sendayan & Seremban 2!
Cadena Terraces di Ara Sendayan ni dekat sangat dengan Bandar Sri Sendayan. Nak beli barang, nak shopping, hantar anak sekolah pun jadi mudah. Satu jalan je.
Antara kemudahan berdekatan dengan Bandar Sri Sendayan termasuklah, X park, Matrix Global Schools. SJK (C) Bandar Sri Sendayan, Columbia Asia Hospital, Tesco Seremban, Aeon dan Mydin Mall.
Nampak tak betapa strategiknya Cadena Terraces @ Ara Sendayan ni? Bukan saja-saja admin nak rekemen kalau tak bagus. Kita nak membesarkan anak-anak biarlah di kawasan yang sesuai. Yang tidak terlalu sesak dengan pembangunan.
Jika sebelum ini Adira telah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 269 buah dalam tempoh sejam pelancaran, Cadena Terraces juga tak kurang hebatnya. Ia berjaya dijual sebanyak 60% daripada unit keseluruhan yang ditawarkan.
Apa lagi yang korang tunggu? Jom ramai-ramai kita ke galeri Ara Sendayan dan tempah unit anda sekarang juga.
Facebook: Matrix Concepts
Website: Cadena Terraces
No. Tel: 1800 – 88 – 2688